Abah saya ada belikan sebuah buku mengenai kisah kehidupan Rasulullah saw bertajuk Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah saw susunan Nawawi Dusuki. Saya telah habis membaca buku setebal 272 mukasurat itu dalam masa 3 hari.
Dalam buku ini diceritakan 82 kisah berkaitan kehidupan Rasulullah saw sejak dari kelahiran baginda sehingga hari baginda wafat. Kisah kisah tersebut diceritakan semula secara ringkas sehingga mudah untuk faham dan berfikir tentang pengajaran yang tersirat.
Salah satu kisah tersebut bertajuk Juru Pendidik Dengan Untanya. Ceritanya Nabi bertemu sahabat Khawan bin Jubair sedang berjenaka di tengah sekumpulan wanita yang sedang memintal tali. Bila ditegur oleh Nabi," Apa kamu buat bersama-sama wanita-wanita ini?". Khawan berhelah mengatakan untanya lari dan wanita-wanita tersebut menolongnya sahaja. Nabi tidak bertanya lanjut untuk tidak memalukan Khawan sekiranya beliau tidak berkata benar.
Di waktu lain bila sahaja Nabi bertemu Khawan Baginda akan bertanya, "Apakah unta yang lari dibiarkan sahaja?." Soalan ini memberi tekanan kepada Khawan kerana beliau sebenarnya cuma berhelah dan untanya tidalk lari. Selepas itu Khawan terus berusaha mengelak daripada ditegur Nabi sehingga pada suatu hari apabila terserempak dengan nabi beliau memanjangkan solatnya supaya Nabi tidak menunggunya. dalam pada itu beliau terdengar Nabi berkata, "Jangan berlama-lama, aku sedang menunggu engkau". Apabila beliau selesai solat Nabi terus bertanya soalan yang sama dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Khawan.
Tekanan yang diberikan Nabi telah membuat Khawan serba salah lalu berterus terang di hadapan Nabi. Nabi mengucapkan takbir setelah mendengarkan pengakuan Khawan lalu baginda mendoakan kebaikan kepada beliau.
Begitulah sikap Nabi saw sebagai pemimpin dalam mendidik pengikutnya dengan sabar dan berstrategi.
Saya berasa sangat teruja dengan kisah tersebut kerana orang berperangai seperti Khawan ini memang ramai tetapi Rasulullah saw menunjukkan cara untuk menegur yang sungguh berhemah.
'Adam Kecil siri 8 - Sakit Gigi'. Ia merupakan buku yang paling menarik saya pernah membaca.
Adam sakit gigi sampai termimpi-mimpi. Budak-budak memang ramai takut doktor gigi. Pasti lucu melihat Adam yang degil ini ketakutan kerana sakit gigi.Ia juga mempunyai kandungan yang lain iaitu Telur aneh, Hamster, Johari datang melawat, Badut, Lukisan terhodoh, Sakit gigi dan Bunga untuk Lee Fern.
Pengarangnya Ashadi Zain & Fred Suriya, penerbitnya adalah PTS One Sdn Bhd, Selain itu, ia mengandungi 185 halaman. Mereka terjumpa telur yang aneh itu semasa perkhemahan. Akhir tajuk itu, telur itu sebenarnya telur ular. Kawan Adam mendapat hamster yang baru kemudian hamster itu mati kerana ia berpuasa.
Johari pula, ialah anak kepada kawan ayah Adam. Dia sangat nakal. Dia dimarahi akhirnya. Badut cuba membuat lawak tetapi murid-murid di sekolah memilih gula-gula daripada badut. Mereka semua cuba membuat lukisan cantik untuk mendapat hadiah. Lee Fern mendapat bunga dari seorang kawan Adam.
Setiap kandungan buku ini mempunyai pengajaran. Saya berharap mereka membuat buku seperti ini lagi.
Irdina~ BUKU CERITA YANG PALING MENARIK PERNAH SAYA BACA
Terdapat pelbagai buku cerita yang boleh dibaca pada masa lapang. Terdapat pelbagai buku cerita yang telah dibukukan adalah seperti cerita-cerita fiksyen,percintaan,kisah keluarga dan sebagainya. Kebanyakan orang ramai pasti pernah membaca buku cerita dan pasti ada salah satu buku cerita yang menarik pernah dibaca. Buku cerita tersebut bukan sahaja menarik untuk dibaca malah,ia dibaca berkali-kali. Begitu juga dengan saya.
