Blog Lain

Thursday, January 20, 2011

Saturday, January 15, 2011

PSV 4I & 4M

1 keping kad manila dibahagi/dipotong 8 bahagian = bawa 1 bahagian sahaja

Tali = 2 kaki


Pembaris untuk mengukur
Kertas Pembalut Hadiah(corak bebas)

Gam/gunting/hiasan(manik,labuci atau apa-apa sahaja)

Tuesday, January 11, 2011

PSV - SELASA & RABU DITUNDA KERANA PMD

Program Maju Diri (PMD)(11 hingga 12 Januari 2011)
TAHAP 2
Program Maju Diri bertujuan membentuk kesedaran diri dan semangat belajar yang berterusan di kalangan murid-murid.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut ;
1. Memupuk rasa tanggungjawab terhadap Tuhan, masyarakat sekolah dan diri murid.
2. Mewujudkan rasa kekeluargaan di antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
3. Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi pembelajaran dan mensasarkan
kemajuan/kejayaan diri sendiri.
4. Mendedahkan murid kepada asas kemahiran belajar dan sistematik.
5. Membentuk nilai dan sikap positif di kalangan murid terhadap ilmu pengetahuan.

PSV TAHUN 5

CONTOH MANIK HIASAN





Polystyrene Foam

ATAU
MOUNTING BOARD

DAWAI BUNGA-DALAM PLASTIK TU


CONTOH KAIN NET

1.KERTAS PEMBALUT HADIAH
2.GAM UHU
3.KAIN NET 1/2 METER
3.DAWAI BUNGA
4.POLISTERIN ATAU MOUNTING BOARD UKURAN 1 KEPING DIBAHAGI 8

Tuesday, January 4, 2011

AHLI KELAB PUSAT SUMBER

Sediakan
1. Fail Plastik(BOX FILE)
2. BUku NILAM Biru
3. BUku NILAM Hijau
4. Salinan Sijil
5. Gambar
6. Buku NILAM lama (Tahun 1/2/3/4)
7. Buku Pelaporan Tahap 1
8. Alat Tulis

Bawa bersama pada 19 Januari 2011.

Barang PSV Tahun 4I & 4M

REBEN KECIL




Tuesday, December 21, 2010

Wednesday, December 15, 2010

SENARAI NAMA TEMPAHAN BAJU PENGAWAS PUSAT SUMBER 2011

TEMPAHAN BAJU sesi pagi
Nisa Firzana Hani-1 vest +2 Kain+1 tali leher
Sharafina-1 vest + 3Kain
Raja Athirah-1 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Nurin Akmal-1 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Aisswarya-1 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Nur Huda Adlin- 1 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Ashratul Balkis Abas-1 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Ahmad Irfan-1 vest + 2 Seluar + 1 tali leher
Jewel-2 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Farah Izzati-2 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Siti Nadhratul Islam-2 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Alif Haiqal-2 vest + 2 Seluar + 1 tali leher
Syazwi Razin-2 vest + 2 Seluar + 1 tali leher
Aifaa-2 vest + 2 Kain + 1 tali leher
Luqman Hakim-2 vest + 2 Seluar + 1 tali leher

LAIN-LAIN
Haziq Fauzan- 1 Seluar (Lewat Tempah)
Navisyen- 1 Seluar
Soleil- 1 Kain
Bayu - 1 Seluar
Al Akmal - 2 Seluar
Al Irfan - 1 Seluar

Literasi

Literasi

Thursday, December 9, 2010

Salah sebuah buku yang telah kamu baca

JUDUL BUKU?

Kriteria Pemilihan Ke SBP Kembali Ke Asal

Kriteria Pemilihan Ke SBP Kembali Ke Asal
Saturday, November 13, 2010
Kriteria pemilihan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan kembali berpandukan tujuan asal sekolah sedemikian diadakan, iaitu memilih mereka yang mendapat keputusan cemerlang daripada kalangan keluarga yang miskin, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"The 'cream' (yang terbaik) tapi di kalangan keluarga yang miskin. Itu adalah asas kenapa SBP diadakan. Asrama disediakan sebab tempat tinggal jauh untuk mudah mereka belajar. Pembiayaan kos juga agak rendah. Asas itu harus kita gunakan sekarang," kata beliau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.

