Blog Lain

Thursday, March 12, 2009

TAJUK KARANGAN 3 - NASI LEMAK

Nasi Lemak- AZYAN SALMA

Nasi lemak ialah makanan kegemaran bagi ramai orang terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak ialah nasi yang dimasak dengan menggunakan santan bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Antara bahan-bahan lain yang dimasukkan semasa memasaknya ialah hirisan halia dan bawang merah.

Nasi lemak biasanya dimasak secara biasa atau dikukus. Nasi lemak akan dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan sambal. Kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk di antaranya ialah ayam goreng, ayam goreng berempah, sambal kerang atau sambal sotong mengikut pilihan selera masing-masing.

Nasi lemak amat mudah didapati. Ramai peniaga yang menjualnya sama ada di tepi-tepi jalan, warong-warong, restoran-restoran atau ‘kopitiam’. Berbagai cara digunakan untuk membungkus nasi lemak. Cara pembungkusan yang selalu digunakan adalah secara dimasukkan di dalam bekas ‘polystyrene’. Daun pisang selalunya digunakan untuk melapik nasi semasa dibungkus menggunakan plastik dan surat khabar. Ini memberi bau harum apabila hendak dimakan.
Kini nasi lemak bukan lagi menjadi sajian semasa sarapan pagi. Ramai orang menikmati nasi lemak sebagi makan tengah hari atau malam. Ia dianggap sebagai makanan segera kerana ia murah, mudah disediakan dan cepat untuk dihidangkan. Untuk melengkapkan hidangan, nasi lemak akan disediakan bersama minuman panas seperti teh atau kopi.
Nasi Lemak- GHANEASSHA

Pada asalnya nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Bagi kebanyakan orang di Semenanjung Malaysia , Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan nasi lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.
Masa kini nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak.
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi., malahan ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga Ringgit Malaysia 6 sebungkus.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi serta mudah dan cepat dihidangkan. Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan setiap hari oleh pakar makanan kerana mengandungi kalori dan lemak yang tinggi.

Nasi lemak-SHARANEISH

Salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia ialah nasi lemak. Sebenarnya nasi lemak adalah makanan Melayu . Tapi pada masa kini semua kaum seperti India ,Cina dan lai-lain menyukai nasi lemak .

Bahan –bahan yang diperlukan untuk memasak nasi lemak ialah santan kelapa ,cili kering ,ikan bilis ,telur, timun serta bawang merah dan bawang putih.

Nasi lemak mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. oleh itu makanan ini tidak boleh diambil kerap kali kerana boleh membawa penyakit kritikal kepada seseorang .

Jika seseorang yang menggunakan tenaga yang banyak boleh disyorkan mengambil nasi lemak kerap kali kerana ia boleh membekalkan tenaga yang secukupnya .

Makanan nasi lemak ini adalah harganya murah dan senang didapati dimana- mana sahaja . Walaupun bagaimanapun makanan ini mempunyai kebaikan dan keburukan maka kita perlu mengawasi cara pemakanan kita .

Oleh yang demikian marilah kita makan, makanan yang tinggi khasiat untuk menjaga kesihatan.
Nasi lemak-SHARAFINA

Nasi lemak adalah makanan tradisional di negara Malaysia. Ia mengandungi pelbagai bahan-bahan dan boleh dimakan dengan pelbagai makanan lain seperti ayam.

Nasi yang dimasak dengan santan mengandungi nasi, timun, sambal, ikan bilis, telur rebus dan sambal ikan bilis. Ia juga boleh dimakan dengan daging, rendang, sambal kerang, sotong dan udang. Ia biasanya dimakan pada waktu sarapan.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran kepada ramai orang. Ia juga salah satu daripada makanan seimbang kerana ia mempunyai semua keperluan yang penting untuk menjadikannya makanan yang seimbang.

Nasi lemak adalah makanan yang boleh membantu kita dengan pembesaran dan pertumbuhan pada tubuh badan kita. Ia juga menolong kita menjaga kesihatan yang baik dan penuh. Makanan ini penuh khasiat.
Nasi Lemak -PRADEEP NAIR

Nasi Lemak adalah makanan tradisional di negara Malaysia. Makanan ini Sudah menjadi makanan kegemaraan kebanyakkan rakyat Malaysia. Secara tradisi. nasi lemak merupakan hidangan masyarakat Melayu.

Nasi Lemak tradisional dibungkus menggunakan daun pisang dan surat khabar lama. Lazimnya ,telur rebus dan sambal ikan bilis adalah bahan utama yang dimakan bersama nasi lemak .Pada masa ini, ia dibungkus dalam kotak sterofom atau kertas lilin .

Kini nasi lemak dimakan dengan pelbagai lauk .Contohnya, dengan ayam atau daging rendang, ayam goreng ,sambal kerang, ikan sambal, udang kering atau udang sambal .Kacang tanah dan hirisan timun menjadi bahan wajib semasa menyediakan nasi lemak. Kini, terdapat juga nasi lemak yang dikukus dengan santan. Bau wanginya adalah dari daun pandan yang dimasukkan semasak memasak nasi lemak.

Kita tidak boleh makan banyak nasi lemak .Kalau kita makan terlalu banyak nasi lemak kita mungkin menjadi gemuk.

Seperti roti canai, nasi lemak menjadi makanan kegemaran masyarakat Malaysia khasnya dan juga pelancong pada bila-bila masa sahaja. Ia juga adalah makanan kegemaraan saya.

KELAS 4 INTELEK- BETULKAN KARANGAN RAKAN ANDA

2 comments: