Blog Lain

Thursday, April 30, 2009

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Kamu sebagai setiausaha Kelab Pusat Sumber diminta membuat satu laporan tentang aktiviti kelab iaitu lawatan ke Muzium Negara. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

34 comments:

  1. Saya buat perenggan pertama sahaja.

    LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

    Pada hari Sabtu dua minggu yang lepas bersamaan 16 Mac 2009,sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Meru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara dengan disertai oleh 35 orang pelajar dan empat orang guru.Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas untuk kami yang ditaja oleh pengetua sekolah kami yang begitu bermurah hati.

    ReplyDelete
  2. Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 11 April 2009,Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan lawatan sambil belajar di Muzium Negara.Seramai 80 orang pelajar dan enam orang guru yang telah menyertai lawatan ini.Kami ke sana dengan menaiki bas.Sebanyak dua buah bas yang telah dibawa untuk pergi ke sana. Kelihatan ramai pelajar yang berasa seronok sekali.

    ReplyDelete
  3. Ini hanya perenggan pertama.

    ReplyDelete
  4. Nur Irdina Bt Nasmi ZarudinMay 3, 2009 at 10:36 AM

    Pada hari Isnin yang lepas bersamaan 27 April 2009,Kelab Pusat Sumber telah membuat lawatan ke Muzium Negara. Seramai 50 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas. Kelihatan beberapa orang pelajar dan beberapa orang guru seronok sekali apabila menyertai lawatan ke Muzium Negara.

    ReplyDelete
  5. Nur Irdina bt Nasmi ZarudinMay 3, 2009 at 10:39 AM

    saya buat perenggan pertama dahulu ya cikgu?

    ReplyDelete
  6. Saya tidak tahu cikgu saya salin dari buku

    ReplyDelete
  7. Pada minggu lepas,sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara.Lawatan ini telah disertai oleh 60 murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau dan 6 orang guru.20 orang dari murid tahun 4,20 orang murid dari tahun 5 dan 20 orang dari tahun 6.Kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

    ReplyDelete
  8. Kamu telah mengikuti lawatan ke Muzium Negara bersama Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Kamu sebagai Setiausaha Kelab Pusat Sumber, perlu tulis sebuah karangan jenis laporan tentang lawatan itu.



    Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan lawatan ke Muzium Negera pada 16 Mac 2009 yang lalu. Semua murid yang menyertai lawatan ini datang ke sekolah pada pagi 16 Mac 2009, iaitu hari Sabtu.

    Lebih kurang pada pukul 8.00 pagi , bas yang mengambil kami ke Muzium Negara pun sampai. Murid-murid memasuki bas dan bas itu terus pergi. Kami sampai di Muzium Negara lebih kurang pada pukul 9.00 pagi.

    Di dalam Muzium Negara, kami melihat pelbagai kraf dan benda yang digunakan pada masa dahulu. Benda-benda ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D. Kami juga melihat Batu Bersurat yang dijumpai di Hulu Terengganu.

    Di sekitar Muzium Negara juga terdapat banyak tempat yang menarik seperti Planetarium, Taman Burung, Taman Orkid dan sebagainya. Kami juga melawat tempat-tempat itu selama dua jam. Kami mendapat banyak faedah dengan melawati tempat-tempat ini.

    Selepas itu, kami tiba di sebuah restaurant untuk makan. Selepas makan, kami terus pergi ke sekolah. Kami tiba di sekolah pada pukul 2.30 petang. Kami berasa gembira kerana telah banyak benda daripada lawatan ini. Kami berharap kita akan menyertai di rombongan seperti ini lagi.



    Disediakan oleh,

    ghaneassha
    ( GHANEASSHA )
    ( Setiausha Kebab Pusat Sumber )


    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete
  9. Ada kesilapan. Saya akan send yang sudah dibetul di Microsoft Word.

    ReplyDelete
  10. Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan lawatan ke Muzium Negera pada 16 Mac 2009 yang lalu. Semua murid yang menyertai lawatan ini datang ke sekolah pada pagi 16 Mac 2009, iaitu hari Sabtu yang disertai oleh 75 orang murid dan 4 orang guru pengiring.

    Lebih kurang pada pukul 8.00 pagi , bas yang mengambil kami ke Muzium Negara pun sampai. Murid-murid memasuki bas dan bas itu terus berlepas. Kami sampai di Muzium Negara lebih kurang pada pukul 9.00 pagi.

    Di dalam Muzium Negara, kami melihat pelbagai kraf dan benda yang digunakan pada masa dahulu. Benda-benda ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D. Kami juga melihat Batu Bersurat yang dijumpai di Hulu Terengganu.