Bercakap kepada pemberita di sini Sabtu, Muhyiddin berkata kesukaran memasuki SBP bukan perkara baru kerana jumlah pelajar yang cemerlang agak ramai manakala tempat untuk SBP adalah terbatas iaitu sebanyak 7,000 sahaja.

"Oleh itu jangan rasa kecewa kalau tidak dapat tempat. Hakikatnya, kita tidak dapat menampung semua," kata Muhyidin yang berada di Jepun untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini.

Beliau berkata ramai yang berfikiran bahawa SBP adalah sekolah elit kerana sering mencapai keputusan yang baik walaupun sekolah-sekolah yang lain turut cemerlang.

Oleh itu, katanya ramai ibu bapa yang ingin anak mereka memasuki SBP sedangkan usaha untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran di semua sekolah sedang dilakukan sekarang.

"Kita tahu di kalangan SBT (sekolah berprestasi tinggi) bukan semuanya sekolah berasrama penuh. Tahun depan saya akan umum 30 sekolah lagi, sebahagian besarnya bukan berasrama penuh," katanya.

Terdapat 10 buah sekolah yang bertaraf SBT pada masa ini.

Sumber: Bernama - 13/11/10

Permohonan SBP T1 2011 - 10% Calon 5A Sahaja Berpeluang

Permohonan SBP T1 2011 - 10% Calon 5A Sahaja Berpeluang
Saturday, November 13, 2010
Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh (SBP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun tempat ditawarkan tidak mencukupi, ia tidak seharusnya menjatuhkan semangat pelajar cemerlang meneruskan pelajaran.

Kekurangan tempat tidak seharusnya menjadi penghalang bagi pelajar mencapai kejayaan. Murid tidak seharusnya sedih atau kecewa jika gagal untuk ke sekolah berasrama penuh.

Ini kerana masih banyak sekolah menengah dengan status cemerlang untuk dipilih, katanya selepas melawat murid mengidap kanser, Mohd Khairuddin Sulaiman yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2 di sini, semalam.

Dr Wee berkata, keputusan cemerlang dalam akademik boleh diperoleh di mana-mana sekolah asalkan pelajar memiliki keazaman tinggi.
Tidak kira di mana anda berada, asalkan berusaha anda boleh berjaya. Secara realitinya, kementerian tidak dapat memberi semua pelajar cemerlang (UPSR) peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh kerana tempat yang tidak mencukupi, katanya.

Mengenai pencapaian UPSR yang dikeluarkan kelmarin, Dr Wee memuji komitmen dan peranan dimainkan ibu bapa pelajar dalam mendidik anak-anak menjadi punca UPSR tahun ini mencatat prestasi baik.

(Sumber: BHarian - 13/11/10)

Bayaran tambahan SBP patuh surat pekeliling, dipersetujui mesyuarat

2010/12/02

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk kepada laporan ruangan ini bertarikh 15 November lalu bertajuk ‘SBP patut kekal untuk pelajar miskin, luar bandar’.

Kementerian sentiasa patuh matlamat asal penubuhan Sekolah Bersama Penuh (SBP). Dasar pengambilan murid iaitu 70 peratus murid luar bandar dan 30 peratus murid bandar, dipatuhi dalam melaksanakan keputusan pengambilan murid ke SBP, di samping akur akan syarat permohonan kemasukan murid untuk Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Persaingan hebat di kalangan murid cemerlang ini memastikan hanya yang benar-benar layak akan dipilih. Kecemerlangan dimaksudkan bukan saja dalam bidang akademik, malah kokurikulum dan sahsiah turut menjadi penentu seseorang murid itu dipilih atau tidak ke SBP, supaya matlamat Falsafah Pendidikan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dapat direalisasikan.

