Blog Lain

Thursday, March 12, 2009

KELUARGA SAYA

KELUARGA SAYA-NURIZZATI UZMA
Keluarga ialah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri daripada keluarga asas,keluarga luar,keluarga orientasi dan keluarga prokreasi.
Keluarga saya terdiri daripada lima orang iaitu ayah,ibu dan dua orang abang. Nama ayah saya ialah Ahmad Kamal Bin Mohd.Sani. Ayah saya bekerja sebagai Pengurus Usaha Sama di Petronas Carigali Sendirian Berhad. Pejabat ayah saya terletak di Kuala Lumpur City Center. Ayah saya berumur empat puluh sembilan tahun. Kegemaran ayah saya ialah membaca dan menonton rancangan sukan di televisyen.
Ibu saya bernama Mastura Binti Jamin. Beliau berumur empat puluh tiga tahun. Ibu saya ialah seorang suri rumah tangga. Ibu saya suka memasak dan menanam pokok bunga. Disamping itu juga, ibu saya mendidik dan membantu saya di dalam pelajaran.

Abang sulung saya bernama Umar Mukhtar Bin Ahmad Kamal. Abang saya berumur tiga belas tahun. Beliau bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.Abang saya bercita-cita menjadi Pakar Kaji Bumi apabila dewasa kelak. Hobi abang saya ialah membaca dan mengumpul rantai kunci.

Abang saya yang kedua pula bernama Umar Muslim Bin Ahmad Kamal. Beliau berumur sebelas tahun. Abang saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Kegemaran masa lapangnya ialah bermain bola sepak dan mengumpul matawang asing. Cita-cita abang saya ialah menjadi seorang Ahli Sains yang terkenal.
Kami sekeluarga sering melakukan aktiviti-aktiviti bersama seperti solat berjemaah, menonton wayang, melancong dan sebagainya. Ibu dan ayah saya sering menasihati kami adik beradik supaya saling bantu membantu diantara satu sama lain. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan saling memahami. Harapan saya semoga kebahagiaan ini berkekelan sehingga akhir hayat.
KELUARGA SAYA-AZYAN SALMA
Apa itu keluarga? Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Keluarga saya terdiri daripada tujuh orang. Saya mempunyai satu ayah, satu ibu, tiga kakak dan seorang abang. Nama saya Azyan Salma binti Mat Rusdi. Saya berumur 10 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Ayah saya bernama Mat Rusdi bin Yusof. Dia berumur 44 tahun. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di Kuala Lumpur. Ibu saya bernama Rasidah binti Abdull Mutalip. Dia juga berumur 44 tahun. Ibu saya bekerja sebagai seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Kakak saya yang pertama bernama Najwa Aimi binti Mat Rusdi. Dia berumur 19 tahun. Dia sedang belajar di MSU, Shah Alam. Kakak saya yang kedua pula bernama Maizatun Husna binti Mat Rusdi. Dia berumur 18 tahun. Dia juga sedang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kakak saya yang ketiga pula bernama Nurul Huda binti Mat Rusdi. Dia berumur 16 tahun. Dia bersekolah di SMK Bukit Kemuning. Abang saya bernama Azrul Fikri bin Mat Rusdi. Dia berumur 14 tahun. Dia bersekolah di SMK Seksyen 18, Shah Alam.
Saya dan keluarga saya selalu melakukan aktiviti bersama-sama. Antaranya adalah berjoging di taman tasik, bermain basikal, membeli-belah, mengemas rumah, dan melancong. Selain itu, aktiviti yang paling gemar kami lakukan ialah makan bersama-sama terutama sekali makan malam kerana ketika itu seluruh keluarga saya berada di rumah.
Ada juga aktiviti yang keluarga saya tidak suka untuk lakukan seperti memancing dan membuang masa. Setiap masa yang terluang kami akan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan saya berharap agar keluarga kami akan bahagia dan bersama selama-lamanya.
SHARAFINA
Pendahuluan
Keluarga saya terdiri daripada 6 orang. Ayah saya bernama Razin. Umurnya 46. Dia bekerja sebagai akauntan di Maybank. Ibu saya bernama Aniza Dia berumur 46 juga. Dia bekerja sebagai guru pelukis di rumah. Kakak saya yang pertama bernama Qisthina. Dia berumur 18 tahun. Abang saya, yang kedua, bernama Muhammad Naufal. Dia berumur 16 dan berada dalam tingkatan 4. Kakak saya yang kedua bernama Khairina. Dia berumur 12 tahun. Saya pula yang terakhir.

Isi 1
Saya dan abang saya suka bermain gitar. Kami mengambil kelas gitar setiap hari Rabu pada pukul 2:30. Saya dan kakak saya Khairina pula suka berlakon. Kakak saya Qisthina dengan saya suka menari. Saya dengan ibu dan bapa sy pula, suka berborak-borak. Kami sekeluarga suka menonton televisyen bersama-sama.

