Blog Lain

Thursday, April 9, 2009

TUGASAN 10 APRIL (JUMAAT)

Tulis catatan tentang lawatan kamu ke Muzium Negara.

Hantar catatan kamu ke alamat emel
cikgusoraya@gmail.com

4 comments:

  1. cikgu saya dah hantar tugasan nie.diharapkan agar cikgu boleh terime ye

    ReplyDelete
  2. ~Irdina~
    Pada 16 mac yang lalu,Kelab Pusat Sumber telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara. Pada pukul 7:30 pagi,kami pun berkumpul disekolah bagi menunggu nama kami dipanggil oleh guru. Setelah selesai nama kami dipanggil oleh guru,kami pun disuruh duduk sementara menunggu kenderaan yang datang mengambil kami.

    Pada pukul 8:00 pagi,kami pun bertolak ke Muzium Negara dengan menaiki sebuah bas. Lebih kurang 30 minit kemudian,kami pun telah sampai di persimpangan hendak masuk ke bangunan Muzium Negara.

    Pada pukul 9:00 pagi,kami mendengar taklimat terlebih dahulu sebelum melawat ke dalam bangunan Muzium Negara. Taklimat yang diberikan tentang Muzium Negara amat menakjubkan. Lebih Kurang 10 minit kemudian,taklimat pun berakhir.

    Pada pukul 9:10 pagi,kami pun melawat ke dalam bangunan Muzium negara.Kami dapat lihat berbagai-bagai barang seperti gambar-gambar bersejarah,batu bersurat yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu dan sebagainya.

    Pada pukul 12:30 tengahari,kami pun bertolak pulang. Walaupun kami penat,tetapi kami berasa amat gembira kerana dapat melawat muzium yang menakjubkan tersebut. Akhir sekali,diharapkan agar kami dapat melawat tempat tersebut sekali lagi kerana ia amat menyeronokkan kami dan menggembirakan kami.

    ReplyDelete
  3. cikgu, boleh saya jawab esok cikgu?

    Sharafina

    ReplyDelete
  4. Lawatan ke muzium negara

    Sekolah kami telah mengadakan lawatan ke muzium negara pada 28 Februari lepas. 120 orang telah mengikuti lawatan tersebut.

    Pada pukul 7 pagi, kami semua berkumpul di dataran perhimpunan di sekolah. 7.00 - 7.15 pagi, kami diberi taklimat. Selepas itu, kami bertolak dengan 3 buah bas yang telah disediakan dan ditempatkan di hadapan sekolah. Kami sampai di Muzium Negara pada pukul 7.45.

    Apabila sampai di sana, kami dapat mengagumi reka bentuk Minangkabau. Setelah kami masuk, pembantu di Muzium Negara itu membawa kita melihat dan membaca sejarah-sejarah di Malaysia. Antara benda-benda bersejarah di sana ialah Batu Bersurat.

    Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Kami mempelajari sejarah selama sejam. Kemudian, kami pulang ke sekolah. Kami diberi taklimat sekali lagi dan pulang ke rumah.

    Lawatan itu merupakan lawatan yang melahirkan semangat perjuangan dan merupakan peristiwa yang dapat kita pelajari

    ReplyDelete