Blog Lain

Tuesday, August 25, 2009

Soalan Untuk 6A

Kumpulan 2
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

19 comments:

  1. nazmeen danial and azureenAugust 26, 2009 at 8:51 AM

    Danial:Kamal boleh saya cakap sesuatu?
    Kamal:Hmm...silakan.
    Danial:mengapa awak menuduh Azli mencuri duit awak tanpa usul periksa tadiKama?
    Kamal:saya memang saya dah agak dia yang mencuri duit itu kerana dia orang yang suka mencuri.
    Danial:awak dah ada bukti ke?
    Kamal:tak tapi saya dah tahu.
    Danial:berdosa bagi kita menuduh orang lain tanpa bukti.
    Kamal:hmm...saya mintak maaf atas kesalahan saya.
    Danial:awak tidak patut memintak maaf kepada saya tetapi kepada Azli.
    Kamal:ok.saya ingin mengucapkan terima kasih kepada awak kerana telah menyedarkan saya.
    Danial:sama-sama.

    ReplyDelete
  2. Marissa dan SabrinaAugust 26, 2009 at 8:52 AM

    Anis :Hi,Syahira!Mengapa awak sedih?
    Syahira:Hi,Anis!Saya kehilangan duit sebanyak RM3.
    Anis :Oh,begitu!
    Sabrina:Bagaimanakah duit kamu hilang?
    Syahira:Semasa saya sedang membuat kerja sekolah,saya membuat kerja bersama Farah.Selepas itu,saya hendak ke tandas.Saya meraba poket baju saya.Saya dapati bahawa duit saya telah hilang tetapi saya mensyaki bahawa Farah mengambil duit saya.
    Sabrina:Bagaimanakah kamu mengetahui Farah yang mengambil duit kamu?
    Syahira:Kerana saya tahu bahawa Farah pernah mencuri duit rakan yang lain.
    Anis :Tetapi kamu tidak boleh menuduh Farah begitu sahaja.Kamu perlu memeriksa dulu.
    Sabrina:Betul kata kamu itu,Anis.Kita tidak boleh menuduh tanpa bukti.Kami bukan salahkan kamu menuduh orang lain tapi kita harus bertanya kepada Farah dahulu.
    Syahira:Baiklah saya setuju.
    Sabrina:Jom kita pergi jumpa Farah di kelas.
    Anis :Hi,Farah.
    Farah :Hi,Anis.
    Anis :Saya ingin tanya kepada kamu.Adakah kamu yang mengambil duit Syahira?
    Farah ;Saya tidak mengambil duitnya.Tetapi saya nampak duit itu di dalam beg sekolah Syahira.
    Sabrina:Bagaimanakah kamu tahu bahawa duit itu ada di dalam begnya.
    Farah : Sebelum Syahira pergi ke tandas,Syahira meletakkan duitnya di dalam beg.
    Syahira:Oh,saya baru teringat!Saya minta maaf kerana saya telah menuduh kamu mengambil duit saya.Mulai hari ini saya akan periksa dahulu sebelum membuat sesuatu penuduhan.
    Anis dan
    Sabrina:Baguslah kamu sudah tahu.Baiklah, kami
    pergi dahulu.

    ReplyDelete
  3. Fiq: woi mane duit aku hah budak.
    Ajai:we fiq ko janganla panggil aku budak.
    Fiq:dh ko curi duit aku.
    Ajai:fiq jgn la tuduh aku.Aku mane curi duit ko.Duit ko hilang berape riggit.
    Fiq:Duit aku hilang RM5.00.Ko la yg curi.
    Ajai:we fiq aku nasihat ko! kite janganla ske tudoh org tampe usul prekse.Nanti org belasah ko baru ko tahu.
    Fiq: yela yela aku mintak maaf.Sebenar nye aku STRES,duit tu mk aku bagi utk beli buku.Aku takut mk aku marah.
    Ajai:o.... sebab tula,tapi janganla main tuduhje prekse la dlu.
    Fiq: yela,aku janji tk buat lagi.Nanti aku periksa dulu kalau jadi mcm ni lagi.
    Ajai:Bagusla cam tu.takpe nanti aku belikan buku tu.
    Fiq:thank you la sebab ko tolong belikan.

