Blog Lain

Sunday, December 13, 2009

CALON NILAM 2010

Sila berhubung melalui emel cikgu.

Sunday, October 25, 2009

LAWATAN PEMBACA TERBANYAK KE JOHOR

TARIKH : 21 NOVEMBER 2009(CUTI SEKOLAH)
HARI : SABTU
MASA : 7 PAGI-7 PETANG
TEMPAT LAWATAN : TROPICAL VILLAGE - Batu 56 1/2 km, Jalan Johor, 86100 Air Hitam, Johor.

Saturday, August 29, 2009

Thursday, August 27, 2009

KERTAS BAHASA MELAYU 012

A. PENGENALAN KERTAS BAHASA MELAYU PENULISAN
Nama Kertas : 012 – Bahasa Melayu.
Masa : Satu jam lima belas minit.
· Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A. Bahagian B dan Bahagian C.

· Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Soalan C-Terbuka

Tulis pengajaran atau nilai murni . Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zaiton merupakan anak yang baik. Dia tidak akan berdiam diri apabila berada di rumah. Ada sahaja kerja yang dibuatnya bagi membantu ibu bapanya. Dia sentiasa menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju, dan mengemas rumah. Setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan pastikan buku-buku yang dibawa mengikut jadual. Selain itu, bilik tidurnya juga akan dikemaskan supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia juga sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya disisir kemas sebelum dia memakai tudung. Kukunya pula sentiasa pendek. Pakaiannya sentiasa bersih dan kemas. Pada cuti hujung minggu setelah menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru, dia akan membantu ibu bapanya membersihkan halaman rumah. Kadang-kadang dia bersama-sama ayah dan ibunya mencuci kereta mereka. Tidak hairanlah jika Zaitun disayangi oleh ibu bapanya.

Soalan Untuk 6M-Kumpulan 2(C)

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Johan seorang murid yang sangat berbudi bahasa. Walupun dia anak orang berada, namun Johan tidak sombong. Johan sentiasa merendah diri dan bersedia membantu rakan-rakannya. Setiap hari, dia datang ke sekolah dengan menaiki kereta mewah yang dipandu oleh seorang pemandu, apabila balik dari sekolah dia tidak keberatan mengajak beberapa orang rakannya balik bersamanya. Selain itu, dia sangat menghormati guru-gurunya. Dia akan memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya dapat disempurnakan. Justru, tidak hairanlah jika Johan disayangi oleh murid-murid dan guru-guru di sekolahnya.

Soalan Untuk 6M-Kumpulan 2

Bahagian B
Sebaik sahaja melangkah keluar pintu pagar sekolah kamu terlihat dua orang murid sedang bergaduh. Apakah yang sepatutnya kamu lakukan untuk menghalang mereka daripada bergaduh itu.
Tulis tindakan kamu itu selengkapnya.

Soalan Untuk 6M-Kumpulan 1

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari Salma akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salma akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salma dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salma akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salma membaca buku. Tiba di sekolah, Salma terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Wednesday, August 26, 2009

SOALAN BAHAGIAN C (6A)Kumpulan 2

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Buah delima pelbagai rasa,

Dipetik sebelum waktu senja;

Dari kecil hinggalah dewasa,

Ibu bapa membelai penuh manja.



Dalam sungai dipasang bubu,

Masuk seekor anak kelisa;

Sungguh mulia jasamu ibu,

Sepanjang hayat dikenang sentiasa.



Limau kasturi jangan dilupa,

Beli juga sebungkus asam jawa;

Tidakku lupa padamu bapa,

Sanggup berkorban harta dan nyawa.



Kacang dicampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga;

Terima kasih ibu dan bapa,

Bersyukur kita hidup bahagia.

SOALAN BAHAGIAN C (6A)

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Ali bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah meminta kepada rakannya untuk membonceng basikal rakannya.


For more widgets please visit www.yourminis.com

Tuesday, August 25, 2009

Soalan Untuk 6M

Kumpulan 2
Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.

Soalan Untuk 6M

Kumpula 1
Tajuk : Kamu mempunyai seorang sahabat yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu itu. Tanyakan tentang persediaannya dan seterusnya usaha -usaha yang kamu berdua lakukan untuk lebih berjaya dalam peperiksaan itu kelak .

Soalan Untuk 6A

Kumpulan 2
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

Soalan Untuk 6A

Kumpulan 1
Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Salam dihulur maaf dipinta daripada semua.
Ramadhan ialah bulan qamariah yang ke 9. Makna asalnya ialah panas yang terik . Dinamakan demikian kerana lazim pada bulan ini cuacanya amat panas. Maka sempena dengan nama tersebut , semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan menghayati bulan mulia penuh barakah ini dengan pelbagai ibadah.

PERINTAH KEPADA ORANG YANG BERPUASA AGAR MENJAGA LIDAH DAN ANGGOTANYA DARI PERSELISIHAN DAN SALING BERMAKIAN
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila pada hari seseorang daripada engkau berpuasa , maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar . Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dimusuhi maka hendaklah ia berkata sesungguhnya saya berpuasa.

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Nabi S.A.W bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dengan dasar dusta maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya.

Surah Al Hujurat: 12 - 13
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Saturday, July 18, 2009

LAWATAN KE TROPICAL VILLAGE, JOHOR

FACILITIES
Prayer Room - For dedicated Muslims, this specially-reserved room far from noise and bustle is for prayers.

Cafeteria - Enjoy the tastes of Malaysia's flavours. From nasi lemak and mee soto to chicken curry and steamed vegetables, fill empty stomachs with these delicious foods. Or simply grap of water melon to beat the heat.

Kiosk - Find relief from the hot tropical weather here in this kiosk-within-a-windmill. Snack on pawn crackers, slurp a cold fan of Coke or lick a creamy ice-cream. The basic snack necessities can be found here and in the Haunted House.

Restaurant - Relax in the air-conditioned restaurant, enjoy the realistic scenery paintings while you feast on exotic Chinese dishes, which satisfy both the sight and taste buds. Certified as halal, Muslims are welcome to drop in for a meal. Vegetarian dishes are also served here for all dieconsious eaters.

Local Product Mini-market - This well stocked mini-mart provides a wide variety of local products and food. From clay figures and cuddly soft toys to fashionable caps and cool sunglasses to local snacks and traditional food tuffs. Or simply buy some souvenirs as gifts for friends and family.







DALAM MALAYSIA JEEE...........

TARIKH : 21 NOVEMBER 2009(CUTI SEKOLAH)
HARI : SABTU
MASA : 7 PAGI-7 PETANG
TEMPAT LAWATAN : TROPICAL VILLAGE - Batu 56 1/2 km, Jalan Johor, 86100 Air Hitam, Johor.

Places of Interest

1. Dinosaur Train
2. Haunted House
3. Magic Mirror
4. Malay Cultural
5. Towers of Kuwait
6. A' Farmosa Malacca
7. Atomium of Brussels
8. Leaning Tower of Pisa
9. Sri Lanka Lion Staircase
10. China Great Wall
11. Taj Mahal of India
12. Eiffel Tower of Paris
13. Hollywood
14. Smiling Buddha
15. Thai Temple
16. Sleeping Buddha Sri Lanka
17. Giant Statues Easter Island
18. Mini World
19. Windmill of Holland
20. Lady Liberty of USA
21. Tropical Falls
22. Bougainvillea Park
23. Olmer Head of Mexico
24. Dragon Terrace
25. Lumber Park
26. Pyramid of Egypt
27. Garden of Shy Monkey
28. Lover's Seat
29. Romantic Corner
30. Pony Ride Corner
31. Pets Corner
32. Boat Padding Center
33. Mermaid of Copenhagen
34. Fruit Playground
35. Oriental Island
36. Orchid Nursery
37. Tropical Fruits Orchard
38. Vegetable Garden
39. Malayan Crops Enclosure
40. Fishing Farm
41. World's Largest Hobby Horses

No. 5=Kuwait Towers Kuwaiti tiga menara mendominasi kota dan merupakan tempat pelancongan paling terkenal di seluruh negara. Terutama digunakan sebagai repositori air, air waduk dengan juta liter air. Utama di lantai atas menara yang tinggi 187 m, adalah prospek yang berputar di kafe. Dari sana, menawarkan megah dari kota dan Teluk. Menara telah dirancang oleh arsitek Swedia dan terbuka untuk umum pada tahun 1976. 96 menara lampu penerangan tersembunyi Kuwaiti tiga menara mendominasi kota dan merupakan tempat wisata paling terkenal di seluruh negara.
No 6-Bangunan yang terdiri dari 9 atom yang ukurannya diperbesar. Warna silvernya membuat pantulan cahaya yang bagus dan megah. Jika masuk dan naik ke dalam monumen atomium ini akan tampak pemandangan kota Brussel.

LAWATAN BERSAMA PESERTA JAUHARI DAN RP

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN LAWATAN BERSAMA PESERTA JAUHARI DAN RP
1. PERTANDINGAN BERSAMA MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA

1.1 PENDAHULUAN
Pertandingan ini diadakan sebagai satu aktiviti bacaan yang dilaksanakan
di sekolah ataupun di rumah bersama keluarga.

1.2 KUMPULAN SASARAN
Semua murid

1.3 SYARAT_SYARAT PERTANDINGAN

1.3.1 Menggunakan buku Nilam Jauhari dan NILAM Rakan Pembaca yang boleh dibeli di kedai buku sekolah.
1.3.2 Menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
1.3.3 Berserta lengkap ruang dipenuhi.
1.3.4 Setiap peserta mesti menhgantar 1 buah buku NILAM Jauhari (60 markah)untuk JULAI BULAN MEMBACA,
1.3.5 1 buah buku NILAM Jauhari (60 markah) untuk NILAM BULAN KEMERDEKAAN dan
1.3.6 1 buah buku NILAM Jauhari (60 markah )unttuk NILAM BULAN RAMADHAN. (Murid bukan Islam 2 buah buku sahaja) Murid Islam 3 buah buku Jauhari (WARNA BIRU)
1.3.7 1 buah buku NILAM Rakan Pembaca, minima 100 markah untuk RP.(JULAI BULAN MEMBACA),
1.3.8 1 buah buku RP, minima 100 markah (NILAM BULAN KEMERDEKAAN)
1.3.9 dan 1 buah buku Nilam RP (NILAM BULAN RAMADHAN)minima 100 markah. (murid bukan Islam 2 sahaja)
1.3.10 Hak milik: Semua buku yang dihantar akan menjadi hak milik sekolah
1.3.11 Pengadilan: Keputusan panel hakim adalah muktamad
1.3.12 Penyertaan adalah secara individu
1.3.13 Jangkamasa pertandingan: Mulai 1Julai hingga 15 Oktober 2009
1.3.14 Para peserta yang layak akan diberi borang lawatan.
1.3.15 Pendengar kepada RP juga layak dapat borang penyertaan jika murid berkenaan telah menjadi pendengar kepada ramai RP. Markah akan dikira dalam kolum pendengar. Markah 100 layak mendapat borang
1.4 BIDANG
1.4.1 Bacaan tentang apa sahaja (JULAI BULAN MEMBACA)
1.4.2 Bacaan Tentang sejarah Negara(NILAM BULAN KEMERDEKAAN)-Ogos 2009.
1.4.3 Bacaan tentang sirah nabi, surah-surah dll yang berkaitan dengan agama Islam.(NILAM BULAN RAMADHAN)
1.4.4 Judul buku, Penulis/Pengarang, Penerbit buku.
1.4.5 Sinopsis buku cerita yang dibaca mesti ada. ATAU
1.4.6 Huraian Watak dalam buku cerita yang dibaca. ATAU
1.4.7 Pendapat/Ulasan tentang buku yang dibaca.

1.5 SERAHAN BAHAN
1.5.1 Boleh dibuat kepada Guru Media
JULAI BULAN MEMBACA-1 Ogos 2009
NILAM BULAN KEMERDEKAAN – 1 September 2009
NILAM BULAN RAMADHAN – 30 September 2009
1.5.2 Bahan yang telah dihantar tidak boleh dipinda lagi.
1.5.3 Pemenang kepada program ini juga akan menerima hadiah pada masa yang akan ditetapkan bergantung kepada aktiviti sekolah.

Thursday, July 16, 2009

Friday, June 19, 2009

Thursday, June 4, 2009

LAWATAN KE MELAKA

1 Jun 2009~ Tahniah kepada peserta lawatan ke Melaka kerana mengikut arahan guru-guru pengiring, tiada laporan kehilangan barang, tidak tidur sepanjang perjalanan balik (tidak digalakkan tidur kerana jika bangun murid lupa membawa turun barang-barang mereka). Akan datang lawatan akan diadakan ke Johor (tidak bermalam). Bagaimanapun markah RP perlu 150 dan markah Jauhari perlu 120. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.~TERIMA KASIH EN ADI(PEMANDU PELANCONG)


Friday, May 29, 2009

PEMBETULAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Murid yang tidak dapat A, sila buat pembetulan.
Murid dapat A, sila jawab soalan ini.
Lengkapkan perenggan di bawah ini supaya menjadi sebuah cerita yang menarik.
Cuaca agak panas hari itu.Dedaun kering yang telah kusapu di halaman rumah Datuk Mohd Salleh kuhimpunkan untuk dibakar.Sewaktu hendak menyalakan api, tiba-tiba…….

ATAU

Andaikan bahawa anda pemberita akhbar setempat.Anda telah diberi tugas untuk menulis berita tentang lawatan sambil belajar ke Melaka.Tulis berita itu selengkapnya.-----

KEPUTUSAN MARKAH PENULISAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Thursday, May 21, 2009

KARANGAN PERIBAHASA

Karangan Ghaneassha
Tulis suatu karangan dengan berdasarkan peribahasa “ Belakang parang sekalipun jika diasah akan tajam juga “.

“ Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga “. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan tekun.

Peribahasa ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai dalam sesuatu bidang tetapi jika dia berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya dalam bidang itu. Kita mesti tidak mudah putus asa dalam menghadapi cabaran. Berikut adalah pengalaman saya mengenai peribahasa ini

Saya telah mula belajar bermain piano pada usia 8 tahun. Pada mulanya saya mendapati jari-jari saya sakit. Saya tidak mahu pergi ke kelas piano. Saya memberitahu perkara ini kepada ibu bapa saya.

Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengikuti nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya mendapat keputusan yanf cemarlang.

Saya berasa sungguh gembira. Usaha saya telah berhasil. Ibu bapa dan guru piano saya juga memuji saya. Saya tidak lagi akan melupakan peribahasa “ Belakang parang selagipun jika diasah akan tajam juga “ .