Blog Lain

Monday, April 27, 2009

MUZIUM NEGARA TUGASAN 28 APRIL 09


Tulis dialog tentang lawatan kamu ke Muzium Negara.
Contoh di atas dialog pengalaman. Ada sedikit perbezaan lawatan dengan pengalaman.

24 comments:

  1. Saya sudah buat, cikgu !!!!
    ~ Ghaneassha ~

    ReplyDelete
  2. Muzzafar : Selamat sejahtera, Sharaneish. Saya dengar kamu mengikuti lawatan ke Muzium Negara. Betul ke, Sharaneish ?

    Sharaneish : Selamat sejahtera, Muzzafar. Ya, saya memang mengikuti lawatan ke Muzium Negara. Kamu tahu tak saya berasa sangat seronok di situ.

    Muzzaffar : Apakah benda yang kamu melihat di sana, Sharaniesh ? Adakah cerita sejarah tentang benda itu ?

    Sharaneish : Memang ada banyak benda yang menyoronokkan saya di situ. Benda yang paling menyoronokkan saya ialah Batu Bersurat yang dijumpai di Hulu Terenganu. Pada Batu Bersurat, terukir tulisan Jawi.

    Muzzaffar : Oh, begitu ! Apa pula galeri-galeri yang terdapat di situ ? Saya dengar ada empat galeri di situ. Betul tak, Sharaneish ?

    Sharaneish : Ya, memang betul Muzzaffar ! Terdapat empat galeri di situ iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D. Galeri A ditempatkan untuk Kemunculan Masyarakat Awal manakala Galeri B untuk Kerajaan-kerajaan Melayu Awal, Galeri C untuk Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak dan Galeri D untuk Gerakan Nasionalisma, Kemerdekaan dan Malaysia Kini.

    Muzzafar : Oh, begitu ! Apa lagi Sharaneish ?

    Sharaneish : Di situ juga saya nampak pending, satu daripada kraf-kraf tradisional di situ.

    Muzzafar : Sharaneish, apakah manfaat yang kamu peroleh daripada lawatan ini ?

    Sharaneish : Daripada lawatan ini, saya dapat menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara.

    Muzzaffar : Itu pun lonceng berbunyi !

    Sharaneish : Ya, mari kita ke kelas.

    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete
  3. Ghaneassha
    MAklumat tentang batu bersurat dan pending perlu ditambah.

    ReplyDelete
  4. Terdapat kesalahan ejaan. Cikgu sudah tanda dalam buku penulisan kamu.Kenapa masih melakukan kesilapan yang sama??

    ReplyDelete
  5. Izzati: Assalamualaikum, Maisarah. Kamu ke mana pada cuti sekolah yang lalu?

    Maisarah: Waalaikumussalam, Izzati. Pada cuti sekolah yang lalu, saya mengikuti lawatan sekolah ke Muzium Negara.

    Izzati: Bagaimanakah keadaan di sana? Apa yang kamu lihat di sana?

    Maisarah: Suasana di sana sungguh aman. Saya dapat melihat pelbagai perkara yang bersejarah di sana. Saya juga dapat mengagumi reka bentuk Minangkabau.

    Izzati: Adakah kamu dapat melihat batu bersurat? Jika kamu dapat melihatnya, apakah sejarah batu itu?

    Maisarah: Batu bersurat itu ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di Hulu Terengganu. Ia mempunyai tulisan jawi. Mengapakah kamu tidak mengikuti lawatan tersebut?

    Izzati: Saya tidak mengikuti lawatan tersebut kerana ibu dan bapa saya tidak membenarkan saya pergi ke lawatan itu. Tamabahan pula, ibu dan bapa saya sedang berjimat.

    Maisarah: Baiklah jika begitu. Saya minta diri dahulu. Selamat tinggal.

    Izzati: Baiklah, terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  6. Cikgu apakah yang dimaksudkan dengan lebih maklumat tentang Batu Bersurat dan pending ?

    ReplyDelete
  7. Hanisah,Stephanie and You Shen ErApril 30, 2009 at 8:10 AM

    Saya rasa yang paling bagus adalah Sharafina kerana ia lebih boleh difahami.

    ReplyDelete
  8. Ghaneassha,
    Lihat dialog ini.
    Sharaneish : Di situ juga saya nampak pending, satu daripada kraf-kraf tradisional di situ.

    Hanya sedikit maklumat tentang pending.Maklumat di sini perlu ditambah.

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya, dialog Sharafina bagus kerana dialog ini menepati apa yang cikgu mahu dan sedap dibaca.

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya karangan Sharafina lebih bagus kerana ia lebih senang untuk difahami.

    ReplyDelete
  11. pada pendapat saya karangan Sharafina pelik kerana dialog ini hanya ada 2 isi

    ReplyDelete
  12. Saya tidak tahu apa-apa lagi tentang pending.
    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete
  13. Pada pendapat saya, karangan Ghaneassha sangat bagus.

    ReplyDelete
  14. Cari maklumat di internet la Ghaneassha...

    ReplyDelete
  15. Tak sempat cari maklumat cikgu
    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete
  16. Pada pendapat saya Sharafina punya lebih baik daripada ghaneassha kerana dia telah menepati apa yang ciikgu cakap

    ReplyDelete
  17. Anis Sofea dan Nor FarishaApril 30, 2009 at 8:17 AM

    Pada pendapat saya Sharafina punya lebih bagus daripada Ghanesha kerana dialog Sharafina senang difahami.

    ReplyDelete
  18. Akmal,Ikmal dan Izuddin.April 30, 2009 at 8:19 AM

    Pada pendapat saya,dialog Sharafina yang
    ketujuh ada salah ejaan iaitu tamabahan sepatutnya tambahan.

    ReplyDelete
  19. pada pendapat saya,dialog sharafina bagus kerana dialognya senang difahami.

    ReplyDelete
  20. pada pendapat saya ghaneassha punyai bagus kerana dalam dialog nya ada banyak isi

    ReplyDelete
  21. nur ain,au yang her dan you shen eeApril 30, 2009 at 8:21 AM

    Pada pendapat saya,diolog Sharafina lebih baik kerana ia ada banyak maklumat yang penting.

    ReplyDelete
  22. Alasan ialah,kerana ejaan tidak salah dan penuh dengan maklumat.
    ~Vishnu & Pradeep~

    ReplyDelete
  23. izureen and kayathirieApril 30, 2009 at 8:22 AM

    Pada pendapat saya,dialog sharafina,adakah kamu melihat batu bersurat? jika kamu dapat melihatnya,apakah sejarah batu itu?

    ReplyDelete
  24. Izzati: Saya tidak mengikuti lawatan tersebut kerana ibu dan bapa saya tidak membenarkan saya pergi ke lawatan itu. Tamabahan pula, ibu dan bapa saya sedang berjimat.

    Cikgu ini tidak boleh dikatakan sebagai isi.

    ~Ghaneassha~

    ReplyDelete