Blog Lain

Thursday, May 21, 2009

KARANGAN PERIBAHASA

Karangan Ghaneassha
Tulis suatu karangan dengan berdasarkan peribahasa “ Belakang parang sekalipun jika diasah akan tajam juga “.

“ Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga “. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan tekun.

Peribahasa ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai dalam sesuatu bidang tetapi jika dia berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya dalam bidang itu. Kita mesti tidak mudah putus asa dalam menghadapi cabaran. Berikut adalah pengalaman saya mengenai peribahasa ini

Saya telah mula belajar bermain piano pada usia 8 tahun. Pada mulanya saya mendapati jari-jari saya sakit. Saya tidak mahu pergi ke kelas piano. Saya memberitahu perkara ini kepada ibu bapa saya.

Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengikuti nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya mendapat keputusan yanf cemarlang.

Saya berasa sungguh gembira. Usaha saya telah berhasil. Ibu bapa dan guru piano saya juga memuji saya. Saya tidak lagi akan melupakan peribahasa “ Belakang parang selagipun jika diasah akan tajam juga “ .

4 comments:

  1. Pembetulan ...............

    Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengikuti nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya mendapat keputusan *yang cemarlang.

    ReplyDelete
  2. Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau,
    Jalan Sungai Congkak,
    40460 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

    _____________________________________________________________________

    Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning,
    Jalan Anggerik Vanilla,
    40460 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    13 APRIL 2009

    Tuan,







    Mempelawa Pasukan Hoki Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning Bagi Perlawanan Persahabatan

    Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau ingin mempelawa pasukan hoki sekolah tuan bagi perlawanan persahabatan.

    2. Sekiranya pihak tuan bersetuju, perlawanan persahabatan ini akan diadakan pada 1 Mei 2009 pada pukul 9.00 pagi di padang sekolah kami. Kami memilih hari tersebut kerana hari itu adalah cuti umum bersempena Hari Pekerja. Semua murid–murid , guru–guru serta ibu bapa kedua-dua sekolah dapat menyaksikan perlawanan tersebut pada hari itu.

    3. Tujuan utama mengadakan perlawanan persahabatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain hoki kedua-dua sekolah. Ianya juga akan menambah selaturahim antara semua lapisan masyarakat kedua-dua sekolah.

    4. Kami berharap agar pelawaan ini akan diterima dan maklum balas dari pihak tuan secepat mungkin dihargai. Pertimbangan tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.


    Yang benar,

    Ghaneassha
    (GHANEASSHA)
    Ketua Pasukan Hoki


    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete
  3. Pembetulan ..........

    “ Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga “. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan tekun.

    Sepatutnya ..........


    “ Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga “. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara konsisten dan tekun.

    * konsisten

    ReplyDelete
  4. Mana komen - komen untuk karangan peribahasa dan surat kiriman rasmi saya ini ? Sudah banyak hari saya tunggu !!!!!

    ReplyDelete