Blog Lain

Saturday, July 18, 2009

LAWATAN BERSAMA PESERTA JAUHARI DAN RP

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN LAWATAN BERSAMA PESERTA JAUHARI DAN RP
1. PERTANDINGAN BERSAMA MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA

1.1 PENDAHULUAN
Pertandingan ini diadakan sebagai satu aktiviti bacaan yang dilaksanakan
di sekolah ataupun di rumah bersama keluarga.

1.2 KUMPULAN SASARAN
Semua murid

1.3 SYARAT_SYARAT PERTANDINGAN

1.3.1 Menggunakan buku Nilam Jauhari dan NILAM Rakan Pembaca yang boleh dibeli di kedai buku sekolah.
1.3.2 Menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
1.3.3 Berserta lengkap ruang dipenuhi.
1.3.4 Setiap peserta mesti menhgantar 1 buah buku NILAM Jauhari (60 markah)untuk JULAI BULAN MEMBACA,
1.3.5 1 buah buku NILAM Jauhari (60 markah) untuk NILAM BULAN KEMERDEKAAN dan
1.3.6 1 buah buku NILAM Jauhari (60 markah )unttuk NILAM BULAN RAMADHAN. (Murid bukan Islam 2 buah buku sahaja) Murid Islam 3 buah buku Jauhari (WARNA BIRU)
1.3.7 1 buah buku NILAM Rakan Pembaca, minima 100 markah untuk RP.(JULAI BULAN MEMBACA),
1.3.8 1 buah buku RP, minima 100 markah (NILAM BULAN KEMERDEKAAN)
1.3.9 dan 1 buah buku Nilam RP (NILAM BULAN RAMADHAN)minima 100 markah. (murid bukan Islam 2 sahaja)
1.3.10 Hak milik: Semua buku yang dihantar akan menjadi hak milik sekolah
1.3.11 Pengadilan: Keputusan panel hakim adalah muktamad
1.3.12 Penyertaan adalah secara individu
1.3.13 Jangkamasa pertandingan: Mulai 1Julai hingga 15 Oktober 2009
1.3.14 Para peserta yang layak akan diberi borang lawatan.
1.3.15 Pendengar kepada RP juga layak dapat borang penyertaan jika murid berkenaan telah menjadi pendengar kepada ramai RP. Markah akan dikira dalam kolum pendengar. Markah 100 layak mendapat borang
1.4 BIDANG
1.4.1 Bacaan tentang apa sahaja (JULAI BULAN MEMBACA)
1.4.2 Bacaan Tentang sejarah Negara(NILAM BULAN KEMERDEKAAN)-Ogos 2009.
1.4.3 Bacaan tentang sirah nabi, surah-surah dll yang berkaitan dengan agama Islam.(NILAM BULAN RAMADHAN)
1.4.4 Judul buku, Penulis/Pengarang, Penerbit buku.
1.4.5 Sinopsis buku cerita yang dibaca mesti ada. ATAU
1.4.6 Huraian Watak dalam buku cerita yang dibaca. ATAU
1.4.7 Pendapat/Ulasan tentang buku yang dibaca.

1.5 SERAHAN BAHAN
1.5.1 Boleh dibuat kepada Guru Media
JULAI BULAN MEMBACA-1 Ogos 2009
NILAM BULAN KEMERDEKAAN – 1 September 2009
NILAM BULAN RAMADHAN – 30 September 2009
1.5.2 Bahan yang telah dihantar tidak boleh dipinda lagi.
1.5.3 Pemenang kepada program ini juga akan menerima hadiah pada masa yang akan ditetapkan bergantung kepada aktiviti sekolah.

No comments:

Post a Comment