Blog Lain

Wednesday, March 16, 2011

Pertandingan “Kenali RP”

Pertandingan “Kenali RP”

Syarat-syarat Pertandingan
1.Setiap KETUA hanya dibenarkan membimbing maksima 10 orang sahaja dalam satu kumpulan.
2.Setiap kumpulan terdiri dari seorang(01) ORANG ketua yang merupakan pengawas pusat sumber ATAU ahli kelab yang telah menyertai Bengkel Rakan Pembaca.
3.Pertandingan ini terbuka kepada Tahap 2 ( dari Tahun 4 hingga Tahun 6).
4.Ketua perlu membimbing pasukan yang terdiri daripada Tahun 4, 5 atau 6.
5.Setiap kumpulan yang menyertai mestilah mendaftar nama kepada Pn Soraya Nita di pusat sumber sekolah.

Format Pertandingan

1.Dua ketagori akan dipertandingan iaitu RP terbanyak dan Ketua Kumpulan Terbaik.
2.Bahan RP mesti menggunakan bahan dari akhbar Berita Harian/Utusan Malaysia/Star/Kuntum 2011.
3.Format mesti mengikut contoh yang diberi.
4.Jika murid menghantar paling banyak tetapi tidak mengikut format yang diberi-tidak layak untuk menang.
5.Sebarang pertanyaan mesti dikemukakan kepada pengawas pusat sumber atau ketua masing-masing.
6.Ketua Pasukan yang terbaik yang berjaya mengumpul buku /markah terbanyak akan dikira sebagai Juara Kategori Ketua Terbaik. Murid yang menghantar buku RP terbanyak serta markah terbanyak dan menepati contoh akan dikira Juara RP terbanyak.
7.Keputusan hakim adalah muktamad.
Pertandingan akan diadakan mulai 11 Mac hingga 27 Mei 2011. Penghantaran lewat tidak akan dinilai.

Pendaftaran nama kumpulan boleh dibuat melalui emel cikgusoraya@gmail.com
atau
berjumpa sendiri Pn Soraya Nita di pusat sumber waktu REHAT.

Penyampaian hadiah akan diadakan pada 20 JUN 2011 (Isnin)

1 comment:

  1. KETUA 1
    Ahmad Irfan (5M),
    Hafizul(5M),
    M.Naim (5M),
    Danial (5M),
    Farhan (5M)
    Dan
    Nik M. Irfan (5M)

    ReplyDelete