Blog Lain

Tuesday, May 19, 2009

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Balas surat rakan anda yang bertanyakan tentang situasi di kampung anda.

22 comments:

  1. No.14, Jalan Sungai Congkak,
    40460, Shah Alam,
    Selangor Dahrul Eshan.

    23 Mei 2009.



    Menemui sahabatku Ryan Peter Ortega yang kini berada di Jepun, semoga saudara sihat walafiat kehendaknya.

    Saudara,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih kerana telah mengirim sepucuk surat. Saya juga akan menerangkan saudara tentang keadaan di kampung nenda saya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan .

    Nenda saya mempunyai sebuah dusun buah – buahan. Terdapat pelbagai jenis pokok buah – buahan seperti pokok durian, pokok rambutan, pokok mangga dan sebagainya. Buah-buahannya juga segar dan sedap. Suasana di dusun nyaman dan udaranya segar serta sunyi .Pokok-pokok menghijau dan subur.

    Terdapat juga sebatang sungai berhampiran dengan rumah datukku. Air di sungai itu jernih dan mengalir dengan deras. Terdapat banyak ikan di situ. Pada masa lapang, saya dan nendaku pergi memancing di sungai tersebut. Ikan di situ sedap dimakan apabila digoreng.

    Nenda saya juga mempunyai sebuah sawah padi. Terdapat banyak padi yang menguning di situ. Udara pula segar dan nyaman. Kita boleh bermain baling batu dan bermain kejar – kejar. Terdapat banyak orang yang menolong datuk menanam dan membaja padi di situ.

    Itu saja untuk sekarang. Semoga saudara telah terima semua maklumat yang saya sampaikan ini. Saya berharap saudara suka semua maklumat tentang keadaan di kampung dan balas balik surat ini.

    Sekian, terima kasih.


    Yang benar,

    Ghaneassha.

    ReplyDelete
  2. 17,Jalan Sungai Ramal
    32/54, Bukit Rimau, Shah
    Alam, 40460,Selangor.
    19 Mei 2009

    Menemui sahabatku Nurul Syaza Salehuddin yang berada di Melaka. Harap saudari sekeluarga sihat walafiat.

    Saudari,

    Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan keadaan di kampung saya. Antara tempat-tempatnya adalah di dusun, sawah dan sebatang sungai berdekatan kampung saya.

    Di dusun kepunyaan nenda , pokoknya hijau, buah-buah dan sayur-sayurannya banyak dan pemandangan dari atas pokok-pokok itu sungguh cantik. Pokok-pokoknya sungguh besar. Antara pokok-pokok yang terdapat di situ, terdapat pokok pisang, pokok kelapa dan pokok limau. Selain daripada pokok sayur dan buah, terdapat juga pokok bunga seperti pokok bom, pokok bunga kertas dan pokok bunga raya. Bunga-bunganya berkembang mekar.

    Sawah tempat yang udaranya sungguh segar dan nyaman. Sawah padinya menguning. Serangga terdapat di atas padi. Pelbagai jenis serangga. Sawah di sini sungguh sejuk. Terdapat lumpur dan sawah tersebut penuh dengan burung terbang dari sini ke sana. Sawah terletak di tepi jalan. Sawah itu sangat luas dan kaya dengan padi dan beberapa jenis tumbuhan-tumbuhan yang lain seperti pokok pisang dan pokok kelapa.

    Akhir sekali adalah keadaan di sebuah sungai berdekatan kampung saya. Di situ airnya kotor. Terdapat jambatan di sungai itu. Jambatan di sungai penuh dengan batu-bata. Di pinggir sungai itu ada pelbagai jenis tumbuhan dan juga buaian yang digantung dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Terdapat juga beberapa haiwan liar di situ seperti ular dan buaya. Kadangkala, terdapat itik yang tinggal dan mengeram di tepi sungai.

    Sekian sahaja buat kali ini. Semoga surat ini disampaikan kepada saudari. Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas.