Buku cerita yang paling menarik pernah saya baca ialah Sarah dan anting-antingnya. Buku itu dibeli oleh ibu saya sempena menyambut hari kelahiran saya yang ke-sembilan.Buku itu sangat menarik kerana cerita-cerita dan gambar-gambar yang dipaparkan menarik perhatian saya untuk terus membaca buku tersebut . Buku itu juga memaparkan kisah-kisah lucu yang membuatkan saya tidak kering gusi apabila membacanya.
Sarah dan anting-antingnya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang berusia lapan tahun. Namanya Sarah. Kanak-kanak tersebut ingin memakai sepasang anting-anting dan memberi tahu kepada ibu bapanya tetapi tidak ditunaikan.. Kanak-kanak tersebut berasa amat sedih dengan permintaannya yang tidak ditunaikan. Permintaanya bukan tidak ditunaikan seumur hidup tetapi pada suatu hari,ibunya membawa Sarah ke kedai emas untuk bertindik. Tetapi,waktu itu dia berasa amat gementar. Akhirnya, kanak-kanak tersebut telah sedar dari kesilapan yang dibuat sepanjang hari iaitu sedih. Buku cerita tersebut juga menyedarkan kita dari segi kesilapan dan memberi moral yang berkaitan dengan cerita tersebut. Sebenarnya, buku cerita Sarah dan anting-anting itu adalah sebuah buku cerita yang paling menarik yang saya bca diantara buku cerita yang lain. Buku cerita tersebut dibaca oleh saya pada masa yang lapang,ketika saya hendak tidur ataupun pada waktu petang. Waktu-waktu tersebut adalah masa yang paling sesuai bagi saya untuk membaca.
Akhir sekali,diharapkan agar orang ramai membeli buku cerita tersebut kerana anda akan berasa gembira,lucu dan sebagainya jika membaca buku tersebut. Buku itu juga akan membuat kita ceria. Bukan sahaja ceria tetapi ada yang lebih daripada ceria. Perasaan juga akan menjadi lebih gembira dan senang hati malah kita juga akan sedar dari kesilapan. Harapan yang saya impikan kepada anda semua agar jangan berbuat sesuatu apabila belum tahu apa yang akan berlaku.
Pada pendapat saya, arasnya x lah terlalu tinggi arasnya... Tp sy rasa, ianya lebih sesuai jika diakhiri dgn ulasan atau pendapat ttg buku yg tlh dibaca itu
Abah saya ada belikan sebuah buku mengenai kisah kehidupan Rasulullah saw bertajuk Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah saw susunan Nawawi Dusuki. Saya telah habis membaca buku setebal 272 mukasurat itu dalam masa 3 hari.
ReplyDeleteDalam buku ini diceritakan 82 kisah berkaitan kehidupan Rasulullah saw sejak dari kelahiran baginda sehingga hari baginda wafat. Kisah kisah tersebut diceritakan semula secara ringkas sehingga mudah untuk faham dan berfikir tentang pengajaran yang tersirat.
Salah satu kisah tersebut bertajuk Juru Pendidik Dengan Untanya. Ceritanya Nabi bertemu sahabat Khawan bin Jubair sedang berjenaka di tengah sekumpulan wanita yang sedang memintal tali. Bila ditegur oleh Nabi," Apa kamu buat bersama-sama wanita-wanita ini?". Khawan berhelah mengatakan untanya lari dan wanita-wanita tersebut menolongnya sahaja. Nabi tidak bertanya lanjut untuk tidak memalukan Khawan sekiranya beliau tidak berkata benar.
Di waktu lain bila sahaja Nabi bertemu Khawan Baginda akan bertanya, "Apakah unta yang lari dibiarkan sahaja?." Soalan ini memberi tekanan kepada Khawan kerana beliau sebenarnya cuma berhelah dan untanya tidalk lari. Selepas itu Khawan terus berusaha mengelak daripada ditegur Nabi sehingga pada suatu hari apabila terserempak dengan nabi beliau memanjangkan solatnya supaya Nabi tidak menunggunya. dalam pada itu beliau terdengar Nabi berkata, "Jangan berlama-lama, aku sedang menunggu engkau". Apabila beliau selesai solat Nabi terus bertanya soalan yang sama dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Khawan.
Tekanan yang diberikan Nabi telah membuat Khawan serba salah lalu berterus terang di hadapan Nabi. Nabi mengucapkan takbir setelah mendengarkan pengakuan Khawan lalu baginda mendoakan kebaikan kepada beliau.
Begitulah sikap Nabi saw sebagai pemimpin dalam mendidik pengikutnya dengan sabar dan berstrategi.
Saya berasa sangat teruja dengan kisah tersebut kerana orang berperangai seperti Khawan ini memang ramai tetapi Rasulullah saw menunjukkan cara untuk menegur yang sungguh berhemah.