    Di sekitar Muzium Negara juga terdapat banyak tempat yang menarik seperti Planetarium, Taman Burung, Taman Orkid dan sebagainya. Kami juga melawat tempat-tempat itu selama dua jam. Kami mendapat banyak faedah dengan melawati tempat-tempat ini.

    Selepas itu, kami tiba di sebuah restaurant untuk makan. Selepas makan, kami terus berlepas ke sekolah. Kami tiba di sekolah pada pukul 2.30 petang. Kami berasa gembira kerana telah banyak benda daripada lawatan ini. Kami berharap kita akan menyertai di rombongan seperti ini lagi.



    Disediakan oleh,

    ghaneassha
    ( GHANEASSHA )
    ( Setiausha Kebab Pusat Sumber )

    ReplyDelete
  11. Yang tandatangan itu memang datang ke kiri apabila Copy & Paste.

    ReplyDelete
  12. Pada 20 Mac yang lalu, Kelab Pusat Sumber telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara. 75 murid dan 4 guru telah menyertai lawatan tersebut. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas.Kelihatan ramai murid dan guru bersa seronok.

    ReplyDelete
  13. Cikgu saya buat satu perenggan sahaja. Boleh?

    ReplyDelete
  14. BUat la sampai habis.
    Bagi pendapat hasil karangan Ghaneassha tu..

    ReplyDelete
  15. Ghaneasha eja restoran: 'restaurant'

    ReplyDelete
  16. COMMENT 2 GHANEASSHA:
    BOLEHLAH....

    ReplyDelete
  17. ayat yang berlepas ke sekolah dan berlepas ke muzium negara tu salah la..
    sepatutnya:
    bertolak ke muzium negara dan bertolak ke sekolah

    ReplyDelete
  18. Pada minggu yang lepas,sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara.Kami pergi ke sana bersama 20 orang dari murid tahun 4 ,20 orang dari murid dari tahun 5 dan 20 orang murid tahun 6.Kami pergi bersama 6 orang guru pengiring.Kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

    Kami menaiki bas pada pukul 8.00 pagi.Kami sampai pada pukul 9.00 pagi,tepat pada waktu muzium itu dibuka.Senibina muzium ini telah menggabungkan rekabentuk Istana Melayu tradisional danrekabentuk Istana Melayu tradisional dan dihiasi dengan motif Melayu.Dinding hadapannya turut dihiasi dengan dua buah mural yang diperbuat daripada kaca mozek Itali yang memaparkan rentetan sejarah dan kebudayaan Melayu.

    Di dalam muzium itu kami dapat melihat pelbagai kraf dan benda-benda yang bersejarah.Di dalam Muzium Negara,terdapat 4 galeri,galeri A mempamerkan pameran Kemunculan Masyarakat Awam,galeri B mengisahan pameran tentang Kerajaan-kerajaan Melayu Awal,galeri C pula mempamerkan kisah Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak 1511 -1945.Manakala galeri D mempamerkan pameran tentangGerakan Nasionalisma, Kemerdekaan dan Malaysia Kini.

    Kami juga sempat melihat batu bersurat yang ditemui ditebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.ia dianggarkan telah berusia 700 tahun.Iamerupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia.Pada pukul 5.00 petang,kami menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

    Akhirnya kami sampai ke sekolah pada pukul 6.00 petang.Apabila sampai di sekolah,kelihatan ramai ibubapa yang sedang menunggu kehadiran anak-anak mereka.Semua peserta yang mengikuti lawatan ini berasa amat gembira setelah sampai ke sekolah.


    Disediakan oleh:

    ( Azyan Salma )
    ( Setiausaha Kelab Pusat Sumber )

    ReplyDelete
    Replies
    1. saye suka ayzan salma punye karangan :)

      Delete
    2. sye sukelah awk punye karangan,ayzan salma.best .

      Delete
    3. your karangan best...... ^_^

      Delete
  19. Komen untuk karangan Azyan : Mesti ada tandatangan.

    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete
  20. Azyan punya karangan boleh dapat markah tinggi...TAHNIAH!

    ReplyDelete
  21. Terima kasih,cikgu.

    sign tu terlupa nak tulisla Ghaneasha..

    ReplyDelete
  22. Eh, mana boleh cikgu ? Tidak ada tangan. Itu akan ambil dua tiga markah. Azyan hanya dapat 27 / 30.

    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete
  23. Ok..Ghaneassha..mana kamu punya laporan yang telah ditulis semula?

    ReplyDelete
  24. Ghaneasha ni komen je tahu..
    Laporan yang baru tak bagi lagi.
    Komen je banyak.

    ReplyDelete
  25. too much maklumat laa!!! so damn!!!

    ReplyDelete
  26. i just want you...........

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  28. cikgu, karangan ini kena 5 perenggan ke 6 perenggan? tak tau la cikgu..... :(

    ReplyDelete