Blog Lain

Tuesday, August 25, 2009

Soalan Untuk 6M

Kumpulan 2
Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.

18 comments:

  1. Sila jawab....

    ReplyDelete
  2. MEGA"T" & KaMiRAugust 26, 2009 at 9:50 AM

    Televisyen merupakan hiburan seisi keluarga, tetapi ada keburukan dan kebaikan menonton televisyen.

    Televisyen ada pelbagai saluran yang bagus dan menarik untuk kanak-kanak.Televisyen juga ada saluran lucah yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan lain.Saluran yang saya menceritakan ialah seperti saluran 'HBO','Animax','AXN','Cinemax','Star Movies' dan banyak lagi.Saluran yang patut kita menonton ialah 'History Channel','TVIQ','Discovery Channel','Animal Planet' dan banyak lagi.

    Antara keburukan menonton televisyen adalah jika kanak-kanak menonton saluran-saluran yang lucah dan perbuatan ganas yang melibatkan berdarahan, kanak-kanak ini akan menjejak langkah dan mengikut perbuatan yang ganas dan lucah yang berada di dalam saluran yang kita tidak patut menontonnya.

    Juga ada beberapa kebaikan jika kita menonton televisyen seperti saluran 'TVIQ'.Saluran ini boleh mengajar kita tentang pembelajaran kita dan juga membuka minda kita.Saluran itu juga menjadi teladan di masa hadapan.

    Oleh itu, kita mestilah menonton saluran televisyen yang berfaedah dan berilmu kerana ia dapat meluaskan minda ajaran kita.

    ReplyDelete
  3. Kumpulan Megat Luqman & Kamir...
    'Televisyen merupakan hiburan seisi keluarga' sepatutnya
    Televisyen merupakan alat hiburan seisi keluarga.
    'tetapi ada keburukan dan kebaikan menonton televisyen'.
    Boleh diubah kepada
    Menonton televisyen mempunyai keburukan dan kebaikannya tersendiri bergantung kepada rancangan yang dipilih serta maklumat yang sedia ada pada diri individu itu.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, karangan Megat & Kamir bagus tetapi boleh meningkatkan. (Macam apa Cikgu Soraya kata..)

    ReplyDelete
  5. Televisyen merupakan teknologi terkini.Televisyen diciptakan untuk menghiburkan kanak-kanak,remaja dan dewasa.Televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

    Kebaikannya ialah saluran yang bagus untuk kita seperti TVIQ,NATIONAL GEOGRAPHY,DISCOVERY SCEINCE,DISCOVERY CHANNEL,HISTORY dan lain-lain.Televisyen memberi kita ilmu untuk menggunanya pada masa hadapan.Televisyen juga memberitahu kita berita terkini seperti BULETIN AWANI,7 EDITION, BERNAMA TV,1:30 dan BULETIN UTAMA.

    Televisyen juga menayangkan benda-benda yang lucah,ganas,menyeramkan,vandalisma dan lain-lain yang tidak bagus untuk kanak-kanak bawah umur 18 tahun.Contoh-contoh saluran yang menayangkan benda-benda lucah ialah ANIMAX,AXN,HBO,STAR MOVIE,CINEMAX,HALLMARK,TV 8 dan sebagainya.Salain itu,televisyen juga menayangkan saluran carton seperti DISNEY CHANNEL,CARTOON NETWORK dan NICKLODEON.

    Televisyen juga menayangkan cara-cara bermain permainan dengan betul seperti dalam permainan bola sepak,hoki,badminton,bola tampar,tennis,bola baling dan ragbi.Televisyen juga mengenagkan hati kita dengan mendengar muzik-muzik yang merdu.

    Kita mestilah menontan saluran yang berfaedah supaya kita menjadi orang yang berguna.

    ReplyDelete
  6. Naveen dan Afzan, kamu ada kesalahan ejaan seperti "DISCOVERY SCEINCE". Ejaan yang betul ialah DISCOVERY SCIENCE

    ReplyDelete
  7. Televisyen merupakan alat hiburan seisi keluarga.Ia juga adalah teknologi terkini.Televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

    Kebaikan menonton televisyen adalah kita boleh mendapat ilmu,pengajaran dan berita dari semasa ke semasa.Dengan menonton televisyen kita dapat menghilangkan kebosanan dan tekanan diri.Televisyen mempunyai pelbagai saluran seperti 'TV3','TV9' dan lain-lain.

    Keburukannya pula adalah rancangan yang mempunyai unsur-unsur yang tidak elok.Kita juga tidak boleh menonton televisyen berlebihan kerana ia merupakan satu tabiat yang buruk dan membuang masa.

    Jika hendak menonton televisyen,kita perlu pandai membahagi masa antara pelajaran dan hiburan.Ibu bapa perlu mengawal anak-anak supaya tidak menonton rancangan yang tidak berfaedah agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

    Oleh itu,kita perlulah menonton televisyen dengan tidak berlebihan.

    ReplyDelete
  8. Amirah Fahira dan Nurul HadhirahAugust 26, 2009 at 10:36 AM

    Setiap hari,kita mungkin akan menonton televisyen.Mungkin juga,kita menonton selepas balik dari kerja,sekolah dan sebagainya.
    Bagaimanapun,menonton televisyen juga ada kebaikan dan keburukannya.

    Antara kebaikannya ialah kita boleh menontan paparan berita.Kita tidak perlu bersusah payah untuk membeli surat khabar.Ia bolah menjimatkan masa,duit dan tenaga kita.Tetapi,ia boleh menjadikan kita seorang yang pemalas untuk membuat kerja seperti membeli surat khabar.

