Blog Lain

Wednesday, August 26, 2009

SOALAN BAHAGIAN C (6A)Kumpulan 2

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Buah delima pelbagai rasa,

Dipetik sebelum waktu senja;

Dari kecil hinggalah dewasa,

Ibu bapa membelai penuh manja.



Dalam sungai dipasang bubu,

Masuk seekor anak kelisa;

Sungguh mulia jasamu ibu,

Sepanjang hayat dikenang sentiasa.



Limau kasturi jangan dilupa,

Beli juga sebungkus asam jawa;

Tidakku lupa padamu bapa,

Sanggup berkorban harta dan nyawa.



Kacang dicampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga;

Terima kasih ibu dan bapa,

Bersyukur kita hidup bahagia.

19 comments:

  1. Nilai murni dan pengajaran yang terdapat daripada petikan ialah kita hendaklah menjaga anak dengan bertanggungjawab.Oleh itu,kita seharusnya memberi makan dan minum kepada anak kita.Selain itu,kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa kita dengan menghormati mereka dan memberikan mereka kebahagian.Di samping itu,kita mestilah menjaga mereka dengan berkorban apa sahaja.Justeru,kita hendaklah bersyukur dengan apa yang mereka berikan kepada kita.Akhir sekali,kita hendaklah berterima kasih kepada mereka atas apa yang mereka lakukan kepada kita.

    ReplyDelete
  2. Ada beberapa nilai murni yang saya dapati dalam petikan diatas antaranya ialah kita haruslah memberi kasih sayang kepada anak kita.Contohnya,kita memberi tempat tinggal,makanan,pakaian dan lain-lain kepada anak kita.Justeru,kita mestilah mengenang jasa ibu bapa kita.Bak kata pepatah kasih ibu di bawa ke syurga,kasih bapa untuk selamanya.Selain daripada itu,kita sewajarnya menyanyangi ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita.Oleh itu,kita perlulah berterima kasih kepada ibu bapa kita kerana mereka telah mendidik kita untuk menjadi orang yang berguna.Akhir sekali,kita sepatutnya bersyukur kepadaNya kerana keluarga kita hidup bahagia.

    ReplyDelete
  3. Beberapa nilai murni/pengajaran yang dapat kami perolehi daripada petikan ialah sebagai seorang anak kita perlulah cukup kasih sayang daripada ibu bapa walaupun sedikit,kerana itu boleh merosakkan masa depan anak-anak jika tiada kasih sayang daripada ibu bapa.Selain itu,kita haruslah mengenang jasa ibu bapa yang telah mendidik dan membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa.Justeru itu,kita juga mestilah mengorbankan masa bersama keluarga, terutamanya ibu yang tercinta kerana,syurga itu dibawah telapak kaki ibu kita.Di samping itu,banyak pengorbanan yang telah ibu bapa kita korbankan terhadap kita,jadi kita mestilah berterima kasih kepada ibu bapa dengan ikhlas dan sepenuh hati.Akhir sekali,kita juga mestilah bersyukur kepada Ilahi kerana telah memberikan kita ibu bapa yang baik.

    ReplyDelete
  4. Pengajaran yang dapat diperolehi ialah kita seharusnya menghormati ibu bapa kita kerana mereka telah mendidik dan menjaga kita dari kecil hingga kita dewasa.Selain itu,kita hendaklah mengenang jasa kedua ibu bapa kita kerana mereka sanggup berkorban demi anaknya yang tercinta.Oleh itu,kita haruslah bersyukur kerana kita masih lagi mempunyai ibu bapa yang masih sayang kepada kita.Justeru itu,kita haruslah membalas jasa kedua ibu bapa kita
    yang selama ini sanggup berkorban kepada kita.Akhir sekali,kita haruslah berterima kasih kepada ibu bapa kita kerana mereka telah membesarkan kita.

    ReplyDelete
  5. @mirul . com N Amirul sallehudinAugust 27, 2009 at 8:50 AM

    Terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran di dalam petikan di atas antaranya kita perlulah menghormati ibu bapa kita.Selain itu kita perlulah mengenang jasa ibu bapa kita kerana beliau telah mendidik kita sejak kecil lagi.Di samping itu kita sepatutnya selalu mengingati ibu bapa kita dan mengorbankan apa - apa sahaja untuk ibu bapa kita.Seterusnya kita hendaklah bersyukur dengan apa yang telah mereka berikan kepada kita.Akhir sekali kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita sepanjang mereka membesarkan kita.

