Blog Lain

Thursday, August 27, 2009

Soalan C-Terbuka

Tulis pengajaran atau nilai murni . Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zaiton merupakan anak yang baik. Dia tidak akan berdiam diri apabila berada di rumah. Ada sahaja kerja yang dibuatnya bagi membantu ibu bapanya. Dia sentiasa menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju, dan mengemas rumah. Setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan pastikan buku-buku yang dibawa mengikut jadual. Selain itu, bilik tidurnya juga akan dikemaskan supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia juga sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya disisir kemas sebelum dia memakai tudung. Kukunya pula sentiasa pendek. Pakaiannya sentiasa bersih dan kemas. Pada cuti hujung minggu setelah menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru, dia akan membantu ibu bapanya membersihkan halaman rumah. Kadang-kadang dia bersama-sama ayah dan ibunya mencuci kereta mereka. Tidak hairanlah jika Zaitun disayangi oleh ibu bapanya.

4 comments:

  1. Terdapat beberapa nilai murni dalam petikan diatas antaranya ialah baik hati.Sebagai seorang anak yang soleh kita perlulah baik dengan keluarga.Justeru itu,kita mestilah membantu ibubapa mengemas rumah.Selain itu,kita perlulah menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan diri daripada sakit.Kita juga mestilah mendisiplinkan diri untuk menjadi orang yang berguna.Akhir sekali,kita juga mestilah rajin membaca dan menyiapkan kerja sekolah yang guru beri kepada kita.

    ReplyDelete
  2. Terdapat beberapa nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas.Antaranya ialah kita mesti tolong-menolong sesiapa sahaja tanpa kira agama. Kita juga mesti menjaga kebersihan diri sendiri dan persekitaran kerana orang lain akan menilaikan sikap kita apabila mereka melihat kebersihan kita. Selain itu, kita pun mesti rajin membuat kerja. Kita juga harus bekerjasama apabila membuat sesuatu supaya dapat siapkan kerja dengan lebih cepat. Akhirnya, kita harus mempunyai sikap kasih sayang dalam diri kita

    ReplyDelete
  3. Pengajarannya ialah kita sebagai seorang anak,hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.selain itu,kita hendaklah berdisiplin dengan mengikut jadual belajar yang telah ditetapkan di sekolah.kita juga mestilah menjaga kebersihan diri setiap masa kerana apabila kita menjadi seorang yang pembersih kita akan dihormati orang lain.bukan itu sahaja,kita mestilahmengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah.akhir sekali kita mestilah bergotong royong membersihkan rumah.

    ReplyDelete
  4. Antaranya ialah kita haruslah menjadi seorang anak yang baik.seterusya,kita mestilah berbakti kepada kedua ibu bapa kita dengan membantu mereka.Selain itu,kita hendaklah menjaga kebersihan bilik supaya keadaan bilik kita sentiasa bersih dan kemas.Di samping itu, kita seharusnya menjadi seorang yang pembersih agar di hormati oleh orang lain.Bukan itu sahaja,kita mestilah mejaga kerbesihan persekitaran.Yang terakhir,kita sepatutnya menyiapkan kerja rumah yang telah di berikan oleh guru-guru kita.

    ReplyDelete