Blog Lain

Thursday, April 30, 2009

CARI MAKNA PERKATAAN

menatang
menjunjung
membimbit
mengelek

merenjis
merendam
menyimbah

huru-hara
kacau-bilau
hiruk-pikuk
kucar-kacir

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Kamu sebagai setiausaha Kelab Pusat Sumber diminta membuat satu laporan tentang aktiviti kelab iaitu lawatan ke Muzium Negara. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Wednesday, April 29, 2009

PERTANDINGAN NILAM MESRA KAMUS




Mulai 1 Mei sehingga 15 Mei 2009, Pusat Sumber Sekolah(PSS) akan melaksanakan Program NILAM Mesra Kamus.
Langkah 1
Beli buku NILAM warna BIRU (Tahun 1 hingga 6)
Beli di Kedai Buku Sekolah
(Jangan gunakan buku sedia ada yang digunakan semasa kelas NILAM)
Langkah 2
Pilih buku cerita dan baca
Langkah 3
Isi maklumat dalam buku.
LAngkah 4
Dalam ruangan sinopsis isikan
perkataan-makna
Bahasa Melayu-Bahasa Melayu
atau
Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris
atau
Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris
atau
Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu

Buku boleh ditandatangani oleh ibu bapa.
Guru BM/BI akan mengumpul buku mulai 15 Mei 2009.
Pihak sekolah akan menyiarkan nama murid yang tidak menghantar buku NILAM ini.

Monday, April 27, 2009

MUZIUM NEGARA TUGASAN 28 APRIL 09


Tulis dialog tentang lawatan kamu ke Muzium Negara.
Contoh di atas dialog pengalaman. Ada sedikit perbezaan lawatan dengan pengalaman.

Thursday, April 16, 2009

MINGGU PANITIA SAINS-11 hingga 15 MEI 2009

Tahun 1
Mewarna Gambar

Tahun 2
Teka Silang Kata

Tahun 3
Teka Silang Kata

Tahun 4
Kuiz

Tahun 5
Projek EUREKA REEE

Tahun 6
Projek Buku Skrap

SOALAN PEMAHAMAN

Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang ditebalkan di bawah dalam
tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.

1.Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
sopan
baik
rajin
taat

2.Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.
mabuk
bimbang
penat
takut

3.Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.
menyaman
memukul
menghukum
memarahi

4.Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri.
Setokin
Seluar
Capal
Kasut

5.Makanan yang Cik Yati jual di pasar malam itu sungguh laris.
habis
laku
lazat
terkenal

6.Datuk telah jatuh sakit setelah mendengar berita kehilangan cucu kesayangannya.
derita
pedih
uzur
perit

7.Air telaga itu telah tercemar.
perigi
tasik
sungai
kolam

Beri perkataan berlawan atau berpasang bagi perkataan yang ditebalkan dalam tiap-tiap butiran berikut.

1.Pekerja yang cuai itu telah dibuang kerja.
rajin
teliti
patuh
jujur

Monday, April 13, 2009

TUN SYED NASIR (ULANGKAJI)

~SILA DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG TOKOH INI~

NILAM (ULANGKAJI)

Ceritakan sebuah buku cerita menarik yang pernah kamu baca.
Pendahuluan
3 perenggan isi cerita
Penutup
-perasaan/harapan

Saturday, April 11, 2009

JAWAB SOALAN BERIKUT INI

Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang ditebalkan tulisannya dalam
tiap-tiap ayat berikut. Pilih jawapan yang betul.

Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
A.sopan
B.baik
C.rajin
D.taat

Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.
A.mabuk
B.bimbang
C.penat
D.takut

Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan
sekolah.
A.menyaman
B.memukul
C.menghukum
D.memarahi

Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung.
A.sesuai
B.cantik
C.cukup
D.lengkap

Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar itu.
A.moden
B.panjang
C.kukuh
D.indah

ULANGKAJI

Bina lima soalan berdasarkan petikan ini.

Mengimbau ‘Bah Besar’ 1926, 1971

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Banjir gelombang kedua yang melanda Johor sekarang mengingatkan kita kembali kepada siri kejadian banjir besar yang berlaku di Malaysia sebelum ini termasuk bencana terburuk yang digelar ‘Bah Besar’ tahun 1926.

Profesor Emeritus Sejarah Universiti Malaya (UM), Datuk Dr. Khoo Kay Kim berkata, kejadian banjir besar pada tahun itu dianggap paling buruk kerana ia menyebabkan keseluruhan Kuala Lumpur tenggelam.