    ReplyDelete
  6. AMIRAH[S] @ AMIRAH[A]August 27, 2009 at 8:50 AM

    Pengajaran yang saya dapati daripada puisi ialah sebagai ibubapa perlulah memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak kita.sesungguhnya anak adalah anugerah tuhan yang paling berharga yang perlu kita berikan sepenuhnya.Selain itu,kita sebagai anak perlulah menghargai jasa dan pengorbanan ibu kita.Sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu.Seterusnya,kita juga perlu menghargai jasa bapa kerana bapa banyak berkorban untuk kita.Beliau berkerja siang dan malam mencari duit untuk menyara kita sekeluarga.Di samping itu,kita perlulah menghargai jasa daripada sesiapapun lebih-lebih lagi daripada ibu-bapa kerana kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah membawa bahagia.Akhir sekali kita haruslah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh allah kepada kita jika kita tidak bersyukur dengan sekelip mata sahaja allah akan menarik nikmat yang kita perolehi.

    ReplyDelete
  7. Amirul dan Amirul sallehudin punya karangan bagus tapi selepas penanda warcana kenapa tidak letak tanda koma.

    ReplyDelete
  8. fatin@diana

    1)...kerana itu boleh merosakkan masa depan anak-anak jika tiada kasih sayang daripada ibu bapa.

    sepatutnya...

    ...kerana itu boleh merosakkan masa depan anak-anak.

    2)ayat yang keempat, terlalu panjang dan ayat itu telah anda gunakan semula.

    ReplyDelete
  9. said.. karangan wan amirul bagus,tetapi tambahkan lagi isi agar karangan menjadi lebih bagus,boleh mendapat markah lebih dan menyedapkan ayat.hmm betul3

    ReplyDelete
  10. karangan zarief bagus.tetapi pendek sangat....

    ReplyDelete
  11. marissa&sabrina

    ...anak kita.Contohnya,..

    sepatutnya...

    ...selepas anak kita seharusnya anda meletakkan koma tetapi anda meletakkan titik.

    ReplyDelete
  12. amirah (s)n(a)

    = ayat kamu bagus dan cantik =

    ReplyDelete
  13. pengajaran yang sungguh bagus.Ayat yang menarik.Tanda baca jangan lupa....Jaga ejaan.ibu-bapa tidak perlu tanda -.

    ReplyDelete
  14. anis dan nabila ayat korang memang best....
    TAHniah......

    ReplyDelete
  15. F@R@HiN&@sYmIrAAugust 27, 2009 at 9:25 AM

    kArAnGaN nAbIlAh @aNiS iS tHe bEsT!!!!

    ReplyDelete
  16. F@R@HiN &@sYmIrAAugust 27, 2009 at 9:32 AM

    AMIRAH(S)&AMIRA(A) KARANGAN KORANG TLALU PANJANG....TAKUT KENA POTONG MARKAH...

    ReplyDelete
  17. for me,karangan ni ok tapi nak komen sikit tentang marissa@ sabrina punya karangan.marissa,sabrina your all punya ok tapi you all tak payah nak letak bak kata pepatah tu semua perlu sebab karangan nak tepat dan padat.ok.harap boleh perbaiki.

    ReplyDelete
  18. ZARIEF N DANIAL

    AYAT SALAH

    SEPATUTNYA
    'MEMBERI KEPERLUAN ASAS YANG CUKUP'
    BUKANNYA,
    'MEMBERI MAKAN N MINUM'
    KALAU MEMBERI MAKAN N MNUM JE..PAKAIAN MACAM MANA?

    ReplyDelete
  19. FATIN N ANIS

    AYAT T'LALU PANJANG..

    AYAT SALAH,

    SEPATUTNYA,
    1.'ANAK-ANAK MEMERLUKAN KASIH SAYANG YANG CUKUP'

    BUKANNYA,

    'KITA PERLULAH KASIH SAYANG WALAUPUN SEDIKIT'

    2.'KITA HARUSLAH MELUANGKAN MASA'

    BUKANNYA,

    'MENGORBANKAN MASA'

    ReplyDelete