Kuota pengambilan sebanyak 20 peratus diberi kepada pengetua antara tujuannya meningkatkan aspek kebitaraan sesebuah SBP, supaya kecemerlangan yang ada di sesebuah institusi itu berkesinambungan.

Melalui sesi temu duga yang dilaksanakan oleh pengetua mereka dapat mengenal pasti potensi murid dengan lebih dekat.

Sebagai institusi pendidikan, sekolah perlu merencana dan melaksanakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan tambahan kepada murid. Pelaksanaan perkhidmatan dan kemudahan tambahan ini memerlukan peruntukan tambahan secara khusus.

Ibu bapa turut mempunyai peranan untuk turut bersama melaksanakan tanggungjawab membantu sekolah melaksanakan program dan aktiviti tambahan bagi murid dengan membayar bayaran tambahan lain sebagai tanda komitmen terhadap pendidikan anak mereka.

Bayaran tambahan selain bayaran yang dibenarkan seperti diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan Pendidikan, Surat Pekeliling Iktisas dan Surat Siaran yang sedang berkuat kuasa, perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan sama ada melalui Mesyuarat Agung PIBG atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

Sebarang bayaran tambahan yang dikenakan semata-mata berkisar kepada perkhidmatan yang diberikan kepada murid. Sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membuat kutipan bayaran lain, pihak sekolah perlu terlebih dulu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pendaftar sekolah.

Hak murid cemerlang dalam kalangan miskin dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pelajaran mereka di SBP sentiasa diberi perhatian. Sekalipun mereka diminta menjelaskan bayaran tambahan itu, pelbagai bantuan dan kebajikan disediakan dan disalurkan kepada mereka seperti biasiswa, bantuan projek khas, bantuan skim pinjaman buku teks, pemansuhan yuran peperiksaan awam.

Murid dalam kalangan keluarga berpendapatan RM4,999.99 ke bawah dikenakan Yuran Makan Asrama hanya RM1 sehari berbanding RM3 sehari bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Mereka juga dikecualikan membayar wang cagaran asrama. Bayaran tambahan itu pula boleh dijelaskan secara bansuran mengikut kemampuan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

SBP patut kekal untuk pelajar miskin, luar bandar (Berita Harian: 15/11/2010) - MOE

SBP patut kekal untuk pelajar miskin, luar bandar (Berita Harian: 15/11/2010) - MOE

MAKLUM BALAS LAPORAN AKHBAR



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 15 November 2010 – SBP patut kekal untuk pelajar miskin, luar bandar.



Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM sentiasa patuh akan matlamat asal penubuhannya. Dasar pengambilan murid iaitu tujuh puluh peratus (70%) murid luar bandar dan tiga puluh peratus (30%) murid bandar dipatuhi dalam melaksanakan keputusan pengambilan murid ke SBP, di samping akur akan syarat-syarat permohonan kemasukan murid untuk tingkatan satu (1) dan tingkatan empat (4). Persaingan yang hebat dalam kalangan murid-murid cemerlang ini memastikan hanya yang benar-benar layak yang akan dipilih. Kecemerlangan yang dimaksudkan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah cemerlang kokurikulum dan sahsiah turut menjadi penentu seseorang murid itu terpilih atau tidak ke SBP, supaya matlamat Falsafah Pendidikan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dapat direalisasikan.



Kuota pengambilan sebanyak dua puluh peratus (20%) diberikan kepada pengetua antara tujuannya untuk meningkatkan aspek kebitaraan sesebuah SBP, supaya kecemerlangan yang ada di sesebuah institusi itu berkesinambungan. Melalui sesi temuduga yang dilaksanakan oleh pengetua mereka dapat mengenal pasti potensi murid dengan lebih dekat dan murid yang berpotensi dapat mengembangkan bakat mereka dengan betul.



