Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai
Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Johan seorang murid yang sangat berbudi bahasa. Walupun dia anak orang berada, namun Johan tidak sombong. Johan sentiasa merendah diri dan bersedia membantu rakan-rakannya. Setiap hari, dia datang ke sekolah dengan menaiki kereta mewah yang dipandu oleh seorang pemandu, apabila balik dari sekolah dia tidak keberatan mengajak beberapa orang rakannya balik bersamanya. Selain itu, dia sangat menghormati guru-gurunya. Dia akan memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya dapat disempurnakan. Justru, tidak hairanlah jika Johan disayangi oleh murid-murid dan guru-guru di sekolahnya.
Di dalam petikan di atas ada beberapa pengajaran, antaranya ialah kita mestilah bersedia untuk membantu kawan-kawan kita.Selain itu, kita haruslah merendah diri walaupun kita orang berada kerana kita akan dihormati masyarakat dan keluarga.Selepas itu, kita mestilah ada sikap baik hati kerana perbuatan itu dapat perhatian orang lain untuk menjadi kawan-kawan karib kita.Di samping itu, kita mestilah menghormati guru-guru kita kerana jika kita tidak menghormati guru-guru, ilmu yang guru memberi kita tidak akan diberkati.Akhirnya, kita haruslah memastikan segala tugasan yang diberi oleh guru disiap dengan sempurna.Justeru, kita akan disayangi oleh guru-guru dan kawan-kawan.
ReplyDeleteAntaranya ialah kita perlulah berbudi bahasa dengan orang di sekeliling.Bak kata pepatah "budi bahasa amalan mulia".Selain itu, kita haruslah merendah diri dan tidak bongkak.Kita juga mestilah membantu orang yang memerlukan pertolongan.Kita perlu ada sifat menghormati antara satu sama lain.Akhir sekali,sikap bertanggungjawab perlu ada dalam diri kita.
ReplyDeleteKamu harus meringkaskan teks yang ditulis
ReplyDeleteKita mestilah berbudi bahasa terhadap orang yang lebih tua daripada kita.Selain itu,kita haruslah merendah diri supaya kita disayangi ramai orang.Kemudian,kita perlulah tolong-menolong kawan kita yang mengalami masalah.Di samping itu,kita mestilah menghormati guru-guru kita supaya mereka menghormati kita juga.Akhir sekali,kita perlulah ada sikap tangungjawab seperti menyiapkan semua tugasan yang ditetapkan.
ReplyDeleteAmir and Zul Haziq kamu ada beberapa kesalahan antaranya ialah teks kamu terlalu ringkas dan pendek.Dan di dalam ulasan kamu tidak sepatutnya meletakkan pepatah dan peribahasa.HARAP MAKLUM!
ReplyDeletekarangan AFZANCOOL terlalu ringkas .
ReplyDeleteAntaranya ialah kita haruslah menjadi seorang yang berbudi bahasa terhadap semua orang agar mereka menghormati diri kita.Yang kedua,kita tidak sepatutnya menjadi seorang yang sombong dengan harta yang dimiliki oleh kedua ibubapa kita .Seterusnya,kita mestilah menjadi seorang yang suka merendah diri supaya kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
ReplyDeleteSelain itu,kita hendaklah bantu-membantu antara satu sama lain.Akhir sekali,kita seharusnya bertanggungjawab dalam mengerjakan amanah yang telah diberikan oleh guru-guru kita.
Terdapt beberapa jenis nilai daripada dalam petikan tersebut.Yang pertama,ialah kita mestilah saling berbudi bahasa supaya kita di senangi oleh orang.Selain itu,kita mestilah jangan sombong supaya kita tidak mengecilkan hati orang lain.Sebelum itu, kita mestilah saling bantu-membantu orang yang lebih tua ataupun yang lebih muda daripada kita supaya kita disukai oleh orang.Setelah itu, kita mestilah,menghormati guru-guru ataupun ibubapa kita supaya kita mendapat keberkatan meraka semasa membuat ujian.Akhir sekali,kita mestilah,berbuat baik supaya kita disayangi oleh orang.
ReplyDeleteNaaven Rao kamu ada beberapa kesalahan, antaranya ialah penanda wacana kamu mestilah dilebihkan dan kamu juga ada kesalahan ejaan dipetikan ulasan kamu contohnya "meraka". Ejaan yang patut digunakan ialah 'mereka'. HARAP MAKLUM.
ReplyDeleteAfzan punya karangan terlalu ringkas sepatut kita perlulah tolong-menolong kawan kita yang mengalami masalah untuk mengurangkan beban kawan
ReplyDeleteKarangan Megat dan Kamir ada satu kesalahan iaitu ilmu yang guru memberi kita tidak akan diberkati sepatutnya ilmu yang di berikan oleh guru kepada kita tidak akan di berkati oleh...........
ReplyDeleteNaveen,
ReplyDelete'terdapt'?.Sepatutnya 'terdapat'.'kita mestilah,?'tidak ada koma.Kamu asyik ulang tentang kesayangan sahaja.
karangan zul terlalu pendek .tidak perlu masukkan kata pepatah dan struktur ayat salah seperti ayat ini ;antaranya kita perlulah berbudi bahasa dengan orang lain;yang berada di sekeliling kita sepatutnya.bak kata pepatah ;budi bahasa amalan mulia;
ReplyDeleteMegat & Kamir.. Kamu ada beberapa kesalahan.
ReplyDelete1. "Di dalam petikan di atas ada beberapa pengajaran " adalah salah. Ayat yang betul adalah " Terdapat beberapa nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas."
2." Selain itu,kita mestilah jangan sombong supaya kita tidak mengecilkan hati orang lain "
pun salah. Ayat yang betul adalah " Selain itu, kita tidak boleh bersikap sombong supaya tidak mengecilkan hati orang lain."
Amira Fahira dan Nurul Hadhirah,Karangan ok tapi nak komen sikit tentang ayat pertama patutnya kita hendaklah berbudi bahasa sesama insan agar kita sentiasa dihormati sesama insan.
ReplyDeleteWalaupun ayat kamu panjang tetapi pengajaran kamu tidak mempunyai punutup.Ayat kamu tidak mempunyai sebarang kretiviti kerana kamu hanya mengambil semula perenggan iaitu adalah pada akhir perenggan dalam petikan tersebut
ReplyDeleteAfzan.. Karangan awak ada kesalahan..
ReplyDelete1. "kita haruslah merendah diri supaya kita disayangi ramai orang "adalah salah. Ayat sepatutnya ialah " Kita haruslah merendahkan diri supaya kita disayangi oleh ramai orang".
2. Karangan awak terlalu pendek dan ringkas..
karangan afzan mempunyai ejaan salah seperti [tanggungjawab].afzan mengejanya macam ni [tangungjawab] dan dia tidak sepatutnya menggunakan ayat [ada].dia sepatutnya menggunakan ayat[ mempunyai].
ReplyDelete