Blog Lain

Thursday, March 12, 2009

TAJUK 4- CITA-CITA SAYA

Cita-cita saya- AZYAN SALMA

Apakah maksud cita-cita? Berdasarkan Kamus Dewan, cita-cita bermaksud harapan, hasrat dan juga keinginan. Adakah anda mempunyai cita-cita? Ya. Setiap orang mempunyai cita-cita yang berlainan.
Apakah cita-cita anda? Setiap orang mempunyai cita-cita sendiri. Begitu juga dengan saya. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya dan terkenal seperti Datuk Bernard Chandran, Salikin Sidek , Zety Zamry, Michael Shu, Mohd Fitri Zainal Abidin, Erwan AS Anizam Yusof, Faizal Azraf, Rizman Ruzaini dan ramai lagi.
Untuk mencapai cita-cita saya, saya perlulah belajar bersungguh-sungguh, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, menjadi seseorang yang kreatif, mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Pendidikan Seni dan memasuki universiti yang mempunyai jurusan fesyen seperti Universiti Teknologi Mara (UITM), Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) dan banyak lagi.
Apakah keistimewaan menjadi seorang pereka fesyen? Terdapat pelbagai keistimewaan menjadi seorang pereka fesyen di antaranya ialah jika saya inginkan sebuah baju, saya akan mereka dan membuatnya sendiri. Ia juga menjimatkan kos kerana saya hanya akan mereka baju saya, mencari jenis kain yang sesuai, menjahit mengikut rekaan saya dan baju saya telah pun siap.
Akhir sekali, saya harap saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian dan saya harap impian saya akan tercapai satu hari nanti. Saya berasa gembira kerana saya mempunyai cita-cita yang tinggi.
Cita –cita Saya- Sharaneish

Kebanyakan orang ada cita-cita . Sebagai seorang pelajar saya juga mempunyai cita-cita .Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor . Selain itu cita-cita ialah satu keinginan atau satu hasrat yang mendalam di dalam hati .

Saya mula berminat untuk menjadi doktor sejak saya dimasukkan ke hospital setelah melihat tugas-tugas seorang doktor. Jika saya ingin menjadi seorang doktor bukanlah mudah, saya perlu belajar bersungguh –sungguh.Tanpa kejayaan dalam pelajaran pasti saya tidak akan mencapai cita-cita saya. Saya perlulah belajar dengan rajin . Saya mesti tanamkan minat kepada pelajaran , khasnya mata pelajaran Sains .

Oleh itu ,saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya ke menara gading. Sekiranya cita-cita saya menjadi seorang doktor tercapai,saya akan merawat ahli keluarga. Saya berminat untuk menjadi seorang doktor kerana doktor boleh merawat pesakit.Tugasnya mulia dan dihormati oleh masyarakat .Selain itu, doktor amat mengutamakan kebersihan .

Satu perkara lagi, ramai orang miskin yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan.Sekiranya saya menjadi doktor saya tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang tidak mampu. Saya akan belajar dengan rajin serta berdoa kepada tuhan agar dapat mencapai cita-cita yang diidamkan supaya menjadi seorang insan yang berguna dan berbakti kepada keluarga ,masyarakat serta negara.

Cita-cita mula bertapak di dalam hati seseorang apabila timbul keinginan . Keinginan itu akan berada di dalam hati kita sehingga tercapai apa yang dicita- citakan itu . Kalau orang tiada cita-cita atau keinginan maka orang itu bolehlah dikategorikan di dalam kelompok manusia yang tidak normal .

11 comments:

  1. Thank you very much!

    ReplyDelete
  2. Wahh....panjangnya....saya budak 12 tahun baca karangan ala-ala SPM....

    ReplyDelete
  3. thank u so much...

    ReplyDelete
  4. good essay but too short

    ReplyDelete
  5. Boleh rujuk ni. Nak buat kerja sekolah tentang 'Kerjaya pilihan saya / Cita-cita saya. Sambil tu boleh la tiru.

    TERIMAS KASYIH , cikgu.

    FROM : Bunny Chicken Litte Pot

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagitau ckgu nanti saya kelas sebelah cari-cari lah hehehehuhuhuhohoho:D:D

      Delete
  6. thx...sgt mmbantu..

    ReplyDelete
  7. cikgu cakap semua perenggan mesti ada 3/4 ayat...pengenalan hanya ada 2 ayat...........mcm mana saya nak belajar

    ReplyDelete