Katanya, pada tahun itu banjir turut melanda negeri-negeri lain termasuk Kelantan, Terengganu dan Perak yang menyebabkan kemusnahan kediaman, jalan raya dan tanaman.

Banjir 1926 turut meranapkan Istana Sri Sayong yang terletak di tebing Sungai Perak sehingga terpaksa diganti baru dengan Istana Iskandariah.

Bagaimanapun, kata beliau, tidak banyak rekod diperoleh mengenai bencana tersebut kerana ketika itu Tanah Melayu diperintah oleh British.

‘‘Banjir kedua terburuk berlaku pada 1971 setelah hampir 50 peratus kawasan Kuala Lumpur ditenggelami air.

“Beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak juga mengalami banjir besar berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti selama seminggu,” kata Kay Kim kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Banjir yang berlaku sepanjang bulan Januari 1971 itu menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein terpaksa mengisytiharkan darurat dan menubuhkan dua jawatankuasa Kabinet yang berperanan memberi bantuan dan melaksanakan pemulihan banjir.

Negeri paling teruk dilanda banjir itu ialah Pahang terutama di daerah Pekan, kawasan Parlimen diwakili Tun Razak.

Banjir hanya surut seminggu kemudian selepas mengorbankan sebanyak 57 orang dan menyebabkan kerugian harga benda kira-kira RM84.7 juta.

Kejadian banjir besar lain yang direkodkan di seluruh Malaysia ialah pada tahun 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983 dan 2004.

Bencana banjir juga dilaporkan berlaku pada 1886. Rekod Inggeris mencatatkan banjir itu disertai tiupan angin kencang menyebabkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa di Kelantan.

Menurut Kay Kim, banjir pada 1926 dan 1971 berlaku kerana kelemahan infrastruktur saliran yang tidak mampu menampung hujan dalam kuantiti banyak.

“Ia terbukti kemudian apabila kerajaan selepas itu mengambil langkah segera memperluaskan longkang, sungai, empangan dan tali air,” katanya.

Selepas banjir 1971, kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Tetap Kawalan Banjir, mewujudkan pelan induk saliran untuk bandar-bandar utama dan memperkenalkan sistem amaran banjir.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya, Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh ketika dihubungi bersetuju dengan Kay Kim bahawa ketiadaan infrastruktur saliran sempurna menyebabkan banjir.

Beliau berkata, sistem saliran yang direka tidak mengambil kira faktor cuaca luar biasa yang mungkin berlaku berpunca daripada pemanasan global.

‘‘Saya harap mereka yang terlibat dalam perancangan bandar akan belajar daripada sejarah dan mengambil kira faktor peningkatan kepadatan penduduk berikutan pertumbuhan kawasan perumahan dan industri,” katanya.

Menurutnya, faktor-faktor lain yang menyebabkan banjir ialah kawasan takungan air seperti paya yang ditimbus untuk pembangunan, pembinaan jambatan terlalu kecil dan rendah sehingga menyebabkan sampah tersekat, air pasang yang menghalang banjir mengalir ke laut dan sungai yang terlalu cetek.

ULANGKAJI


Tulis lima ayat tentang aktiviti dalam gambar ini.

Thursday, April 9, 2009

TUGASAN 10 APRIL (JUMAAT)

Tulis catatan tentang lawatan kamu ke Muzium Negara.

Hantar catatan kamu ke alamat emel
cikgusoraya@gmail.com

TUGASAN 9 APRIL

Kamu sebagai setiausaha Kelab Pusat Sumber.Tulis laporan tentang lawatan ke Muzium Negara yang telah diadakan pada 16 Mac 2009 yang lalu.

Wednesday, April 8, 2009

KERJA RUMAH 8 APRIL 09

Cari maklumat apa yang ada di Muzium Negara.

1. Apa yang kamu lihat di sana?
2. Apa pengalaman yang kamu peroleh?
3. Tulis Empat kebaikan melawat Muzium Negara.
4. Apa yang kamu tahu tentang Batu Bersurat.(Cari maklumat)

KERJA 8 APRIL 09

Muka surat 70

Ayat-ayat di bawah mengandungi kesalahan huruf besar, tanda baca dan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut dan tulis ayat itu .

a. oh, malangnya nasibku
b. mengapakahkemalanganjalan raya di leboh raya timur barat sering berlaku!
c. ribut yang melanda kampong itu telah banyak menyebabkan pokok tumpang rumah musnah dan kesesakan lalu lintas.
d. pandulah dengan cermat patuhilah peraturan jalan raya demi keselamatan diri dan orang ramai kata menteri kerjaraya.

