Blog Lain

Tuesday, August 25, 2009

Soalan Untuk 6M

Kumpula 1
Tajuk : Kamu mempunyai seorang sahabat yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu itu. Tanyakan tentang persediaannya dan seterusnya usaha -usaha yang kamu berdua lakukan untuk lebih berjaya dalam peperiksaan itu kelak .

9 comments:

  1. No.16,Jalan Anggerik Oncidium,
    31/74A, Kota Kemuning,Shah Alam

    Menemui sahabatku Aina yang berada di Sarawak. Semoga saudari sihat sejahtera.Saya di sini berada dalam keadaan yang sihat. Maafkan saya kerana tidak membalas surat saudari 2 bulan yang lalu.

    Apa khabar saudari? Saya telah tahui bahawa saudari akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan depan. Saudari di situ dah bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR ke? Apakah saudari telah buat di rumah untuk menyediakan diri untuk peperiksaan tersebut?

    Saya telah buat ulangkaji selama 2 jam di rumah. Saya pun menghadiri tuisyen dan kelas tambahan di sekolah. Saya juga menghadiri motivasi-motivasi di luar sekolah.Saya pun menanya kepada cikgu subjek yang saya tidak faham.

    Selain itu, saya dan kawan-kawan saya telah memebuat sebuah kumpulan untuk mengulang kaji selepas sekolah berakhir di perpustakaan.
    Ibubapa saya pun menolong mengajar saya subjek saya yang paling lemah.

    Sampai sini sahaja saya dapat tulis. Harap saudari balas balik dan menulis surat bagaimana saudari bersedia untuk UPSR. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari dan semoga saudari dapat 5A dalam UPSR.
    Sekian terima kasih

    Saudarimu,
    Ellessa

    ReplyDelete
  2. No19,Jalan Sungai Renggam,
    Berjaya Park,Kota Kemuning,
    40460 seksyen 32/8,
    Selangor Darul Ehsan,
    Malaysia.

    Kepada rakanku yang bernama Muslim yang berada di Kelantan.Apa khabar?Kami sekeluarga sihat walafiat.

    Sahabatku,

    Tujuanku menulis surat ini adalah untuk memberitahu bagaimana usaha-usaha untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR.

    Apakah perasaan kamu untuk menghadapi peperiksaan UPSR?Bagaimanakah persediaan kamu untuk menghadapi peperiksaan?

    Cara yang pertama saya lakukan ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar agar dapat mengambil apa yang guru ajarkan.

    Selain itu,kita mestilah membuat latihtubi di rumah.Dengan cara itu kita boleh menambah ilmu kita.

    Seterusnya,kita mestilah berdoa kepada ALLAH.Kita mestilah menturuti cakap ibubapa kita agar mereka tidak rasa kecewa dengan sikap kita.

    Itu saja dari rakanmu Muhd.Izzham Ariff .bin. Md.Zamzuri.Semoga sihat selalu dan semoga berjaya menghadapi UPSR.

    ReplyDelete
  3. Ellessa &Aina kamu ada beberapa kesalahan imbuhan,kata ganda dan ejaan seperti "Saya telah TAHUI bahawa saudari akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan depan.".Tahui sepatutnya menambahkan imbuhan 'di'."Saya juga menghadiri MOTIVASI-MOTIVASI di luar sekolah".Motivasi-motivasi sepatutnya tidak boleh digandakan.Perkataan yang betul ialah BEBERAPA MOTIVASI.Dan yang terakhir "Selain itu, saya dan kawan-kawan saya telah MEMEBUAT sebuah kumpulan untuk mengulang kaji selepas sekolah berakhir di perpustakaan.".Kesalahan ejaan patut dielakkan, ejaan yang betul ialah membuat.HARAP MAKLUM!

    ReplyDelete
  4. IZZHAM, kamu ada kesalahan yang sangat menyedihkan kerana surat kamu terpesong dari tajuk yang cikgusoraya telah tulis. "Selain itu,kita mestilah membuat LATIHTUBI di rumah". Latihtubi sepatutnya tidak boleh disambungkan, perkataan yang betul ialah 'latih tubi'.HARAP MAKLUM!!

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, isi perenggan karangan Izzaham ada sedikit huraian sahaja.Bolehlah panjangkannya.

    ReplyDelete
  6. NO24,Lorong Bukit Rimau 4B,Taman Bukit Kemuning,40000,Shah Alam.