Isi 2
Saya tidak ada apa-apa yang saya tidak suka lakukan dengan keluarga saya kerana keluarga saya mempunyai hubungan yang erat.

Isi 3
Ayah saya, hobinya adalah melayari internet. Ibu saya suka membuat lukisan. Kakak saya yang pertama suka tidur dan berehat. Abang sy suka menunngang basikal dan bermain bola. Kakak saya yang lagi satu suka menulis dan berangan. Saya pula suka berenang.

Penutup
Saya berharap hubungan keluarga saya lebih erat da semakin bahagia. Tiada apa-apa yang boleh memisahkan kami sekeluarga.
KELUARGA SAYA-GHANESHA

Keluarga dimaksudkan sebagai sekumpulan manusia yang dihubungkan melalui perkahwinan, keturunan atau anak angkat yang tinggal dalam sebuah rumah. Daripada keluarga, terbentuk masyarakat dan daripada masyarakat terbina negara. Oleh itu, keluarga , masyarakat dan negara tiga komponen yang sering berkait dan sama penting antara satu dengan lain.

Saya juga mempunyai sebuah keluarga. Keluarga saya terdiri daripada lima orang iatu ibu, bapa, datuk, adik dan saya. Nama ibu saya ialah Puan Santha Kumari. Dia berkerja sebagai pengurus kewangan in sebuah syarikat Nama ayah saya ialah Encik Nadarajan. Dia berkerja sebagai Penguasa Kastam. Datuk saya ialah bekas Gurubesar Sekolah Tamil. Nama beliau ialah Encik Vasudevan. Umur datuk saya tujuh puluh tiga tahun. Nama adik perempuan saya ialah Vaiesshnavee. Dia belajar di darjah Dua Intelek, di sekolah saya.

Setiap hari Sabtu , kami sekeluarga akan pergi ke tasik di Kota Kemuning untuk berjalan-jalan. Kami juga akan membawa bola untuk bermain di padang di sebelah tasik itu. Datuk saya akan mengajar saya dan adik saya setiap hari. Kami sungguh gembira apabila belajar bersama datuk. Kami sekeluarga juga suka menonton gambar karton “Tom and Jerry” dan “Mr Bean”

Saya suka bersendirian apabila saya membaca buku cerita. Saya suka keadaan yang senyap apabila membaca. Begitu juga apabila saya mendengar lagu di radio pada waktu malam. Apabila saya membuat kerja di komputer, saya tidak suka diganggu oleh ahli keluarga.

Walaupun ada beberapa perkara yang saya suka membuat sendirian, tetapi keluarga saya amat penting bagi saya. Ibubapa dan datuk saya telah banyak berkorban demi kegembiraan saya. Saya sangat menghargai kasih sayang dan pengorbanan mereka, dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh kejayaan yang cemerlang sebagai membalas jasa mereka.
KELUARGA SAYA - AMIR

Pendahuluan- Nama saya Sheikh Muhammad Amir. Saya berumur 10 tahun. Saya bekerja sebagai Pengawas Pusat Sumber SKBR. Nama ayah saya ialah Sheikh Abdul
Manzoor. Umur ayah saya 42 tahun. Ayah saya bekerja sebagai Pengurus. Nama ibu saya ialah Safina Ashraf. Ibu bekerja sebagai Penasihat Insuran dan Kewangan.

Isi 1-Saya suka bermain badminton dan tennis bersama keluarga saya. Keluarga saya suka bersukan. Kami juga suka melancong semasa cuti sekolah.

Isi 2- Saya tidak suka berjoging bersama keluarga saya.

Isi 3- Saya mempunyai dua adik lelaki; Sheikh Muhammad Abbas dan Sheikh Muhammad Afiq.

Penutup- Saya amat sayangi keluarga saya sebab mereka sentiasa menyayangi saya.

Keluarga Saya-YUVADHARISINY

Keluarga saya terdiri daripada tiga orang iaitu ibubapa dan saya.Keluaga asas bermakna sedarah dengan ibu. Selain,itu anak anggat juga ada sama darah dengan ibu atau bapa yang angkat anak itu.


Ayah saya bernama S.Rengasamy.Dia berumur 41tahun.Dia bekerja sebagai membuat buisenes.Hobinya ialah membaca surat khabar. Ibu saya bernama N.Vikneswarie.Dia berumur 35 tahun. Dia berkerja sebagai guru tadika.Hobinya ialah masak.


Setiap cuti sekolah, kami sekeluaga suka pergi melancong ke pelbagai jenis tempat.Setiap petang kami bermain badminton,mengayuh baisikal dan berjoging.Setiap hari,kami makan bersama-sama.

Saya tidak suka menaip surat,menghantar e-mel,membaca surat saya dan membaca dairi saya bersama keluarga.Saya tidak suka bergaduh dengan keluarga saya.

Saya harap keluaga saya meneruskan hipan dengan baik.Saya Sayangkan keluarga saya.Saya harap keluarga saya mesti selalu menjadi bahagia.
Kelas 4 Intelek - hantarkan komen kamu

6 comments: