Blog Lain
Sunday, August 23, 2009
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Salam dihulur maaf dipinta daripada semua.
Ramadhan ialah bulan qamariah yang ke 9. Makna asalnya ialah panas yang terik . Dinamakan demikian kerana lazim pada bulan ini cuacanya amat panas. Maka sempena dengan nama tersebut , semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan menghayati bulan mulia penuh barakah ini dengan pelbagai ibadah.
PERINTAH KEPADA ORANG YANG BERPUASA AGAR MENJAGA LIDAH DAN ANGGOTANYA DARI PERSELISIHAN DAN SALING BERMAKIAN
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila pada hari seseorang daripada engkau berpuasa , maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar . Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dimusuhi maka hendaklah ia berkata sesungguhnya saya berpuasa.
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Nabi S.A.W bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dengan dasar dusta maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya.
Surah Al Hujurat: 12 - 13
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment