Blog Lain

Thursday, March 12, 2009

TAJUK 2- BAGAIMANA MENGHARGAI IBU BAPA

GHANEASSHA
MAKLUMAT DIPEROLEHI
CARA – CARA MENGHARGAI IBUBAPA

1. Ibu bapa akan sejuk hati jika cakap mereka ditaati dan diikut. Contoh mudah, kalau anak pandu kereta dan ayahnya duduk di sebelah memberi tunjuk jalan, ayah akan rasa senang jika anak ikut cakapnya walaupun si anak mungkin lebih tahu jalan dari ayahnya. Kalau anak bantah atau berkeras tidak mahu ikut, ayah mungkin sakit hati.
2. Semua orang suka dibahasakan dengan baik. Kalau anak bercakap lunak, tentu ibu bapa senang. Berbanding kalau anak tinggikan suara atau bercakap kasar, ibu bapa mudah tersinggung. Hendaklah bercakap kepada ibu bapa “dengan perkataan yang mulia”
3. Ibu bapa mana yang tidak suka dan tidak rasa bahagia jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi bila ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada ibu bapa perlu pada sifat ringan tulang. Dengan ringan tulang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama, beroleh keberkatan dalam hidup.
4 Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang.
5. Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara yang anak tidak setuju, dia masih tunjuk rasa hormat, tidak membangkang..
6. Pemberian dari ibu bapa jika dihargai, membuat hati mereka senang. Mungkin mereka beri sesuatu pada anak kita (cucunya) lalu kita beritahu anak itu supaya hargai pemberian nenek atau datuknya. Menghargai pemberiannya sama dengan menghargai dirinya.
7. Alangkah bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka. Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa kesukaan ibu bapanya, lalu itulah yang dia buat. Dia tidak buat sesuatu yang dia tahu ibu bapanya tak suka. Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya, tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.

8. Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan lain-lain persoalan besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.
9. Kebanyakan ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak – mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh, tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.
10. Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji kepada ibu bapa. Bila sudah berkeluarga sendiri, sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin berkurang sedikit. Bila ada duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat dia balik jenguk dan usahakan rawatan yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.
11. Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak cukup hanya kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya ‘pengganti diri’, terutama jika mereka sudah lanjut usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai belaian tangan anak yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diindahkan anak, sakit peningnya tak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.
12. Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak ‘berhutang’ dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar.
KARANGAN
CARA – CARA MENGHARGAI IBU/BAPA

Ibu bapa telah banyak berkorban jasa kepada kita. Kita perlu menghargai ibu bapa kita. Terdapat banyak cara untuk menghargai jasa ibu bapa kita.

Salah satu cara menghargai jasa ibu bapa ialah dengan menolong ibu bapa membuat kerja rumah. Dengan cara ini, kita boleh meringankan beban mereka.

Saya membantu ibu bapa saya untuk membuat kerja-kerja rumah. Pada hujung minggu, saya membantu ayah untuk mencuci kereta. Setiap petang saya menolong ibu untuk menyiram pokok bunga. Dengan ini, saya sedikit sebanyak dapat meringgankan kerja mereka .

Ibu bapa saya selalu menasihatkan saya supaya belajar dengan tekun. Salah satu cara untuk menghargai ibu bapa ialah dengan mematuhi dan menghormati kata-kata mereka. Saya rajin belajar serta sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang saya ceburi. Ibu bapa saya sangat gembira bila melihat keputusan cemerlang saya.

Saya menghargai semua pemberian ibu bapa saya. Walaupun benda itu kecil atau murah seperti sebatang pensil, saya masih gembira untuk menerimanya. Hati ibu bapa saya senang bila saya menerima pemberian mereka dengan sepenuh hati.

Bila bertutur dengan ibu bapa, saya selalu menggunakan bahasa yang sopan. Ini mengembirakan hati ibubapa saya. Saya juga berjanji akan mencapai cita-cata saya untuk menjadi seorang saintis kerana ini akan mengembirakan ibu bapa saya. Inilah cara yang paling bagus untuk membalas jasa ibu bapa saya.
Karangan Rosheny Kumaran
Bagaimana menghargai ibubapa kita

Ibu bapa merupakan orang yang terpenting di dalam kehidupan kita . Kita harus menghargai jasa mereka.

Kita harus menghargai ibu bapa dengan mendengar dan mematuhi nasihat dan tunjuk ajar mereka .Kita tidak harus bercakap kasar dengan ibubapa.

Kita harus belajar bersungguh – sungguh untuk mendapat prestasi yang baik .Kita juga harus menghormati ibubapa kita.