Muz
'Adam Kecil siri 8 - Sakit Gigi'. Ia merupakan buku yang paling menarik saya pernah membaca.
ReplyDeleteAdam sakit gigi sampai termimpi-mimpi. Budak-budak memang ramai takut doktor gigi. Pasti lucu melihat Adam yang degil ini ketakutan kerana sakit gigi.Ia juga mempunyai kandungan yang lain iaitu Telur aneh, Hamster, Johari datang melawat, Badut, Lukisan terhodoh, Sakit gigi dan Bunga untuk Lee Fern.
Pengarangnya Ashadi Zain & Fred Suriya, penerbitnya adalah PTS One Sdn Bhd, Selain itu, ia mengandungi 185 halaman. Mereka terjumpa telur yang aneh itu semasa perkhemahan. Akhir tajuk itu, telur itu sebenarnya telur ular. Kawan Adam mendapat hamster yang baru kemudian hamster itu mati kerana ia berpuasa.
Johari pula, ialah anak kepada kawan ayah Adam. Dia sangat nakal. Dia dimarahi akhirnya. Badut cuba membuat lawak tetapi murid-murid di sekolah memilih gula-gula daripada badut. Mereka semua cuba membuat lukisan cantik untuk mendapat hadiah. Lee Fern mendapat bunga dari seorang kawan Adam.
Setiap kandungan buku ini mempunyai pengajaran. Saya berharap mereka membuat buku seperti ini lagi.
Irdina~
ReplyDeleteBUKU CERITA YANG PALING MENARIK PERNAH SAYA BACA
Terdapat pelbagai buku cerita yang boleh dibaca pada masa lapang. Terdapat pelbagai buku cerita yang telah dibukukan adalah seperti cerita-cerita fiksyen,percintaan,kisah keluarga dan sebagainya. Kebanyakan orang ramai pasti pernah membaca buku cerita dan pasti ada salah satu buku cerita yang menarik pernah dibaca. Buku cerita tersebut bukan sahaja menarik untuk dibaca malah,ia dibaca berkali-kali. Begitu juga dengan saya.
Buku cerita yang paling menarik pernah saya baca ialah Sarah dan anting-antingnya. Buku itu dibeli oleh ibu saya sempena menyambut hari kelahiran saya yang ke-sembilan.Buku itu sangat menarik kerana cerita-cerita dan gambar-gambar yang dipaparkan menarik perhatian saya untuk terus membaca buku tersebut . Buku itu juga memaparkan kisah-kisah lucu yang membuatkan saya tidak kering gusi apabila membacanya.
Sarah dan anting-antingnya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang berusia lapan tahun. Namanya Sarah. Kanak-kanak tersebut ingin memakai sepasang anting-anting dan memberi tahu kepada ibu bapanya tetapi tidak ditunaikan.. Kanak-kanak tersebut berasa amat sedih dengan permintaannya yang tidak ditunaikan. Permintaanya bukan tidak ditunaikan seumur hidup tetapi pada suatu hari,ibunya membawa Sarah ke kedai emas untuk bertindik. Tetapi,waktu itu dia berasa amat gementar. Akhirnya, kanak-kanak tersebut telah sedar dari kesilapan yang dibuat sepanjang hari iaitu sedih.
Buku cerita tersebut juga menyedarkan kita dari segi kesilapan dan memberi moral yang berkaitan dengan cerita tersebut. Sebenarnya, buku cerita Sarah dan anting-anting itu adalah sebuah buku cerita yang paling menarik yang saya bca diantara buku cerita yang lain. Buku cerita tersebut dibaca oleh saya pada masa yang lapang,ketika saya hendak tidur ataupun pada waktu petang. Waktu-waktu tersebut adalah masa yang paling sesuai bagi saya untuk membaca.
Akhir sekali,diharapkan agar orang ramai membeli buku cerita tersebut kerana anda akan berasa gembira,lucu dan sebagainya jika membaca buku tersebut. Buku itu juga akan membuat kita ceria. Bukan sahaja ceria tetapi ada yang lebih daripada ceria. Perasaan juga akan menjadi lebih gembira dan senang hati malah kita juga akan sedar dari kesilapan. Harapan yang saya impikan kepada anda semua agar jangan berbuat sesuatu apabila belum tahu apa yang akan berlaku.
Pada pendapat saya, karangan Irdina terlalu tinggi arasnya.
ReplyDeletePada pendapat saya, arasnya x lah terlalu tinggi arasnya...
DeleteTp sy rasa, ianya lebih sesuai jika diakhiri dgn ulasan atau pendapat ttg buku yg tlh dibaca itu
( Ghaneassha ) yang tadi.
ReplyDelete