Blog Lain

Saturday, August 29, 2009

Thursday, August 27, 2009

KERTAS BAHASA MELAYU 012

A. PENGENALAN KERTAS BAHASA MELAYU PENULISAN
Nama Kertas : 012 – Bahasa Melayu.
Masa : Satu jam lima belas minit.
· Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A. Bahagian B dan Bahagian C.

· Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Soalan C-Terbuka

Tulis pengajaran atau nilai murni . Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zaiton merupakan anak yang baik. Dia tidak akan berdiam diri apabila berada di rumah. Ada sahaja kerja yang dibuatnya bagi membantu ibu bapanya. Dia sentiasa menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju, dan mengemas rumah. Setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan pastikan buku-buku yang dibawa mengikut jadual. Selain itu, bilik tidurnya juga akan dikemaskan supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia juga sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya disisir kemas sebelum dia memakai tudung. Kukunya pula sentiasa pendek. Pakaiannya sentiasa bersih dan kemas. Pada cuti hujung minggu setelah menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru, dia akan membantu ibu bapanya membersihkan halaman rumah. Kadang-kadang dia bersama-sama ayah dan ibunya mencuci kereta mereka. Tidak hairanlah jika Zaitun disayangi oleh ibu bapanya.

Soalan Untuk 6M-Kumpulan 2(C)

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Johan seorang murid yang sangat berbudi bahasa. Walupun dia anak orang berada, namun Johan tidak sombong. Johan sentiasa merendah diri dan bersedia membantu rakan-rakannya. Setiap hari, dia datang ke sekolah dengan menaiki kereta mewah yang dipandu oleh seorang pemandu, apabila balik dari sekolah dia tidak keberatan mengajak beberapa orang rakannya balik bersamanya. Selain itu, dia sangat menghormati guru-gurunya. Dia akan memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya dapat disempurnakan. Justru, tidak hairanlah jika Johan disayangi oleh murid-murid dan guru-guru di sekolahnya.

Soalan Untuk 6M-Kumpulan 2

Bahagian B
Sebaik sahaja melangkah keluar pintu pagar sekolah kamu terlihat dua orang murid sedang bergaduh. Apakah yang sepatutnya kamu lakukan untuk menghalang mereka daripada bergaduh itu.
Tulis tindakan kamu itu selengkapnya.

Soalan Untuk 6M-Kumpulan 1

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari Salma akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salma akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salma dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salma akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salma membaca buku. Tiba di sekolah, Salma terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Wednesday, August 26, 2009

SOALAN BAHAGIAN C (6A)Kumpulan 2

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Buah delima pelbagai rasa,

Dipetik sebelum waktu senja;

Dari kecil hinggalah dewasa,

Ibu bapa membelai penuh manja.



Dalam sungai dipasang bubu,

Masuk seekor anak kelisa;

Sungguh mulia jasamu ibu,

Sepanjang hayat dikenang sentiasa.



Limau kasturi jangan dilupa,

Beli juga sebungkus asam jawa;

Tidakku lupa padamu bapa,

Sanggup berkorban harta dan nyawa.



Kacang dicampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga;

Terima kasih ibu dan bapa,

Bersyukur kita hidup bahagia.

SOALAN BAHAGIAN C (6A)

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Ali bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah meminta kepada rakannya untuk membonceng basikal rakannya.


For more widgets please visit www.yourminis.com

Tuesday, August 25, 2009

Soalan Untuk 6M

Kumpulan 2
Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.

Soalan Untuk 6M

Kumpula 1
Tajuk : Kamu mempunyai seorang sahabat yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu itu. Tanyakan tentang persediaannya dan seterusnya usaha -usaha yang kamu berdua lakukan untuk lebih berjaya dalam peperiksaan itu kelak .

Soalan Untuk 6A

Kumpulan 2
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

Soalan Untuk 6A

Kumpulan 1
Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Salam dihulur maaf dipinta daripada semua.
Ramadhan ialah bulan qamariah yang ke 9. Makna asalnya ialah panas yang terik . Dinamakan demikian kerana lazim pada bulan ini cuacanya amat panas. Maka sempena dengan nama tersebut , semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan menghayati bulan mulia penuh barakah ini dengan pelbagai ibadah.

PERINTAH KEPADA ORANG YANG BERPUASA AGAR MENJAGA LIDAH DAN ANGGOTANYA DARI PERSELISIHAN DAN SALING BERMAKIAN
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila pada hari seseorang daripada engkau berpuasa , maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar . Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dimusuhi maka hendaklah ia berkata sesungguhnya saya berpuasa.

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Nabi S.A.W bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dengan dasar dusta maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya.

Surah Al Hujurat: 12 - 13
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.