Blog Lain

Wednesday, August 26, 2009

SOALAN BAHAGIAN C (6A)

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Ali bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah meminta kepada rakannya untuk membonceng basikal rakannya.

15 comments:

  1. karangan itu bagus.tapi pendek sangat.....

    ReplyDelete
  2. Terdapat beberapa pengajaran dalam petikan diatas antaranya ialah kita mesti bangun awal pada waktu pagi kerana bangun awal pagi dapat membantu otak kita untuk cergas sentiasa.Justeru itu,kita janganlah menonton television hingga larut malam kerana otak kita perlu rehat pada waktu malam.Selain itu,kita haruslah bersalam dengan ibu bapa sebelum pergi ke sekolah.Kita mestilah melihat lampu isyarat kerana jika kita tidak melihat kemungkinan ia membawa maut.Akhir sekali,kita mestilah berdiri tegak apabila lagu Negaraku dilaungkan.

    ReplyDelete
  3. terdapat beberapa nilai murni yang dapat saya perolehi dari petikan di atas.kita haruslah bersalam-salaman dengan kedua ibu bapa kita.kita juga haruslah mematuhi peraturan jalan raya.disamping itu,kita mestilah sentiasa tidur awal,kerana bila kita tidur awal kita baru boleh solat subuh.juteru itu,kita hendaklah menghormati lagu negara kita.akhir sekali kita haruslah menghargai harta benda yang diberi oleh kedua ibu bapa kita.

    ReplyDelete
  4. Pengajaran yang boleh saya perolehi daripada
    petikan diatas ialah kita mestilah tidur awal
    supaya tidak bangun lewat untuk ke sekolah.
    selain itu, kita mestilah bersalam dengan ibu bapa untuk mengeratkan hubungan antara keluarga
    seterusnya, kita juga haruslah berhati-hati
    ketika berada di jalan raya.

    ReplyDelete
  5. Pengajaran

    ReplyDelete
  6. Ayat yang korang bagus cuma nilai murni mesti ada sebab ....

    ReplyDelete
  7. karangan Rahmat terlalu pendek...cikgu soraya nak 5 pengajaran tetapi Rahmat hanya buat tiga pengajaran sahaja....

    ReplyDelete
  8. Nilai murni yang terdapat di dalam petikan di atas ialah kita mestilah tidur yang secukupnya supaya tidak bangun lewat ke sekolah.Sebelum ke sekolah kita hendaklah menyalam kedua ibubapa kita supaya pelajaran kita menjadi berkat.Kita hendaklah membawa basikal dengan berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terjadi apa-apa semasa di jalan raya.Selain itu,kita mestilah mengunci basikal
    walaupun basikal kita diletakkan di dalam kawasan sekolah.Akhir sekali,semasa menyayikan lagu Negaraku kita mestilah berdiri tegak untuk
    menghormati lagu kebangsaan negara.

    ReplyDelete
  9. Rasikah N` lina korang punya karangan bagus tapi kenapa korang tak guna tanda warcana pada ayat mula-mula.

    ReplyDelete
  10. Aiman & Ariesya tidak memulakan ayat dengan huruf besar.

    ReplyDelete
  11. @mirul .com N Amirul sallehudinAugust 27, 2009 at 8:59 AM

    nilai murni rahmat terlalu pendek dan perlu mempunyai 5 nilai murni

    ReplyDelete
  12. Pengajaran yang kami dapati ialah,kita mestilah bangun awal ke sekolah.Kita juga perlu bersalam-salaman dengan kedua ibu bapa kita sebelum ke sekolah.Selain itu,kita mestilah menghormati lagu kebangsaan.Justeru,kita hendaklah mematuhi peraturan jalan raya.Akhir sekali,kita mestilah menghargai barangan yang telah dibeli oleh kedua ibu bapa kita.

    ReplyDelete
  13. RASIQAH N LINA awak mengeja dengan salah iaitu MENYANYIKAN bukan MENYAYIKAN

    ReplyDelete
  14. aqilah n azureen karangan anda bagus tapi pendek dan mana sebabnya.......

    ReplyDelete
  15. ubaidah@Rahmat.com@August 27, 2009 at 9:05 AM

    Pengajaran yang boleh saya dapati dalam petikan ialah kita mestilah tidur awal.selain itu,kita mestilah bersalam-salaman kepada kedua-dua ibu bapa kita.seterusnya,kita juga haruslah berhati-hati ketika berada di jalan raya.kita huruslah mengunci basikal untuk mengelakan kecurian.akhir sekali,kita mestilah
    berdiri tegak ketika lagu negaraku.

    ReplyDelete