Kita mesti sayangkan ibu bapa kita . Kita mesti menjaga mereka di hari tua mereka menghargai jasa ibu bapa.
MAKLUMAT IRDINA
SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga. Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya: Berbuat baik kepada kedua ibu bapaMaknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa, ayat 36).Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.Menghargai dan menghormati merekaSebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapaApabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi. Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya. (Surah an-Nisaa, ayat 23).Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapaSeseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja. Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).Jangan menderhaka kepada ibu bapaSeorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.Hormat kepada ibu bapa bukan MuslimSeseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah Aku berkata: Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?Jawab Baginda: Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq Alaihi).

KARANGAN SHARANEISH
Bagaimana cara menghargai Jasa Ibu Bapa

Sejak kecil ibu bapa telah membesarkan dan memberikan kasih sayang kepada kita. Jasa Ibu bapa tak dapat di balas dengan harta benda atau wang ringgit. Mereka seupama lilin yang membakar diri lalu memberi cahaya kepada anak-anaknya.

Sebagai anak kita perlu menghargai jasa dan menghormati mereka.. Selain itu, kita perlu membalas jasa mereka dengan menjaga mereka apabila mereka menjadi tua.

Setelah dewasa kelak, kita perlu memberi kasih sayang dan kebahagiaan kepada mereka. Kita menyediakan tempat tinggal yang selesa dan memenuhi keperluan mereka serta menjaga kesihatan mereka.

Walaupun kita sudah dewasa dan bekerja, kita perlu mendengar nasihat dan mengikuti tunjuk ajar kedua ibu bapa untuk menjadi seorang yang berguna. Disamping kita perlu berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa supaya mereka panjang umur serta sihat untuk selama-lamanya.

Kita tidak boleh hidup seperti kacang melupakan kulit kerana pengorbanan mereka adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai.Oleh yang demikian, marilah kita menjadi anak yang sentiasa mengenang budi mereka sampai ke akhir hayat.
BAGAIMANA MENGHARGAI IBU BAPA?
MAKLUMAT AZYAN SALMA

KITA MENGHARGAI IBU BAPA KITA DENGAN CARA-CARA BERIKUT:
· MENOLONG IBU BAPA-CONTOHNYA: MENGEMAS RUMAH,MENOLONG IBU MEMASAK DI DAPUR,MENOLONG AYAH MEMBASUH KERETA DLL.
· MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN DAN UJIAN
· MENURUT KATA IBU BAPA / TIDAK MEMBANTAH KATA MEREKA
· TIDAK MENIPU IBU BAPA
· MEMBERI KAD UCAPAN SEMASA HARI IBU/HARI BAPA
· TIDAK MENANGGUHKAN KERJA YANG DISURUH
· SENTIASA BERTERIMA KASIH
· TIDAK MENINGGIKAN SUARA KETIKA BERCAKAP
· TIDAK BERKATA PERKATAAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN/HATI MEREKA
Karangan Pradeep Nair
Bagaimanakah Cara Menghargai Ibu Bapa

Ibu bapa banyak berkorban untuk kita. Mereka telah membesarkan kita dengan bersusah-payah.Sebagai anak,kita mestaliah berusaha untuk meggembirakan ibu bapa.
Mendegar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa kita juga merupakan satu cara untuk menggembirakan mereka .Kita tidak seharusnya menganggap sepi akan nasihat mereka .Ini akan mengecawakan hati mereka.
Sebagai anak,seharusnyalah kita mematuhi segala nasihat yang diberikan kerana ini semua untuk kebaikan kita juga.
Di sampigan itu kita juga boleh menggembirakan hati mereka dengan belajar bersungguh-sungguh .Ibu bapa akan rasa seronok dan merasa segala pengorbanan mereka terbalas dengan kejayaan yang kita perolehi .
Sebagai anak , kita juga seharusnya membantu mereka di dalam membuat kerja-kerja harian .Banyak perkara yang boleh kita bantu seperti menyapu sampah ,melipat kain ,menjaga adik dan sebagainya .Kerja-kerja seperti ini merigankan beban mereka. Oleh itu,kita sebagai anak hendaklah melaksanakan perkara - perkara seperti di atas,agar mereka gembira .

17 comments:

  1. Hi I want how is the format of karangan upsr,pmr and spm.

    ReplyDelete
  2. terima kasih, byk membantu :)

    ReplyDelete
  3. mcm mna mau nmpk nie....tlisan bgni...????

    ReplyDelete
  4. karangan ni banyak membantu saya.

    ReplyDelete
  5. xnmpak apa2 pun..

    ReplyDelete
  6. highlight lah text tu baru nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks....nak kena baca komen dulu baru boleh baca yg atas ni

      Delete
  7. nt tat nice...boo

    ReplyDelete
  8. hmmm tiada nampak apa2.

    ReplyDelete
  9. banyak sgt membantu saya untuk buat latihan yg diberi oleh guru.....er..saya.heheheheheh!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. me pro dota you all so noob dota!!!!!!!!

    ReplyDelete