    ReplyDelete
  4. Amirul:Jafri mari
    kita berbual sebentar

    Jafri:mari

    Semasa di pondok bacaan

    Amirul:Jafri saya dapat tahu awak kehilangan duit

    Jafri:ya dan saya salahkan kamal yang mencuri duit saya

    Amirul:tapi awak dah periksa kamal ke yang dia mencuri duit awak

    Jafri:belum lagi tapi saya memang tahu yang dia yang curi duit saya

    Amirul:bagaimana awak tahu kamal yang mencuri duit awak

    Jafri:Zarief yang memberitahu saya yang kamal mencuri duit saya

    Amirul:Awak tau tak perangai Zarief itu macam mana

    Jafri:ya dia suka menipu dan mencuri duit orang.

    Amirul:saya menasihatkan awak supaya jangan menuduh orang tanpa usul periksa.Mungkin Zarief menipu awak.

    Jafri:yelah saya agak dia tidak mencuri duit saya.Kan dia orang yang baik.Mungkin duit
    saya tercicir.

    Amirul:ok .loceng sudah berbunyi mari kita masuk ke kelas

    Jafri:assalamualaikum

    Amirul:waalaikumussalam

    ReplyDelete
  5. karangan tidak berapa bagus.

    ReplyDelete
  6. ayat bagus tapi panjangkan skit.

    ReplyDelete
  7. AMIRAH[S] @AMIRAH [A ]August 26, 2009 at 9:15 AM

    ATHIRAH:DAMIA,kamu janganlah menuduh orang lain mencuri barang kamu tanpa usul periksa. DAMIA:Tapi saya yakin LISA yang mencuri barang saya,kerana semasa rehat tadi saya terlihat dia di dalam kelas. ATHIRAH:Tetapi,tidak semestinya dia mencuri barang awak,mungkin dia ingin mengambil barang dia yang tertinggal semasa rehat tadi.Marilah kita kita tanya pada LISA sendiri apakah benar dia mencuri barang kamu. DAMIA: Baiklah,mari kita tanya kepada lisa. ATHIRAH:LISA,adakah kamu mengambil barang DAMIA dan mengapakah kamu masuk ke dalam kelas semasa rehat tadi. LISA:Untuk apa saya mencuri jika hidup saya bahagia.Tidak terdetik langsung di hati saya untuk mencuri barang DAMIA,saya masuk ke kelas hanya untuk mengambil dompet saya yang tertinggal. ATHIRAH:DAMIA,saya rasa mungkin awak tersilap letak barang awak itu,lebih baik awak pergi periksa sekarang. DAMIA:Eh,ini kan barang saya,macam mana boleh ada di dalam beg,sudah berkali kali saya periksa tadi tapi tak jumpa. ATHIRAH:saya kan sudah cakap,tak baik awak menuduh LISA kesian dia. DAMIA:Maafkan saya LISA kerana menuduh awak tanpa bukti.saya insaf dan rasa bersalah terhadap awak. LISA:Tidak mengapa saya maafkan awak.

    ReplyDelete
  8. amirul n lukman ;
    perbualan terlalu pendik.nasihat kurang.tidak banyak unsul-unsul cerita.

    ReplyDelete
  9. Zarief:Rahmat,sini sekejap.
    Rahmat:kenapa awak panggil saya?
    Zarief:sebab saya nampak awak curi duit saya.
    Rahmat:Zarief,saya nasihat kan awak janganlah
    suka tuduh orang tanpa usul periksa.
    Zarief:tapi saya nampak awak sorang dekat kelas.
    Rahmat:walaupun begitu,awak tidak boleh tuduh saya.
    Zarief:saya minta maaf.Lain kali,saya akan perikasa dahulu.

    ReplyDelete
  10. PADA PENDAPAT SAYA AYAT YANG DI TULIS OLEH AMIRUL LUQMAN KURANG BAGUS.

