Blog Lain

Saturday, April 4, 2009

Banjir di Kampung Saya (Bahagian A)



Hasilan Nurizzati Uzma
1. Kejadian banjir ini berlaku pada hari Ahad yang lalu di Kampung Kayu Ara.

2. Hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama tiga jam mengakibatkan air naik
setinggi paras dada.

3. Banyak rumah-rumah, kenderaan dan tumbuh-tumbuhan yang ditenggelami air.

4. Seorang lelaki mengharung banjir sambil menjunjung sebuah kotak yang berisi
barang-barang penting miliknya .

5. Pasukan penyelamat menggunakan bot untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir
dan menempatkan mereka di kawasan yang selamat.


Hasilan Stephanie
1. Pada hari Ahad yang lalu,hujan turun dengan lebat daripada pagi sehingga petang.

2. Lebih kurang pada pukul empat petang kampung saya dilanda banjir.

3. Semua penduduk dinasihatkan supaya berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

4. Penduduk-penduduk di kampung saya berasa sedih kerana kereta dan rumah mereka rosak kerana dimasuki air.

5. Apabila air surut kami akan bergotong-royong untuk mengemaskan rumah kami.


Hasilan Sheikh Amir

1.Tiga orang lelaki dewasa sedang berjalan di dalam air banjir.

2.Mereka membawa makanan di dalam bakul.

3.Warna air ialah warna coklat disebabkan kekotoran.

4.Mereka mengambil barang yang jatuh ke dalam air.

5.Ada sampah-sarap terapung di atas air.

SILA BERI KOMEN

3 comments:

  1. Saya berpendapat, hasilan sheikh Amir hanya dua ayat yang menggunakan kata kerja.

    ~Amir Al Fadhil~

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, hasilan Stephanie semua ayat situasi. (dari Ghaneassha)

    ReplyDelete