Sebagai institusi pendidikan, sekolah perlu merencana dan melaksanakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan tambahan kepada murid-murid. Pelaksanaan perkhidmatan dan kemudahan tambahan ini memerlukan peruntukan tambahan secara khusus. Ibu bapa turut mempunyai peranan untuk turut bersama melaksanakan tanggungjawab membantu sekolah melaksanakan program dan aktiviti tambahan bagi murid-murid dengan membayar bayaran tambahan lain sebagai tanda komitmen terhadap pendidikan anak-anak mereka. Bayaran-bayaran tambahan selain bayaran-bayaran yang dibenarkan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996:Peraturan-peraturan Pendidikan, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran yang sedang berkuat kuasa, perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan sama ada melalui Mesyuarat Agung PIBG atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. Sebarang bayaran tambahan yang dikenakan semata-mata berkisar kepada perkhidmatan yang diberikan kepada murid-murid. Sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membuat kutipan bayaran-bayaran lain, pihak sekolah perlulah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pendaftar Sekolah. Hak murid-murid cemerlang dalam kalangan miskin dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pelajaran mereka di SBP sentiasa diberi perhatian. Sekalipun mereka diminta menjelaskan bayaran-bayaran tambahan tersebut, pelbagai bantuan dan kebajikan disediakan dan disalurkan kepada mereka seperti biasiswa, bantuan projek khas, bantuan skim pinjaman buku teks, pemansuhan yuran peperiksaan awam, dan mereka yang dari kalangan keluarga berpendapatan RM 4999.99 ke bawah dikenakan Yuran Makan Asrama hanya Ringgit Malaysia Satu (RM1) sahaja sehari berbanding Ringgit Malaysia Tiga (RM3) sehari bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Mereka juga dikecualikan daripada membayar wang cagaran asrama. Bayaran tambahan itu pula boleh dijelaskan secara beransur-ansur mengikut kemampuan. Seharusnya ibu bapa yang berpendapatan rendah atau miskin tidak berasa terbeban, apabila kemudahan-kemudahan ini disalurkan kepada anak-anak mereka.



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Monday, November 15, 2010

SCHOLASTIC

BUKU SCHOLASTIC TELAH SAMPAI JAM 1.30PM 15 NOV 2010. SILA DAPATKAN DI PUSAT SUMBER ESOK......PAGI.TOLONG MAKLUMKAN KEPADA RAKAN2.

Friday, November 12, 2010

BENGKEL PUSAT SUMBER DAN NILAM

Harap semua pengawas pss dan pengawas percubaan pss telah mendapat surat. sila serahkan surat jawapan pada 15 Nov 2010.

Friday, October 29, 2010

LAWATAN KE KUALA LUMPUR 30 OKT 2010

SILA BERKUMPUL DI BELAKANG SURAU SEKOLAH(DALAM PAGAR SEKOLAH).PAGAR BELAKANG.


KUMPULAN KUIZ


PEMENANG TEMPAT PERTAMA/KEDUA/KETIGA

Saturday, October 23, 2010

MAKLUMAN

MAKLUMAN
1. Sila berpakaian Kelab Pusat Sumber Sekolah atau berbaju T-shirt sukan sekolah dan berkasut sukan atau kasut sekolah
2. Minum pagi disediakan-roti +air kotak.
3. Makan tengah hari diberi – Nasi goreng ayam (atau yang bersesuaian)+ air mineral / Set yang telah dipilih (jika pihak KFC bersedia)
4. Minum petang – dalam bas- roti + air kotak
5. Hadir sebelum 7.30pagi di belakang surau sekolah.
6. Boleh bawa kamera dan telefon bimbit tetapi pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan.
7. Sebarang pertanyaan sila SMS PN Soraya
8.Semua peserta tertakluk kepada polisi keselamatan/arahan guru pengiring.

