Blog Lain

Tuesday, August 25, 2009

Soalan Untuk 6A

Kumpulan 1
Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“

14 comments:

  1. AQILAH AND MALAYSIA (KUMPULAN 1)August 26, 2009 at 8:43 AM

    PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.


    Pada tahun lalu, saya menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.

    Pada suatu malam , saya pergi ke rumah Malaysia, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila saya sedar sudah malam, saya bergegas pulang.

    Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Saya memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah saya sedar, rupanya saya tersesat jalan.

    Tiba-tiba di satu selekoh, saya terpandang satu lembaga menuju ke arahku. saya berasa amat takut sekali. Saya cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat saya melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian,saya tidak sedarkan diri.

    Bilaku membuka mata, kulihat saya sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Saya menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang saya takutkan itu adalah datukku sendiri.

    ReplyDelete
  2. Pada minggu yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Sungai Congkak.Saya dan keluarga memulakan perjalanan pada pukul 7.00 pagi.

    Apabila kami sampai di Sungai Congkak.Kami mencari tempat untuk memasang khemah.Saya dan adik saya pergi ke tandas untuk menukar pakaian.

    Selepas menukar pakaian.Saya dan adik pergi ke tebing sungai untuk mandi.Kami bermandi-manda tanpa menghiraukan apa- apa pun

    Matahari mula terbenam kami balik ke khemah kami.Pada keesokkan hari,kami mulakan dengan aktiviti beriadah.Kami memasuki hutan untuk melakukan aktiviti redah hutan.

    Di dalam hutan,kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna.Saya dan keluarga dapat mengetahui tentang alam semula jadi di Sungai Congkak.

    Itulah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan seumur hidup saya.Saya berharap dapat pergi ke sana pada cuti sekolah yang lain.

    ReplyDelete
  3. Pada hari Sabtu yang lalu,keluarga saya telah melancong di Genting Highland.Kami berada di sana selama satu hari sahaja.
    Saya bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi.Kami membawa barang-barang yang diperlukan.Kami sampai di sana kira-kira pada pukul 9.30 pagi.
    Setiba di sana,ayah membiarkan barang kami di dalam kereta.Kami meletakkan barang dan terus pergi ke taman tema.Di sana banyak permainan yang kami boleh main antaranya ialah roller coaster,rumah hantu,kereta langgar dan sebagainya.
    Selepas puas bermain,ayah mengajak kami pergi makan bersama di sebuah restoran.Kami berasa amat gembira.Di restoran terdapat pelbagai makanan yang lazat di sana.Sesudahnya kami makan,kami bergegas ke surau untuk solat zohor.
    Selepas solat,kami pergi ke kedai cenderamata untuk membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan kenangan.Kami berasa berat hati untuk meningalkan tempat ini dan berasa amat gembira sekali.Kami berharap,ayah dapat membawa kami ke sini pada masa yang akan datang.

    ReplyDelete
  4. Kumpulan Rasiqah n Lina-
    Kami berada di sana selama satu hari sahaja.
    Saya bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi.
    Kami sampai di sana kira-kira pada pukul 9.30 pagi.
    Setiba di sana......
    Di sana banyak .........
    ........yang lazat di sana

    Banyaknya 'di sana'. Penulisan perlu lebih menarik perhatian pembaca.

    ReplyDelete
  5. Pada 10.2.2008 yang lalu,saya dan keluarga telah pergi berkelah di Sungai Congkak di Hulu Langat.Tepat pada pukul 8.30 pagi,kami bersiap-siap untuk bertolak.

    Pada pukul 8.45 pagi kami pun bertolak.Satu jam kemudian,kami pun tiba di Sungai Congkak.Saya dan keluarga mengangkat barang-barang yang dibawa dari rumah.

    Melihat keindahan alam di Sungai Congkak yang amat cantik.Kami pula mencari tempat untuk berkelah.Kami memilih tempat yang mempunyai sepohon pokok untuk kami berteduh.

    Ibu saya membentangkan tikar di atas tanah lalu saya dan kakak saya meletakkan barang-barang di atas tikar itu.Ayah dan abang saya mendirikan khemah.Setelah menyusun semua barang.Saya sekeluarga bermandi-manda di sebatang sungai yang airnya amat jernih sekali.

    Setelah selesai bermandi-manda,kami menyalin baju di dalam bilik air yang disediakan.Selepas itu kami makan tengah hari yang dibawa dari rumah.

    Selepas makan kami pun mengemas barang un tuk dibawa pulang.Dalam perjalanan untuk pulang ke rumah,kami sekeluarga berasa amat seronok kerana dapat berkelah seperti ini.

    Saya berharap agar kami dapat berkelah lagi.Itulah pengalaman saya yang tidak dapat dilupakan

    ReplyDelete
  6. Kumpulan eisya@nisha lebih kurang sama dengan Kumpulan Akmal n Asraf.

    ReplyDelete
  7. kumpulan aqilah&malaysia pembukaan terlalu pendek dan tidak cukup perenggan

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya,karangan ini terlalu pendek dan tidak banyak aktiviti yang menarik.
    'Matahari mula terbenam kami balik ke khemah
    kami'.balik ke khemah untuk.......
    'dengan aktiviti beriadah'aktiviti beriadah ada banyak.

    ReplyDelete
  9. kumpulan lina n rasiqah tidak cukup perenggan . hei lina karangan korang tak cukup best ...........

    ReplyDelete
  10. pada pendapat saya bagi kumpulan aqilah dan malaysia,perenggan 2 sepatutnya Pada suatu petang bukan Pada suatu malam

    ReplyDelete
  11. fatin and anis nurdianaAugust 26, 2009 at 9:18 AM

    Pada hari jumaat yang lalu,di sekolah telah diadakan qiamulai solat hajat untuk tahun enam.Pada petang itu,kami tiba di sekolah ramai rakan-rakan yang telah sampai di sekolah.

    Apabila kami tiba di sekolah,kami diminta untuk mendaftarkan diri sebelum kami mengetahui dimana bilik untuk kami tidur.Selepas mendaftarkan diri,kami diminta untuk beratur mengikut kelas masing-masing.Semasa kami beratur,guru yang bertugas meminta untuk bagi yang perempuan beratur dihadapan bagi yang lelaki pula beratur dibelakang.Bagi murid perempuan 6r dan 6i di tempatkan di bilik muzik manakala murid perempuan 6a dan 6m ditempatkan di bilik J-QAF.
    Selepas itu,kami diminta turun dari bilik untuk minum petang.

    Setelah minum petang,kami perlu mengikuti aktiviti seterusnya.Pada malam itu,kami diminta masuk ke dalam dewan bagi menerusi aktiviti tersebut.Semasa ceramah dijalankan,pelbagai tayangan yang ditayangkan.Ada juga tayangan yang mencuit hati kami semua.Paling menggembirakan apabila sesi bersalaman bersama guru-guru dan ibubapa.
    Selepas keluar dari dewan,kami diminta untuk pergi ke kantin bagi sesi makan malam.

    Sesudahnya makan malam,kami ke bilik untuk tidur.Sebelum tidur,kami beramai-ramai membaca doa sebelum tidur.Pada keesokan harinya,kami dikejutkan pada pukul 4:00pagi.Selepas kami dikejutkan,kami membawa peralatan mandi untuk mandi.Sesudah mandi kami membawa peralatan solat dan pergi ke dewan terbuka.Pada pagi itu,kami solat hajat,witir dan solat subuh.

    Selepas solat,kami bersiap sedia untuk aktiviti senam aerobik.Setelah selesainya senaman aerobik,kami diberi sarapan pagi.Sesudah sarapan pagi,kami disuruh untuk masuk ke dewan bagi ceramah seterusnya.Selepas ceramah tersebut,tibalah masa untuk pulang.itulah pengalaman yang paling tidak dapat kami lupakan.

    ReplyDelete
  12. bagus..........pandai

    ReplyDelete