    Selain itu,apabila kita sedih.Kita boleh menghiburkan diri kita dengan menonton cerita lawak,comedi,karton dan sebagainya.Dengan itu,kita boleh menghiburkan diri kita yang telah sedih sebelum itu.Keburukannya pula ialah boleh kita boleh membuang masa yang terluang dengan menonton cerita-cerita ini.

    Di samping itu,kita boleh menambahkan ilmu dengan menontan saluran "Animal Planet","Discovery Channel","TVIQ","Nasional Geografi" dan sebagainya.Di saat itu,minda kita boleh menjadi cerdas dan cerdik dalam pelajaran.

    Seterusnya,kita juga boleh menonton saluran masakan.Dengan begitu,kita boleh mengetahui cara memasak dan resepinya.Selepas itu,kita boleh mencuba memasak apa yang telah kita pelajari daripada saluran itu.

    Menonton televisyen juga mempunyai banyak keburukan seperti menonton aksi ganas,video luncah dan sebagainya..Ia boleh merosakkan diri kanak-kanak dan remaja dengan mengikuti aksi-aksi tersebut.

    Oleh itu,kita haruslah berpada-pada dengan menonton televisyen.Kita hendaklah menonton cerita-cerita yang berfaedah dan yang terakhir kita juga mestilah menonton lebih kebaikan daripada keburukan.

    ReplyDelete
  9. Nur Safiah Hafiez ShahAugust 26, 2009 at 10:37 AM

    Sebut sahaja tentang televisyen pastinya semua orang tahu terutamanya golongan muda-mudi termasuklah pelajar sekolah. Di negara kita, televisyen mula bertapak sejak lama dahulu. Penggunaan televisyen telah membantu kita dalam pelbagai cara, dan ia juga telah memberi keburukan kepada kita.

    Sekiranya kita berada di rumah dan berasa bosan, tentulah pilihan hiburan kita ialah menonton televisyen. Rancangan televisyen pendidikan yang disiarkan memang banyak, akan tetapi, begitu juga dengan rancangan televisyen yang tidak berfaedah.

    Pada zaman sekarang, bilangan rancangan televisyen dan filem semakin meningkat. Kebanyakan yang disiarkan ada unsur-unsur keganasan, vandalisma, perhubungan intim antara orang yang bukan muhrim, percintaan pada usia muda dan banyak lagi yang memberi contoh buruk bagi kita semua.


    Selain itu, berita-berita yang dipaparkan setiap hari di kaca telvisyen adalah yang terkini, serta lengkap dan tepat. Nah, begitu mudahnya mendapat berita yang boleh dikatakan sungguh canggih dan lengkap.

    Siaran televisyen juga menyediakan perkhidmatan undian untuk kegunaan mengundi taraf penyanyi-penyanyi terkenal. Akan tetapi, saya nasihati agar kita semua tidak lupakan kehidupan sebenar hanya kerana televisyen. Kita tidak boleh bergantung kepada telvisyen sahaja.

    ReplyDelete
  10. karangan safiah cukup bagus tetapi safiah telah keluar daripada soalan kerana arahan soalan ialah tuliskan kebaikan dan keburukan menonton televisyen..........

    ReplyDelete
  11. Penutup Amir dan Zul terlalu sikit.Jadi,cubalah untuk memperbanyakkan lagi isi-isi peutup tersebut.......

    ReplyDelete
  12. Kumpulan Naveen & Afzan
    Televisyen juga menayangkan (benda-benda)...
    Sila gunakan perkataan yang lebih sesuai

    ReplyDelete
  13. Karangan Nur Safiah Hafiez Shah
    'Siaran televisyen juga menyediakan perkhidmatan undian untuk kegunaan mengundi taraf penyanyi-penyanyi terkenal. Akan tetapi, saya nasihati agar kita semua tidak lupakan kehidupan sebenar hanya kerana televisyen. Kita tidak boleh bergantung kepada telvisyen sahaja.'
    Ejaan televisyen
    Nyatakan keburukan idea ini.

    ReplyDelete
  14. Amirah Fahira dan Nurul Hadhirah,
    'Selain itu,apabila kita sedih.Kita boleh menghiburkan diri kita dengan menonton cerita lawak,comedi,karton dan sebagainya.Dengan itu,kita boleh menghiburkan diri kita yang telah sedih sebelum itu.Keburukannya pula ialah boleh kita boleh membuang masa yang terluang dengan menonton cerita-cerita ini.'
    Sila betulkan perenggan ini.

    ReplyDelete
  15. AMIR @ ZUL,
    Berikan contoh rancangan televisyen yang boleh memberikan kebaikan/keburukan.
    Penutup...terlalu ringkas.

    ReplyDelete
  16. Nur Safiah Hafiez ShahAugust 27, 2009 at 9:21 AM

    Terima kasih bagi orang yang telah memberi 'comment' untuk karangan saya.

    Amirah Fahira dan Hadhirah,
    Karangan kamu berdua cukup bagus, tetapi boleh diperbaiki lagi di perenggan 3 dan 4...

    ReplyDelete
  17. Seperti yang diketahui television mempunyai kelebihan dan keburukan tertentu.Saya disini yakin bahawa setiap orang pasti mengetahui apa itu television(tv).Tidak kisah sama ada kecil,besar,tua,muda dan boleh dikatakan semua manusia mengetahui apa itu television.
    Tidakkah anda sedari bahawa television juga mempunyai keburukan dan kebaikan tertentu.Jika selepas kamu mentelaah pelajaran semestinya anda membuka television sebagai penghibur.Bukan itu sahaja,television juga mempunyai kebaikan tertentu.Contohnya siaran tv seperti kampus astro.Banyak maklumat-maklumat mengenai dunia sains yang pastinya menyeronokkan dan menghiburkan.

    ReplyDelete
  18. karangan yang saya baca ini memang bagus untuk kita membuat lisan di sekolah.

    ReplyDelete