Blog Lain

Thursday, August 27, 2009

Soalan Untuk 6M-Kumpulan 1

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari Salma akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salma akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salma dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salma akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salma membaca buku. Tiba di sekolah, Salma terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

11 comments:

  1. Antaranya,kita mestilah bersikap menepati masa seperti bangun awal setiap pagi agar kita tidak terlewat untuk ke sekolah.Selain itu, kita juga bersama-sama ibu bapa untuk mengeratkan silaturrahim dengan keluarga.Seterusnya,kita mestilah tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa yang pergi tidak akan kembali.Kemudian,kita juga haruslah tidak merayau-rayau agar keselamatan kita terjamin.Akhirnya,kita mestilah pembersih agar kita diterima orang lain

    ReplyDelete
  2. Antaranya ialah kita mestilah bertanggung jawab atas diri sendiri dengan bangun awal pagi.Selain itu,kita hendaklah mengurangkan beban ibu dengan membantu ibu di dapur menyiapkan sarapan.Seterusnya,kita haruslah mengiratkan hubungan antara keluarga dengan makan bersama-sama.Walau bagaimanapun,kita mestilah menghormati ibu bapa dengan bersalam dengannya.Akhir sekali,kita hendaklah mengisi masa lapang dengan membaca buku.

    ReplyDelete
  3. Kita mestilah mendisiplinkan diri kita dengan cara bangun awal.Selain itu,kita hendaklah bersalaman dengan orang yang lebih tua sebagai tanda kita menghormati mereka.Kita mestilah mengeratkan silaturrahim diantara satu sama lain.Kita haruslah pandai menguruskan masa kerana masa itu emas.Akhir sekali, kita mestilah menjaga kebersihan supaya kesihatan kita terjamin.

    ReplyDelete
  4. Ada kesalahan pada karangan Izzaham..

    1."kita mestilah bersikap menepati masa" adalah salah. Ayat yang betul ialah "Kita mesti menepati masa".

    2."Kita mestilah tidak memebuang masa begitu sahaja" juga adalah salah. Ayat yang betul adalah " Kita juga tidak boleh membuang masa dengan begitu sahaja".

    3. Saya tidak faham ayat ini.."kita mestilah pembersih agar kita diterima orang lain"

    ReplyDelete
  5. 'bertanggung jawab'kenapa jarak?Sepatutnya'bertanggungjawab'.'kita mestilah menghormati ibu bapa dengan bersalam dengannya'sebelum pergi mana?Tidak lengkap.

    ReplyDelete
  6. Ayat Izzham 'kita mestilah pembersih agar kita diterima orang lain'..... sebenarnya 'kita haruslah menjadi seorang yang pembersih agar kesihatan kita terjamin'.

    ReplyDelete
  7. Kita mestilah berdisiplinkan diri kita dengan bangun awal.Kita haruslah mengisi masa lapang
    dengan membuat aktiviti berfaedah.kita haruslah
    menjaga kebersihan diri supaya kita tidak dijangkiti penyakit yang berbahaya.Akhir sekali ,kita haruslah hormat-menghormati antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  8. Izzham kamu ada beberapa kesalahan antaranya ialah ayat dipetikan IZZHAM tidak betul.Contohnya "kita mestilah pembersih agar kita diterima orang lain". Ayat yang sepatutnya ialah 'Kita mestilah menjadi seorang yang pembersih agar kesihatan kita terjamin(Sama seperti komen Amir dan Zul)'

    ReplyDelete
  9. DIVIKHA kamu ada satu kesalahan sahaja iaitu ulasan kamu terlalu pendek dan ringkas, sepatutnya kamu mesti memanjangkan ulasan kamu.Harap Maklum.

    ReplyDelete
  10. Karangan Izham ada beberapa kesalahan iaitu:

    1-kita juga bersama-sama.........betulkan ayat ini

    2-Kita mesti tidak[slh] sepatutnya kita tidak mesti

    3-Kita haruslah tidak[slh]sepatutnya kita tidak seharusnya

    4-kita mestilah tidak.....betulkan ayt ini...

    ayt tunggang langgang..........

    ReplyDelete
  11. Divikha awak ada banyak kesalahan di karangan awak.contohnya:. 1-Arahan suruh tulis 5 nilai murni bukan 4 2-karangan terlalu pendek juga tak ada langsung penanda wacana.

    ReplyDelete