    ReplyDelete
  11. SYAHIRA:Wani,kamu janganlah suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. WANI:Tetapi,saya yakin bahawa dialah yang telah mencuri duit saya. SYAHIRA:Mungkin dia hanya mahu mengambil barang dia yang tertinggal di kelas.
    WANI:Bagaimana kalau kita mengambil barang dia secara senyap-senyap.
    SYAHIRA:Kamu tidak boleh berbuat begitu.Kamu hendaklah menyangka baik terhadap seseorang sebelum diketahui buruk baiknya.
    WANI:Tapi saya tetap tidak puas hati kepadanya kerana,dia sajalah yang berada di dalam kelas semasa itu.
    SYAHIRA:Mungkin kamu meletakkan duit kamu dimana-mana.Sebaik sahaja kita haruslah memeriksa di beg atau di bawah meja kamu.
    WANI:Syahira,saya telah menemui duit saya itu di bawah meja saya.
    SYAHIRA:Lain kali kamu janganlah menuduh orang sesuka hati tanpa usul periksa.
    WANI:Terima kasih Syahira kerana telah menyedari bahawa saya yang bersalah.
    SYAHIRA:Sama-sama

    ReplyDelete
  12. Kumpulan nazmeen danial and azureen:nasihat yang diberi......
    Danial:berdosa bagi kita menuduh orang lain tanpa bukti
    Danial:awak tidak patut meminta maaf kepada saya tetapi kepada Azli.

    ReplyDelete
  13. nazmeen danial and azureen kamu ada beberapa kesalahan imbuhan yang berada di atas seperti "Kamal:saya memang saya dah agak dia yang mencuri duit itu kerana dia orang yang suka mencuri." Dialog kamu juga tidaklah sebegitu menarik. Harap maklum.

    ReplyDelete
  14. Marissa dan Sabrina kamu berdua ada satu kesalahan sahaja iaitu "Sabrina:Jom kita pergi jumpa Farah di kelas" kerana ia tidaklah sebegitu sesuai untuk dialog ini. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  15. rahmat@zarief.com kamu ada satu kesalahan yang merupakan kesalahan yang sangat menyedihkan seperti "Zarief:tapi saya nampak awak SORANG dekat kelas". Sorang itu bukanlah perkataan yang sesuai untuk membuat dialog.HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  16. Amirah:Hai,Anita!Mengapa kamu bersendirian di sini?

    Anita:Oh,Amirah!Tidak ada apa-apa.Saya saja duduk di sini sambil mengambil udara segar...

    Amirah:Janganlah berbohong,sejak tadi saya lihat kamu bersedih sahaja.

    Anita:[Berdiam sahaja]

    Amirah:Maaflah jika menggangu kamu.Sebenarnya saya berasa pelik sedikit kerana kamu tidak pernah bersikap begini.Lagipun kita kan dah lama berkawan.Jika kamu tidak keberatan,
    ceritakanlah masaalah kamu sebenarnya.

    Anita:Maaflah sebab saya berbohong.Sebenarnya,
    saya sedang memikirkan cara bagaimana hendak
    membelikan barang yang di pesan oleh ibu saya
    kerana duit yang ibu saya beri telah hilang.

    Amirah:Hilang,bagaimana duit itu boleh hilang?

    Anita:Ya,duit itu telah hilang semasa saya pergi kantin untuk membeli makanan.Saya juga menuduh Kamal yang curi duit saya kerana dia asyik memandang saya dari tadi.

    Amirah:Walaubagaimanapun,kamu tidak boleh menuduh orang lain tanpa usul periksa.Boleh saya tahu berapa ringgit yang ibu kamu beri?

    Anita:Ibu saya beri sebanyak RM5.oo dan kenapa kamu tanya?

    Amirah:Tidak apalah,saya boleh pinjamkan kamu duit saya tetapi lain kali kamu tidak boleh menuduh orang lain tanpa usul periksa faham.

    Anita:Okey saya faham,terima kasih kerana mengingati saya dan saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan saya.

    Amirah:Eh,saya dah lambatni.Saya harus pergi sekarang.Okeylah,Selamat tinggal......

    Anita:Selamat tinggal!

    ReplyDelete
  17. Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

    Amirah:Walaubagaimanapun,kamu tidak boleh menuduh orang lain tanpa usul periksa.Boleh saya tahu berapa ringgit yang ibu kamu beri?

    Amirah:Tidak apalah,saya boleh pinjamkan kamu duit saya tetapi lain kali kamu tidak boleh menuduh orang lain tanpa usul periksa faham.
    (isinya menasihati Anita supaya tidak menuduh tanpa usul periksa)

    Anita:Okey saya faham,terima kasih kerana mengingati saya dan saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan saya.

    ReplyDelete
  18. To RAHMAT @ ZARIEF

    KARANGAN BAGUS,CUMA JANGAN GUNA BAHASA PASAR
    OK.
    FROM;NISYA(PAUS)

    ReplyDelete