Tuesday, April 7, 2009

BANJIR

TULIS LIMA AYAT TENTANG GAMBAR DI HALAMAN 66.

KUMPULAN MAISARAH

1. Banjir telah berlaku di Kampung Sungai Buloh.
2. Beberapa orang mengangkat barang-barang yang penting untuk digunakan.
3. Banyak tumbuh-tumbuhan dan kenderaan yang musnah akibat banjir.
4.Air hujan telah tercemar di seluruh Kampung Sungai Buloh.
5. Banyak barang-barang yang terapung-apung di atas air.

KUMPULAN PRADEEP
Hujan tidak berhenti selama empat jam .
Banjir telah melanda kampung saya.
Banjir yang melanda kampung saya sangat teruk.
Penduduk- penduduk terpaksa memindah ke tempat yang lebih selamat.
Banyak orang yang terpaksa menduduk diatas bumbung.

KUMPULAN IZZATI

1. Banjir ini berlaku pada hari sabtu yang lalu.
2. Banjir ini berlaku daripada tengahari sehingga petang.
3. Kenderaan dan rumah telah dimasuki air.
4. sampah sarap terapung- apung diatas air.
5. Ketinggian air banjir itu sehingga paras dada.


KUMPULAN AZYAN

1.Terdapat beberapa barang yang terapung di atas air.
2.Anak-anak Encik Samad tidak mahu berpindah.
3.Beberapa orang dalam perjalanan untuk ke tempat yang selamat.
4.Terdapat seekor kucing yang berada di atas bumbung rumah Encik Samad.
5.Terdapat seorang budak yang diangkat oleh bapanya kerana anaknya terlalu pendek


KUMPULAN SHARANEISH

1. Terdapat barang –barang yang terapung di permukaan air .
2. Seorang lelaki megangkat anaknya di atas bahu .
3. Terdapat seekor kucing di atas bumbung rumah.
4. Rumah telah dilanda oleh air.
5. Seorang perempuan sedang mendukung anaknya melalui air.

KUMPULAN STEPHANIE

1. Seekor kucing sedang duduk di atas bumbung rumah kerana takut akan air banjir.
2. Banyak sampah-sarap terapung-apung di atas air.
3. Dua buah kereta hampir ditenggelami oleh air banjir itu.
4. Penduduk-penduduk tersebut sedang mengangkat barang milik mereka ke sebuah tempat.
5. Beberapa orang sedang tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri dan barang mereka.

KUMPULAN EDWARD

1. Banjir telah melanda di Kampung Kebun.
2. Banyak perabot sudah musnah disebabkan banjir kilat
3. Hujan tidak berhenti-henti sehingga 2 jam.
4. Bnjir telah menyusahkan orang-orang di kampung saya
5. Penduduk di kampung saya diarahkan untuk pindah ke tempat yang selamat.

KUMPULAN GHANEASSHA
1.Kampung Taman Ria telah dilanda banjir akibat perbuatan manusia.
2.Seluruh kampung dimasuki air dan barang – barang terapung di atas air.
3.Orang ramai mengambil barang - barang keperluan dan mencari tempat yang selamat.
4.Banyak harta benda dan tumbuh – tumbuhan yang munsah akibat banjir.
5.Orang - orang berpindah ke tempat lain sementara air surut.

KUMPULAN SHARAFINA

1. Banjir berlaku pada hari Rabu pada minggu yang lepas.
2. Ia berlaku dari pagi hingga senja.
3. Banjir tersebut berlaku di kampung saya.
4. Air banjir itu berwarna coklat kerana air itu berasal dari air hujan atau air sungai.
5. Sampah –sarap terapung-apung di atas air membuat airnya kotor.

MAG INC 2009

What are participants required to do?
Teams may focus on an issue/topic listed in the following (or a teenage angst issue of their choice):
1. Dealing with a jealous friend
2. Bullying
3. My parents, my friends?
4. Cliques in school
5. Favouritism at home and at school
6. Handling examination pressure
7. Internet addiction
8. Substance abuse
9. Teen dating versus studying
10. Smoking
11. Self-harming behaviours
12. Teens and body image
13. Teen suicide
14. Runaway teens


Projection of the chosen issue/topic in the mini magazine must be in the form of a feature article. Include three other elements which can be found in a magazine (eg.interviews, short stories, poems, advice columns/agony aunt pages, comic strips, anecdotes, advertisements, polls, surveys).

Format/content of magazine
Each team must use the original blank magazine template published in the Star-NiE pullouts on Apr 1 and Apr 22 to create their self-titled mini magazine for the contest.

The 3-page magazine must be based on the theme of teenage angst.

The content of the magazine must be written to include (but is not limited to):
• A feature article (which is compulsory)
• AND at least three elements of the following:
Interviews, short stories, poems, advice columns/agony aunt pages, comic strips, anecdotes, advertisements, pictures, photographs, polls, surveys, dialogue boxes, etc.

The front page of the magazine (tabloid size A3) has space for a self-titled masthead for the mini magazine, followed by pages two and three on a broadsheet/centrespread.

Feature article
It is compulsory for each team to write a feature article on the topic selected. With all other elements being equal, the strength of the feature article will carry the most weight in the awarding of prizes.

The feature article must include at least one illustration, picture or photograph.

Length of the feature article:
• Primary – 500 words

Marks will be allocated for layout, creativity, content and use of language.

Qualification for prizes
Each student can only be the member of one team.

Participants must be in teams of four or five.

Each participating team must submit a self-titled mini magazine that is designed on three A3 pages of Star-NiE’s original template.

Teams that submit a 3-minute video clip may stand a chance to win exciting prizes in the video clip category.

The video clip should be formatted on MPEG files that are supported by Windows Media Player, and must be downloaded into a Compact Disc only. The disc must be clearly labelled with the team’s name and school.

Each team may submit more than one entry, but only one entry per team shall be eligible to compete in the Grand Prize level, i.e. the Merit Awards and Grand Prizes.

Students may conduct research from books, articles and the Internet but materials must not be plagiarised. Plagiarism will result in the disqualification of an entry.

Saturday, April 4, 2009

Banjir di Kampung Saya (Bahagian A)



Hasilan Nurizzati Uzma
1. Kejadian banjir ini berlaku pada hari Ahad yang lalu di Kampung Kayu Ara.

2. Hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama tiga jam mengakibatkan air naik
setinggi paras dada.

3. Banyak rumah-rumah, kenderaan dan tumbuh-tumbuhan yang ditenggelami air.

4. Seorang lelaki mengharung banjir sambil menjunjung sebuah kotak yang berisi
barang-barang penting miliknya .

5. Pasukan penyelamat menggunakan bot untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir
dan menempatkan mereka di kawasan yang selamat.


Hasilan Stephanie
1. Pada hari Ahad yang lalu,hujan turun dengan lebat daripada pagi sehingga petang.

2. Lebih kurang pada pukul empat petang kampung saya dilanda banjir.

3. Semua penduduk dinasihatkan supaya berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

4. Penduduk-penduduk di kampung saya berasa sedih kerana kereta dan rumah mereka rosak kerana dimasuki air.

5. Apabila air surut kami akan bergotong-royong untuk mengemaskan rumah kami.


Hasilan Sheikh Amir

1.Tiga orang lelaki dewasa sedang berjalan di dalam air banjir.

2.Mereka membawa makanan di dalam bakul.

3.Warna air ialah warna coklat disebabkan kekotoran.

4.Mereka mengambil barang yang jatuh ke dalam air.

5.Ada sampah-sarap terapung di atas air.

SILA BERI KOMEN

KERJA RUMAH 4 APRIL & 5 APRIL 09

Salam sejahtera semua...
Gambarkan suasana banjir.
Arahan:
1. Lukis suasana banjir dalam kertas lukisan.
2. Di belakang kertas lukisan tersebut, tulis lima ayat tentang aktiviti dalam gambar yang kamu lukiskan tadi.

ATAU
Arahan
1. Cari gambar berkaitan banjir dalam internet.
2. Bina lima ayat tentang aktiviti dalam gambar tersebut.
3. Emel kepada cikgu tugasan ini.

Tugasan diberi pada 3 April 2009

Sila beri komen tugasan rakan-rakan yang cikgu masukkan dalam blog ini.
Ingat setiap komen mesti berserta alasan.