Blog Lain

Monday, April 13, 2009

TUN SYED NASIR (ULANGKAJI)

~SILA DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG TOKOH INI~

9 comments:

  1. Tun Syed Nasir-
    Tun Syed Nasir mempunyai semangat perjuangan yang amat tinggi dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita.Antara sumbangan beliau yang paling penting bagi mendaulatkan bahasa kebangsaan termasuklah mencetuskan dan menerajui Kempen Bulan Bahasa.Kempen ini dilancarkan pada awal tahun 1960-an.Beliau menjelajah seluruh negara untuk mengggerakkan kmpen ini.Satu perhimpunan telah diadakan di Stadium Merdeka untuk membaca ikrar "Kedaulatan Negara".Bilik gerakan Bahasa pula dibuka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menyelaraskan program ini.ketika itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

    ReplyDelete
  2. http://www.uthm.edu.my/pd/dk/mukasatu.html

    ReplyDelete
  3. Irdina~

  4. Skim Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail diwujudkan oleh DBP mulai tahun 1993. Di bawah skim ini DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di Institusi pengajian tinggi dalam negeri. Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail diwujudkan bagi mengenang jasa dan sumbangan serta perjuangan gigih Allahyarham Tun Syed Nasir terutamanya terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam memupuk wadah budaya bangsa.

    Penerima Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail akan menerima RM 4,700.00 setahun, di samping itu, penerima juga akan mendapat bantuan bahan-bahan rujukan, kemudahan menjalankan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP, kemudahan menjalani latihan amali di DBP dengan dibayar elaun latihan amali dan peluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan anjuran DBP atau pihak luar dengan tajaan DBP.

    DBP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail bagi mengikuti kursus pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-institutsi pengajian tinggi awam di dalam negeri tahun 2008 dalam bidang yang berikut:

    § Bahasa Melayu/Linguistik

    § Sastera Melayu/Pengajian Melayu

    § Sastera Inggeris/Sastera Bandingan

    § Penerbitan

    KELAYAKAN:
    Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

    Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa/Linguistik, Sastera/Pengajian Melayu, Sastera Inggeris/Sastera Bandingan atau Penerbitan.
    Mendapat kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sastera Melayu pada peringkat STPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulusan ujian lisan) dan/atau Sastera Melayu pada peringkat SPM
    Belum menerima sebarang bentuk kewangan/biasiswa daripada mana-mana organisasi.
    UMUR:
    Berumur tidak lebih daripada 23 tahun pada tarikh tutup permohonan.

    ReplyDelete
  5. Irdina meniru Azyan punya. ( Ghaneassha )

    ReplyDelete
  6. saya cari sendiri.saya tak tiru.selepas saya hantar,saya bukak comment.tengok-tengok saya punya sama dengan azyan

    ReplyDelete
  7. Oh, macam itu !!!!!

    ReplyDelete
  8. Irdina tiru saya ke, tiru dalam buku teks macam saya.....
    Saya ikut macam dalam buku teks je....
    hehehe...

    ReplyDelete