    Menemui sahabatku
    Farahin yang berada di Kedah,semoga anda sihat sejahtera.

    Saudari,
    Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menanyakan tentang persedian anda untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

    Saudari,
    Saya telah mula mengulangkaji pelajaran sejak awal bulan Jun.Saya telah membuat jadual harian untuk mendisiplinkan saya.Saya juga pergi ke pusat tuisyen untuk menambahkan pengetahuan.Selain itu ,saya telah menjawab soalan-soalan ramalan dan soalan UPSR tahun-tahun lepas.Saya sekeluarga bertawakal kepada Allah dengan cara membuat solat hajat.

    Saudari,
    Sekolah saya juga telah menjemput pakar motivasi untuk memotivasi diri dan orang-orang yang membuat soalan-soalan peperiksaan.Selain itu,mereka membuat kelas tambahan pada hari minggu.Untuk mendapat restu daripada ibubapa dan guru-guru,kita mestilah menjaga hubungan baik dengan mereka.
    Akhir kata,saya berharap saudari dapat membalas surat saya dengan segera kerana saya tidak sabar untuk mengetahui cara-cara dan persediaan saudari untuk menghadapi peperiksaan UPSR.Kirim salam sayang saya kepada keluarga saudari.

    .

    ReplyDelete
  7. Isi-isi kamu terlalu pendek.Berusaha lagi untuk memanjangkan karangan kamu.karangan kamu bagus juga.

    ReplyDelete
  8. No,1 Jalan Bukit Rimau,
    4A,Taman Bukit Kemuning,
    40460,Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

    Menemui sahabatku Elyani yang berada di Pahang,semoga anda sekeluarga berada dalam keadaaan sihat sejahtera.

    Saudari,
    Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi persediaan dan usaha-usaha yang saudari lakukan untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR.

    Buat pengetahuan saudari tidak lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan UPSR.Buat masa
    ini,kita perlu lebih mengulangkaji.Kita jangan membuang masa yang terluang dengan perkara yang tidak berfaedah.Selain itu,kita mestilah banyak membuat latih tubi pada matapelajaran yang kita tidak fahami terutama sekali pada matapelajaran sains dan matematik.

    Bukan itu sahaja, kita hendaklah bertanyakan soalan itu kepada orang yang mahir dalam matapelajaran itu.Contohnya ibu bapa kita dan guru-guru.Seterusnya,kita janganlah melawan kata ibubapa kita ataupun orang yang lebih tua daripada kita.Kita mestilah patuh akan arahan mereka.

    Justeru itu,kita hendaklah melakukan solat 5 waktu sehari semalam.Jangan kita meninggalkan solat tanpa sebab.Membuat solat hajat dan menyatakan hajat kita kepada ALLAH.Banyakan berzikir dan berdoa.Ingat!!!pada malam sebelum peperiksaan,kita hendaklah tidur awal supaya kita mendpat rehat yang secukupnya dan kita juga hendaklah menyediakan alat tulis yang secukupnya supaya kita tidak kelam kabut pada hari peperiksaan.

    Sampai disini sahaja ,coretan saya pada kali ini.Saya berharap saudari dapat berkongsi persediaan dan usaha saudari untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

    Sekian terima kasih.

    Yang Benar,
    Izzati

    ReplyDelete
  9. No18,Jalan Sungai Rasau,
    32/26,Berjaya Park,
    Seksyen 32,40460,
    Shah Alam,
    Selangor,
    Menemui sahabatku yang bernama Izzham yang berada di Kedah.Bagaimanakah keadaan saudara dan keluarga?Saya berada dalam keadan sihat walafiat.

    Sahabatku,

    Bagaimanakah perasaan dan cara menghadapi peperiksaan UPSR?Saya berasa dalam keadaan gementar dan pelbagai cara yang saya lakukan.

    Antara cara-cara atau persediaan yang saya lakukan ialah kita mestilah sentiasa mengulang kaji pelajaran.

    Selain itu,kita juga haruslah menghormati ibu bapa dan guru supaya ilmu yang diberi oleh mereka berkat selama-lamanya.Perkara-perkara yang saya tidak lakukan semasa ada masa lapang ialah mononton televisyen dan sebagainya.

    Seterusnya,cara lain yang saya lakukan ialah menolong ibu bapa.Saya sentiasa berusaha dan berdoa agar kerja yang saya lakukan berhasil.

    Saya berharap saudara dapat melakukan aktiviti yang berfaedah seperti yang berikut

    ReplyDelete