    Yang benar ,

    Sharafina

    ReplyDelete
    Replies
    1. dei macha ini macam punya ayat kiriman rasmi

      Delete
  3. Penutup karangan Sharafina terlalu kecil.

    ReplyDelete
  4. Arif dan MuzaffarMay 21, 2009 at 8:06 AM

    Bukan kecil tapi sikit

    ReplyDelete
  5. Karangan ghaneasssha tidak seimbang .

    ReplyDelete
  6. Karagan Sharafina lebih bagus kerana senang. difahami.

    ReplyDelete
  7. Maisarah,Izzati,AzyanMay 21, 2009 at 8:13 AM

    Antara pokok-pokok yang terdapat di situ, terdapat pokok pisang, pokok kelapa dan pokok limau.

    sepatutnya :

    Antara pokok-pokok yang terdapat di situ ialah pokok pisang, pokok kelapa dan pokok limau

    ReplyDelete
  8. Nur Irdina Bt Nasmi ZarudinMay 21, 2009 at 8:19 AM

    Terdapat juga sebatang sungai berhampiran dengan rumah datukku.

    Sepatutnya: datukku itu di tukarkan dengan nendaku

    ReplyDelete
  9. Cikgu,pokok bom yang dekat karangan Sharafina
    wujud ke?

    ReplyDelete
  10. ROSHENY,LEAH ,YUVAMay 21, 2009 at 8:30 AM

    NO,11 PERSIARAAN
    SUNGAI SELANGOR
    SEKSYEN 32,
    40460

    ReplyDelete
  11. No,1 Jalan Sungai Congkak
    40460, Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan

    13 Mei 2009

    Menemui sahabatku Ali yang berada di England.
    Semoga saudara sihat walafiat.

    Saudara,

    Terima kasih kepada saudara kerana telah mengirim sepucuk surat kepada saya. Saya berasa
    gembira kerana saudara ingin tahu tentang situasi di kampung saya.

    Nenda saya mempunyai sebuah dusun buah-buahan.
    Suana di dusun sangat sunyi kerana jarang dikunjungi orang.

    ReplyDelete
  12. No.3,Jalan B,
    40460,Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

    21b Mei,2009

    Menemui sahabatku Andrew,yang kini berada di Johor Baharu semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera.



    Saudara

    ReplyDelete
  13. Betul ke Arif cakap ada popok bom.

    ReplyDelete
  14. Karangan Sharafina tidakk bagus langsung.

    ReplyDelete
  15. Akmal,Ikmal dan Izuddin lutfiMay 21, 2009 at 8:32 AM

    Lot 3749 Lorong
    Hj Shoib Kg Bt
    7 Klang Selangor

    Menemui sahabatku, Amir Iskandar bin Zawawi yang kini berada di Sabak Bernam,Selangor.

    Saudara,

    Terima kasih atas kesudian saudara menulis surat ini kepada saya.Menjawab pertanyaan saudara tentang keadaan kampung saya.

    ReplyDelete
  16. IZUREEN DAN FARISYAMay 21, 2009 at 8:34 AM

    NO.21JLN KEBUN NENAS
    2T/KS7 BANDAR PUTRA
    40460 SELANGOR

    19 MAY 2009

    Menemui sahabatku Farah yang berada di Paris. Diharapkan agar saudari serta keluarga sihat walafiat.

    Saudari,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menghantar sepucuk surat.Saya telah menerima surat itu dengan selamat.

    Datuk saya mempunyai sebuah dusun yang luas.Di situ terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti pokok rambutan,pokok durian,pokok manggis dan sebagainya.buah-buahan sungguh segar dan sedap suasana di dusun nyaman dan tenang.

    ReplyDelete
  17. Karangan Shafarina lebih bagus.

    ReplyDelete
  18. Datuk Khailrul TakinApril 19, 2012 at 8:35 AM

    krangan ghaneassha lebih bagus daripada shafarina

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Kini terdapat cara yang mudah menguruskan surat yang banyak dengan penggunaan Sistem Pengurusan Surat

    ReplyDelete
  20. Terima kasih ye syarafina dapat siap keje kolah

    ReplyDelete