Soalan PSV Tahun 4

Monday, October 18, 2010

PSV TAHUN 5

TENTATIF LAWATAN KE KUALA LUMPUR

7.30
BERKUMPUL DI BELAKANG SURAU DAN TAKLIMAT KESELAMATAN
7.40
BERGERAK KE MUZIUM NEGARA
7.45
EDARAN ROTI DAN AIR KOTAK DI DALAM BAS
8.45
DIJANGKA SAMPAI DI MUZIUM NEGARA & TAKLIMAT KESELAMATAN & DISIPLIN
URUSAN DENGAN PIHAK MUZIUM
9.00
LAWATAN BERPANDU DENGAN EN BADROL
10.30
TAMAT LAWATAN DI MUZIUM NEGARA
BERKUMPUL
TAKLIMAT KESELAMATAN
BERGERAK KE PLANETARIUM NEGARA

10.55
BERATUR MASUK KE PLANETARIUM
11.00-12.00
TAYANGAN TEATER ANGKASA-PASSPORT TO THE UNIVERSE
12.00-1.00
TAYANGAN 2 TEATER ANGKASA - DAWN OF THE SPACE AGE

1.00-2.00 REHAT / SOLAT/ MAKAN
EDARAN MAKAN TANGAH HARI + AIR MINERAL

2.05
TAKLIMAT KESELAMATAN
BERGERAK KE MEMORIAL TUN ABD RAZAK

2.15-3.15
LAWATAN DI MEMORIAL TUN ABD RAZAK

3.20
BERKUMPUL & TAKLIMAT KESELAMATAN
BERGERAK KE PUSAT REKREASI BERKUDA

4.30
DIJANGKA SAMPAI DI PUSAT REKREASI BERKUDA

4.35-5.35
AKTIVITI BERKUDA & KERETA KUDA
-1 PUSINGAN SETIAP SEORANG(KUDA & KERETA KUDA)

5.40
BERKUMPUL & TAKLIMAT KESELAMATAN

5.45
BERGERAK PULANG
EDARAN ROTI DAN AIR KOTAK DI DALAM BAS

6.45
DIJANGKA SAMPAI DI BELAKANG SURAU/PINTU PAGAR BELAKANG

NOTA
*PESERTA LAWATAN BOLEH MEMBAWA MAKANAN SENDIRI. BAGAIMANAPUN PASTIKAN MAKAN YANG DIBAWA SELAMT DAN BERSIH UNTUK MENGELAKKAN SAKIT PERUT.
IBU BAPA DIMINTA MEMANTAU BEKALAN/MAKANAN TERSEBUT.

Monday, October 4, 2010

TEMPAT LAWATAN

1, PLANETARIUM NEGARA, TASIK PERDANA
2. MUZIUM NEGARA
3. MEMORIAL TUN ABD RAZAK
4. PUSAT REKREASI BERKUDA, TMN TASIK TITIWANGSA

SENARAI NAMA MURID YANG TELAH MENGHANTAR BUKU NILAM UNTUK LAWATAN

MOHD FARIS IZUAN
MOHD HARIZ DANIAL
MUHD HIFDZAN
NUR AYU ZULAIKHA
NURIN IZZATI MOHD HALIM (2 BUAH)
SITI NURADILAH IZZATI(2 BUAH)
MIZA NAZLEA
KAMAL SALAHUDDIN
KHYRIN IRIESSA
WAN MUHD AIMAN
AFIQ JUNAIDI
AMIR AL FADHIL

SOALAN KUIZ KUNTUM OKTOBER

Soalan 1
Berikan tanda-tanda stres.

Soalan 2
Apakah Stres?
(Jawab dalam 50 - 80 patah perkataan sahaja)

Soalan 3
Dalam muka surat 25,Kuntum bulan Oktober:
Apakah yang perlu dihadiahkan oleh seorang murid kepada gurunya.

Soalan 4
Apakah punca pemanasan global?

emel:cikgusoraya@gmail.com
Esok soalan seterusnya......

Langkah-langkah menjawab soalan terkumpul.
1. Mulai 4 Oktober, emel jawapan ke alamat
cikgusoraya@gmail.com
2. Kumpul soalan sehingga 25 Oktober 2010.
3. Tarikh tutup ialah 29 Oktober 2010.
4. Jawapan mesti disertakan -NAMAPENUH dan KELAS

Monday, April 5, 2010