Blog Lain

Thursday, March 12, 2009

TAJUK 5- PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

KARANGAN...................
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Sejarah menunjukkan Tanah Melayu pernah dijajah dan ditakluki oleh kuasa besar Jepun semasa Perang Dunia Ke - 2 . Kedatangan Jepun dialu –alukan oleh penduduk Tanah Melayu , yang pada masa itu berada di bawah jajahan .

Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 apabila tentera Jepun mendarat serentak di Thailand ( Singgora dan Pattani ) dan di Pantai Sabak , Kota Bharu . Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra , Kedah dan mara ke selatan melalui bandar – bandar utama menggunakan kereta kebal dan basikal .

Selepas sepuluh minggu tentera Jepun mendarat , seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun . Pada 15 Februari 1942 , Leftenan Jeneral A.E . Parcival terpaksa menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura . Peristiwa kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun ini , jelas memberi iktibar kepada kita supaya tidak mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri .

Peperangan mengakibatkan kemusnahan infrastruktur , sumber ekonomi dan bangunan . Taktik “ bumi hangus “ iaitu memusnahkan jambatan , jalan kereta api , ladang – ladang dan kawasan perlombongan digunakan oleh British semasa berundur . Jambatan Guillernard di Kuala Krai turut diletupkan oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun .

Pemerintahan secara tentera di Tanah Melayu , Sarawak dan Sabah telah diperkenalkan oleh pihak Jepun . Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru ( Melayu Baru) dan Singapura pula dikenali sebagai Syonan ( Cahaya Selatan) dan pentadbirannya diasingkan daripada Tanah Melayu . Pada mulanya pihak Jepun telah menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran pusat .


Menjelang tahun 1945 , tentera Bersekutu mendesak Jepun supaya menyerah diri tetapi mereka enggan . Tentera Bersekutu kemudiannya telah menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki . Akhirnya , Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945.Jeneral Seshiro itagaki ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri pada 12 September 1945 di bangunan Majlis Perbandaran Singapura.Di wilayah Borneo pula,pemerintah tertinggi tentera Jepun ke 37, Masao Baba menyerah kalah pada 10 September 1945 di Surrender Point Labuan.

Akhirnya pada 12 September 1945,Tanah Melayu telah bebas dari jajahan daripada Jepun.




1 comment:

  1. salam....boleh x bg pendapat mengenai iktibar yg dpt drpd peristiwa pendudukan Jepun

    ReplyDelete